Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Berita Gembira Gaji 2024 Naik 5.1% Menurut Kajian Mercer

gaji 2024 naik 5.1%
Gaji 2024 Naik 5.1%

Rakyat Malaysia bakal ada kenaikan gaji 2024 naik 5.1%. Ini adalah merujuk kepada kajian jumlah saraan tahun 2023 Mercer. Walaubagaimanapun, dicatatkan pertumbuhan lebih rendah berbanding purata 5.2 peratus di Asia yang mana akan diperlihatkan pergerakan gaji yang mempunyai perbezaan antara negara membangun dan maju di rantau negara Malaysia.

Sehubungan itu, kita bakal menyaksikan kenaikan purata gaji 2024 naik 5.1% dan ia akan memberi keseimbangan antara gaji dan kos sara hidup rakyat Malaysia.

Ekonomi Negara Malaysia Kembali Mengukuh

Prestasi Ekonomi Tetapkan Gaji 2024 Naik 5.1%

kajian mercer gaji 2024 naik 5.1%

Menurut Koay Gim Soon, Ketua Pasaran Mercer Malaysia mengatakan bahawa pasaran buruh Malaysia terus menunjukkan unjuran yang positif serta memperlihatkan trend kenaikan gaji walaupun negara mengalami pertumbuhan ekonomi sederhana untuk tahu 2023 berbanding tahun 2022.

Bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta sektor individu merupakan sebahagian kebanyakannya telah kembali meningkat seperti para sebelum pandemik COVID19 serta pelbagai petanda positif ekonomi bakal meningkat tahun seterusnya.

Melalui kajian ini juga, terdapat lebih separuh daripada peserta dalam kajian Mercer ini menyatakan kesudian dalam meningkatkan peruntukan penggajian pada 2023 dan tidak hairan sekiranya gaji 2024 naik 5.1% kerana terdapatnya isyarat yang positif untuk syarikat dan pekerja.

Untuk pengetahuan, kajian Mercer ini telah berlansung daripada April sehingga Jun tahun 2023 untuk mengumpulkan data daripada sebanyak 668 syarikat multinasional (MNC) yang melibatkan 15 industri utama di Malaysia.

Nota : Secara umumnya, kenaikan gaji media di Malaysia telah menunjukkan trend peningkatan daripada 4.8% tahun 2022 kepada 5.0% untuk tahun 2023

Peningkatan Kadar Gaji Di Beberapa Negara Asia

Melalui kajian oleh Mercer itu juga menunjukkan beberapa negara bakal merekodkan unjuran peningkatan gaji tertinggi untuk tahun 2024. Berikut adalah senarai negara yang bakal ada kenaikan gaji:

NegaraPeratusan Kenaikan
Malaysia5.1%
India9.3%
Jepun2.6%
Vietnam7.0%
Taiwan3.8%
Indonesia6.5%
Hong Kong3.9%
China5.2%
Filipina5.7%
Thailand4.7%
Singapura4.2%
Korea Selatan4.4%
Negara Malaysia Gaji 2024 Naik 5.1%

Jadual diatas menunjukkan India, Vietnam dan Indonesia dijangka akan merekodkan unjuran peningkatan gaji median tertinggi pada tahun 2024, masing-masing pada 9.3% , 7.0% dan 6.5%.

Untuk Jepun, Taiwan dan Hong Kong dijangka akan mencatat paras terendah iaitu masing-masing pada kadar 2.6%, 3.8% dan 3.9%.

Manakala, untuk negara lain yang tersenarai dalam jadual adalah negara Filipina iaitu sebanyak 5.7%, China 5.2%, Thailand 4.7%, Korea Selatan 4.4% dan 4.2% bagi Singapura.

Ulasan Ekonomi Semasa Negara Malaysia

Faktor yang Memacu Kenaikan Gaji di Malaysia

gaji 2024 naik 5.1%
Gaji 2024 Naik 5.1%

Dicatatkan bahawa industri tenaga dan teknologi tinggi yang menjadi peneraju dalam kenaikan gaji di Malaysia tahun 2023. Kenaikan adalah berdasarkan pertumbuhan gaji median daripada industri seperti berikut:

  • Industri tenaga – 6.5%
  • Industri Teknologi Tinggi – 6.1%
  • Industri barangan pengguna – 5.0%
  • Industri pembuatan – 5.0%
  • Industri sains hayat – 4.3%
  • Industri kelengkapan pengankutan – 3.6%

Industri tenaga dan teknologi tinggi menjadi peneraju kepada kenaikan gaji di Malaysia pada tahun ini dengan mencatat pertumbuhan gaji median tertinggi juga diikuti dengan industri barangan pengguna dan pembuatan pada 5.0 peratus.

Menurut Koay, kenaikan gaji untuk industri berteknologi tinggi pula, sebahagian besarnya dipacu oleh lonjakan permintaan dalam kemahiran digital dan teknologi seperti data raya dan kecerdasan buatan di Malaysia

Industri sains hayat yang mencatat kenaikan gaji tertinggi pada 2022 sebanyak 7.7 peratus telah mengalami penurunan kepada 4.3 peratus pada 2023, manakala sektor kelengkapan pengangkutan merekodkan kenaikan terendah pada 3.6 peratus bagi 2023.

Bayaran Bonus Seluruh Industri Tahun 2023

Dari segi bayaran bonus di seluruh industri pada 2023, kajian Mercer mendapati nilai median yang konsisten dengan purata 2.2 kali ganda gaji pokok bulanan.

Sektor perkhidmatan bersama dan penyumberluaran berjaya mengekalkan unjuran bonus tertinggi sebanyak 2.4 bulan, tetapi industri runcit dijangka mengalami penyusutan ketara daripada 2.5 bulan pada tahun 2022 kepada 1.5 bulan pada tahun 2023.

Melalui penyelarasan ini menunjukkan paras bonus telah kembali seperti sebelum pandemik selepas syarikat runcit memberi bonus lebih tinggi berbanding kebiasaan pada 2022 berikutan pemulihan pasca pandemik COVID19.

Untuk sektor teknologi tinggi pula mencatat peningkatan ketara unjuran bonus,kenaikan kepada 2.2 bulan pada 2023 berbanding 1.8 bulan pada 2022.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati