![12 Inti pati Perbualan antara Astro Awani dengan Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia ke-19 1 12 Inti pati Perbualan antara Astro Awani dengan Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia ke-19](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2018/05/HIMPUNAN-TERBAIK-61-572x322.jpg)
12 Inti pati Perbualan antara Astro Awani dengan Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia ke-19. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Admin tertarik dengan perkongsian daripada salah seorang guru yang membuat perkongsian di laman Facebook berkaitan inti pati perbualan antara pihak Astro Awani dengan Dr. Maszlee Malik berkaitan sistem pendidikan negara kita. Admin perlu kongsikan kepada anda semua untuk pengetahuan kita bersama.
12 Inti pati Perbualan antara Astro Awani dengan Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia ke-19
Isi Kandungan
- 1 12 Inti pati Perbualan antara Astro Awani dengan Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia ke-19
- 1.1 1. Konsep kemanusiaan dipentingkan.
- 1.2 2. Membangunkan potensi anak-anak.
- 1.3 3. Mewujudkan sekolah wawasan yang mempunyai potensi yang pelbagai diutamakan, dalam masa yang sama masih dalam kumpulan
- 1.4 4. Beban guru dikurangkan. Tugas guru sebagai pendidik diutamakan.
- 1.5 5. Kuantiti pelajar dalam kelas dikecilkan.
- 1.6 6. Tidak mengajar ranking dan gred sahaja.
- 1.7 7. Tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata.
- 1.8 8. Memberikan kuasa autonomi kepada guru kerana dalam diri guru memang ada jiwa untuk membantu anak-anak kita.
- 1.9 9. Bantuan dari luar perlu untuk membantu anak-anak kita dalam keadaan yang lebih baik.
- 1.10 10. Hubungan antara masyarakat dengan sekolah amat penting untuk dieratkan.
- 1.11 11. Mewujudkan unsur kepercayaan yang lebih baik antara ibu bapa dengan guru dan sebaliknya.
- 1.12 12. Mewujudkan keadaan di mana “anak-anak akan berlari ke sekolah dan guru-guru suka anak-anak datang ke sekolah”.
- 2 Penutup
Sehubungan dengan itu, berikut merupakan antara inti pati perbualan antara Astro Awani dgn Menteri Pendidikan yang baharu (Dr. Mazlee Malik)
1. Konsep kemanusiaan dipentingkan.
![12 Inti pati Perbualan antara Astro Awani dengan Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia ke-19 2 37606 kisah lomba lari anal anak](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2018/05/37606_kisah-lomba-lari-anal-anak-485x322.jpg)
Konsep kemanusian yang dimaksudkan ialah nilai-nilai moral dan akhlak diutamakan untuk diterapkan dalam diri khususnya murid-murid.
2. Membangunkan potensi anak-anak.
![12 Inti pati Perbualan antara Astro Awani dengan Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia ke-19 3 cara mengembangkan potensi diri](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2018/05/cara-mengembangkan-potensi-diri-432x322.jpg)
Setiap anak atau murid mempunyai tahap kecergasan dan potensi diri yang pelbagai. Sehubungan dengan itu, sistem pendidikan yang baharu ini akan cuba meningkatkan potensi yang sedia ada dalam diri murid untuk kemenjadian dan kualiti murid dalam kehidupan.
3. Mewujudkan sekolah wawasan yang mempunyai potensi yang pelbagai diutamakan, dalam masa yang sama masih dalam kumpulan
![12 Inti pati Perbualan antara Astro Awani dengan Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia ke-19 4 SEKOLAH WAWASAN](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2018/05/SEKOLAH-WAWASAN-537x322.jpg)
4. Beban guru dikurangkan. Tugas guru sebagai pendidik diutamakan.
![12 Inti pati Perbualan antara Astro Awani dengan Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia ke-19 5 ru 02.2](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2018/05/ru_02.2-483x322.jpg)
Antara salah satu inisiatif bagi perkara ini ialah dengan mewujudkan jawatan Pembantu Pengajar bagi menggalas urusan pentadbiran guru.
5. Kuantiti pelajar dalam kelas dikecilkan.
![12 Inti pati Perbualan antara Astro Awani dengan Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia ke-19 6 456567 242651915836127 266338187 o](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2018/05/456567_242651915836127_266338187_o-429x322.jpg)
Merujuk kepada kuantiti murid-murid dalam satu kelas dihadkan. Ini akan menjadikan proses pembelajaran dan pemudahcaraan lebih kondusif dan memudahkan guru.
6. Tidak mengajar ranking dan gred sahaja.
![12 Inti pati Perbualan antara Astro Awani dengan Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia ke-19 7 Google Rankings no prize for fourth place](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2018/05/Google-Rankings-no-prize-for-fourth-place.jpg)
Mampu melahirkan murid yang bukan hanya tahu ilmu yang dipelajari, iaitu mampu mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian. Ini mampu menjadi salah satu bukti sistem pendidikan yang dilaksanakan terhadap murid adalah bermakna.
7. Tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata.
![12 Inti pati Perbualan antara Astro Awani dengan Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia ke-19 8 UPSR 100914 TMINAZIRSUFARI 03 1](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2018/05/UPSR_100914_TMINAZIRSUFARI_03-1-489x322.jpg)
Menjadikan sistem pendidikan Malaysia tidak berorientasikan peperiksaan atau akademik semata-mata sebaliknya membuat pentaksiran terhadap potensi murid secara holistik dari aspek JERIS.
8. Memberikan kuasa autonomi kepada guru kerana dalam diri guru memang ada jiwa untuk membantu anak-anak kita.
![12 Inti pati Perbualan antara Astro Awani dengan Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia ke-19 9 Autonomy](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2018/05/Autonomy-414x322.jpg)
Guru mempunyai hak dalam memilih strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dalam melaksanakan proses PdPc kerana mengetahui tahap dan potensi serta minat murid.
9. Bantuan dari luar perlu untuk membantu anak-anak kita dalam keadaan yang lebih baik.
![12 Inti pati Perbualan antara Astro Awani dengan Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia ke-19 10 image](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2018/05/image-429x322.jpg)
10. Hubungan antara masyarakat dengan sekolah amat penting untuk dieratkan.
![12 Inti pati Perbualan antara Astro Awani dengan Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia ke-19 11 22012011033](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2018/05/22012011033-344x322.jpg)
Hubungan ini boleh dieratkan melalui pengajuran aktiviti-aktiviti yang bersifat kemasyarakatan dan sebagainya.
11. Mewujudkan unsur kepercayaan yang lebih baik antara ibu bapa dengan guru dan sebaliknya.
![12 Inti pati Perbualan antara Astro Awani dengan Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia ke-19 12 a](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2018/05/a.jpg)
Unsur kepercayaan tersebut turut merangkumi hormat-menghormati kepada guru.
12. Mewujudkan keadaan di mana “anak-anak akan berlari ke sekolah dan guru-guru suka anak-anak datang ke sekolah”.
![12 Inti pati Perbualan antara Astro Awani dengan Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia ke-19 13 1499757 782205091805465 2121317584 n](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2018/05/1499757_782205091805465_2121317584_n-572x322.jpg)
CREDIT TO : CIKGU SAFINAH HARUN
Penutup
Semoga perkongsian ini iaitu 12 Inti pati Perbualan antara Astro Awani dengan Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia ke-19 memberikan informasi yang bermanfaat buat kita khususnya kepada warga pendidik. Semoga sistem pendidikan di negara yang tercinta ini terus cemerlang dengan penambahbaikan daripada peneraju Kementerian Pendidikan Malaysia yang baharu ini.