![eDaftar Sekolah Menengah APDM 1 Log In APDM KPM Aplikasi Pangkalan Data Murid Online](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2017/03/apdm-aplikasi-pangkalan-data-murid.jpg)
eDaftar Sekolah Menengah ialah aplikasi yang menggunakan APDM untuk mendaftar murid tahun 6 memasuki sekolah menengah tingkatan satu dan kelas peralihan. Guru tahun 6 bertanggungjawab dalam mendaftar murid mereka untuk naik ke tingkatan 1. Oleh yang demikian, guru kelas perlu tahu cara yang betul dalam melaksanakan eDaftar Sekolah Menengah ini.
PK Hem memainkan peranan penting dalam proses pendaftaran ini. Maklumat perlu dikemaskini dengan teliti supaya tiada ralat. Untuk mengetahui mengenai APDM boleh klik pautan di bawah.
Kemaskini Data Murid Sebelum eDaftar
Isi Kandungan
Kemaskini data murid paling penting sebelum proses pendaftaran dibuat menggunakan edaftar. Ikuti langkah dibawah:
1. Data Murid
•No. KP
•No. Angka Giliran UPSR
•Nama (Mengikut Kad Pengenalan )
•Alamat
•No. Telefon
•Status Kewarganegaraan (Semak Dokumen Asal)
•Anak yang ke berapa
•Jarak ke sekolah
•Murid tinggal dengan
![eDaftar Sekolah Menengah APDM 2 1](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2017/06/1-448x322.png)
![eDaftar Sekolah Menengah APDM 3 2](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2017/06/2-441x322.png)
2. Data Penjaga Utama 3. Data Penjaga Kedua 4. Data Kokurikulum
![eDaftar Sekolah Menengah APDM 4 3](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2017/06/3-433x322.png)
5. Data Kad 001
![eDaftar Sekolah Menengah APDM 5 6](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2017/06/6-445x322.png)
![eDaftar Sekolah Menengah APDM 6 5](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2017/06/5-538x322.png)
![eDaftar Sekolah Menengah APDM 7 4](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2017/06/4-558x322.png)
Tetapan eDaftar Menengah
- Permohonan penempatan murid tahun enam ke tingkatan satu (1) atau Peralihan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) boleh dibuat melalui eDaftar Menengah, menerusi Modul Pengurusan Murid di pautan https://apdm.moe.gov.my.
- Penolong Kanan HEM (Admin Sekolah) akan memastikan “Feeder School” yang ditetapkan oleh PPD adalah sekolah yang betul.
- Penolong Kanan HEM juga mesti memastikan bilangan kelas dan murid Tahun 6 cukup di ruangan Analisa Ringkas.
![eDaftar Sekolah Menengah APDM 8 7](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2017/06/7-442x322.png)
Bahagian B eDaftar (Diisi oleh Guru Kelas)
1. Setelah PK HEM membuat pengesahan mengenai feeder school, guru kelas perlu masuk ke aplikasi menggunakan akaun mereka yang sedia ada Guru kelas Untuk memulakan permohonan ke Tingkatan 1 di pautan https://apdm.moe.gov.my.
![eDaftar Sekolah Menengah APDM 9 9](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2017/06/9-557x322.png)
2. Guru boleh mula mengisi permohonan dengan klik butang kemaskini Permohonan. Guru dikehendaki memastikan senarai murid mencukupi. Murid bukan warga tidak boleh memohon ke Tingkatan 1 melalui aplikasi ini.
![eDaftar Sekolah Menengah APDM 10 10](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2017/06/10.png)
3. Guru Kelas akan membuat pilihan sekolah, nyatakan sebab pilihan ke sekolah berkenaan untuk memudahkan PPD membuat penempatan dan juga perlu nyatakan jarak dari rumah ke sekolah.
![eDaftar Sekolah Menengah APDM 11 11](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2017/06/11-452x322.png)
4. Jika murid tersebut memilih untuk memohon di luar feeder, sila klik Luar Feeder untuk dikeluarkan senarai sekolah lain Yang terdapat di luar feeder.
![eDaftar Sekolah Menengah APDM 12 12](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2017/06/12-352x322.png)
5. Tambahan maklumat untuk SJKC dan SJKT dalam pengisian markah pemahaman dan penulisan untuk peralihan.
![eDaftar Sekolah Menengah APDM 13 13](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2017/06/13-600x260.png)
6. Maklumat Kokurikulum akan terisi bila guru kelas mengemaskini menu Kokurikulum di Data Murid. Klik butang kemaskini untuk menghantar permohonan ini.
![eDaftar Sekolah Menengah APDM 14 14](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2017/06/14-477x322.png)
7. Paparan seperti di bawah akan muncul selepas membuat kemaskini. Murid yang telah memohon akan dipaparkan sekolah pilihannya. Sila buat proses seterusnya kepada murid-murid yang lain.
![eDaftar Sekolah Menengah APDM 15 15](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2017/06/15.png)
Pengesahan Data dan Cetakan Surat Penempatan
Selepas semua guru kelas selesai membuat permohonan penempatan, PK HEM akan menyemak pada ruangan Analisa Ringkas. Kegagalan membuat pengesahan pada tarikh yang ditetapkan akan dikenakan tindakan Surat Tunjuk Sebab. Setelah PPD membuat kelulusan penempatan, sekolah rendah boleh membuat cetakan surat penempatan untuk semua murid Tahun 6.
![eDaftar Sekolah Menengah APDM 16 16](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2017/06/16-565x322.png)
Pihak sekolah juga boleh mencetak senarai sepadu untuk simpanan sekolah.
![eDaftar Sekolah Menengah APDM 17 17](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2017/06/17-600x266.png)
Diharapkan maklumat berkenaan edaftar Sekolah Menengah ini dapat membantu guru kelas dalam melaksanakannya. Sekiranya ada sebarang masalah boleh berhubung dengan pihak PPD di daerah masing-masing. Sekiranya ada sebarang maklumat yang mahu ditambah boleh maklumkan kepada kami.
Kredit kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak