Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

10,000 Kuota Haji Tambahan Dimiliki Malaysia

Kuota Haji Tambahan
Kuota Haji Tambahan

10,000 Kuota Haji Tambahan Dimiliki Malaysia menerusi persetujuan terkini di antara pihak Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi. Perkhabaran gembira ini dibawakan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Perdana Menteri Malaysia selepas pertemuan beliau bersama Putera Mohammed Salman, selaku Putera Mahkota Arab Saudi di Istana Yamamah semasa lawatan rasmi empat hari di negara itu baru-baru ini.

PM Kongsi Berita Kuota Haji Tambahan

Memetik ucapan Perdana Menteri pada sidang media setelah selesai menghadap Putera Mahkota Arab Saudi menerusi sumber Astro Awani, beliau menyatakan:

Kita sudah dapat keputusan baik persetujuan. Apabila keadaan (COVID-19) pulih sepenuhnya, kuota haji ditambah 10,000 daripada jumlah sedia ada.” 

Untuk pengetahuan semua, kuota haji semasa setakat ini bagi jemaah Malaysia adalah sebanyak 31,600 sejak tahun lepas, yakni tahun 2020. Terdapat peningkatan sebanyak 1,400 daripada jumlah pada tahun sebelumnya, iaitu seramai 30,200 jemaah pada tahun 2019.

Seperti mana yang tertakluk dalam ketetapan yang dibuat oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), sesebuah negara hanya memiliki kuota haji sebanyak 0.1 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan penduduknya. Namun begitu, dalam petikan sidang media tersebut Perdana Menteri turut menyatakan bahawa:

Putera Mahkota juga memaklumkan kota Mekah dan Madinah masih dalam proses pembesaran dan ini boleh menambah jumlah haji dan umrah. Saya dimaklumkan Malaysia akan diberi perhatian utama dalam pertambahan jumlah jemaah.

Pertemuan di antara Perdana Menteri dan Putera Arab Saudi, selaku Timbalan Perdana Menteri & Menteri Pertahanan Arab Saudi yang berlangsung sepanjang 90 minit ini turut disertai dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, selaku Menteri Luar. Sesi pertemuan ini merupakan kemuncak lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri ke negara Arab yang dilaksanakan di bawah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang amat ketat dan dijaga rapi.

Hasil pertemuan tersebut, sebuah perjanjian persefahaman (MOU) inisiatif Perkhidmatan Jalan Makkah telah ditandangani oleh kedua-dua belah pihak negara Malaysia dan juga negara Arab. Inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan proses pra-pelepasan jemaah Haji dan Umrah Malaysia yang mana merangkumi segala urusan penerbangan, semakan visa dan pasport, prosedur kastam dan urusan logistik lain-lain.

Permeteraian MOU tersebut telah ditandatangani oleh Datuk Seri Hishammuddin bagi pihak negara Malaysia dan rakan sejawatannya Putera Faisal Farhan Al-Saud bagi pihak negara Arab. Penandatanganan ini turut disaksikan oleh kedua-kedua pihak bertanggungjawab, iaitu Perdana Menteri dan juga Putera Mohammed.

Untuk maklumat tambahan, pada 11 Jun 2020, seramai 31,600 bilangan jemaah haji yang sepatutnya telah berlepas ke negara Arab bagi menunaikan ibadah haji pada tahun tersebut telah ditangguhkan oleh pihak kerajaan Malaysia secara terpaksa. Faktor keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat menjadi kekangan utama dalam mencapai keputusan penangguhan tersebut.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama pihak Tabung Haji menerusi laman webnya ada menyatakan bahawa pihak mereka juga pada setiap tahun akan membuat rayuan penambahan kuota terhadap pihak kerajaan Arab Saudi. Rayuan ini dibuat bertujuan untuk membolehkan lebih ramai lagi umat Islam di negara Malaysia dapat mengerjakan Rukun Islam Kelima ini, iaitu menunaikan ibadah haji.

kuota haji tambahan
kuota haji tambahan

Secara keseluruhannya, jelaslah bahawa setiap pihak atau badan berkepentingan yang diberi amanah menggalas tanggungjawab urusan ibadah haji di Malaysia ini memainkan peranan masing-masing dengan penuh dedikasi dan komited. Segala usaha yang dijalankan oleh pihak mereka wajarlah dipuji dan disambut baik oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya yang beragama islam.

Bagi sesiapa yang berhasrat untuk menyertai ibadah haji pada tahun ini bolehlah mendapatkan maklumat lanjut menerusi perkongsian Rayuan Haji telah Di Buka Secara Online Melalui THiJARI 

Adakah Tips Untuk Pergi Haji Awal?

kuota haji tambahan 2
kuota haji tambahan

Salah satu tips mudah untuk pergi haji pada zaman sekarang ialah dengan memohon dan memenuhi kekosongan kuota jika Kuota haji tambahan diperolehi oleh kerajaan Malaysia. Walaupun kuota haji tambahan ini tidak banyak, namun biasanya ianya tidak mengecewakan anda kerana orang yang betul-betul berniat untuk pergi haji insyaAllah segala urusan akan dipermudahkan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati