![Official Istilah penjarakan sosial kini ditukar kepada penjarakan fizikal - KKM 2020 1 Bantuan Kewangan RM 300 Sebulan](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/12/Screenshot-2023-12-14-015053.jpg)
Istilah penjarakan sosial kini ditukar kepada penjarakan fizikal – KKM bersumberkan BERNAMA.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan istilah penjarakan yang diguna pakai dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak COVID-19 kini ditukar kepada penjarakan fizikal.
Penggunaan istilah penjarakan fizikal merujuk kepada orang ramai perlu mengamalkan jarak sekurang-kurangnya satu meter yang perlu dipatuhi dalam kebiasaan baharu.
Istilah penjarakan sosial kini ditukar kepada penjarakan fizikal – KKM
“Istilah penjarakan sosial kini diganti dengan penjarakan fizikal,” menurut KKM menerusi Twitter.
![Official Istilah penjarakan sosial kini ditukar kepada penjarakan fizikal - KKM 2020 2 meeting 4019730 640](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/12/meeting-4019730_640.jpg)
Pengumuman.
Istilah penjarakan sosial kini diganti dengan penjarakan fizikal. #COVID19#KitaJagaKita #KitaMestiMenang— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) July 31, 2020
Selain itu orang ramai perlu mematuhi syarat yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan mereka yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan.
Setakat semalam, terdapat lapan kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 8,964 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 223 kes.
![Official Istilah penjarakan sosial kini ditukar kepada penjarakan fizikal - KKM 2020 3 Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 Tahun 2021 Official Rayuan BSH Fasa 3 2020 Dibuka Mulai 7 Ogos ini](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/12/3b10c284-1c94-4668-8f62-25f3b08c011b-2.jpg)
Penutup
Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Istilah penjarakan sosial kini ditukar kepada penjarakan fizikal – KKM memberikan informasi terkini kepada anda semua. Teruskan bersama kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.