Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official : Dato’ Seri Najib Razak Di Sahkan Hukuman Penjara 12 Tahun Effective Serta Merta

NAJIB DIPENJARAKAN 1

Terkini : Dato’ Seri Najib Razak Di Sahkan Hukuman Penjara 12 Tahun l Ikuti Berita Penuh

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa menolak rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.

Susulan keputusan itu, bekas Perdana Menteri berkenaan, diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Sumber – Sinar Harian

Kes SRC: Najib Gagal Buktikan Diri Tidak Bersalah

Berita dari Putrajaya, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Datuk Seri sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Beliau berkata sabitan itu selamat bagi semua tujuh pertuduhan dan hukuman itu tidak keterlaluan.

“Rayuan ini dengan sebulat suara ditolak dan sabitan dan hukuman dikekalkan.

“Saya dengan ini mengumumkan waran komital (perintah menjalani hukuman penjara) ,” kata Tengku Maimun memerintahkan prosiding tamat.

Sebelum itu, pihak Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu menerusi rayuan akhir bagi mengetepikan sabitan dan hukuman kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Keterangan baharu yang ingin dimasukkan Datuk Seri dalam rayuannya, adalah membabitkan dakwaan bahawa bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan keluarganya, bersekongkol dalam rancangan jahat ahli perniagaan kontroversi yang diburu pihak berkuasa, Low Taek Jho atau Jho Low terhadap dirinya.

Panel lima hakim mahkamah persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, sebulat suara menolak rayuan Datuk Seri selepas mendapati ia tidak mempunyai sebarang merit dan tidak memenuhi peruntukan undang-undang. Sumber – Berita Harian

cranes 4871478 640

Dato Seri Najib Razak Akan Dipenjarakan Di Mana?

Untuk makluman semasa,info mengenai penjara yang akan Datuk Seri Najib Razak dimasukkan belum diwar-warkan lagi. Bagi mengikuti perkembangan semasa, anda boleh ikuti ke telegram kami Sistem Guru Online

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati