Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pusat Kesihatan UPM Effective Mei 2021

Jawatan Kosong Pusat Kesihatan UPM

Jawatan Kosong Pusat Kesihatan UPM merujuk kepada beberapa jawatan kosong yang sedang dibuka oleh Universiti Pertanian Malaysia. Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia (Kampus Serdang) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan berdasarkan syarat yang ditetapkan, untuk mengisi jawatan bertaraf KONTRAK. Tarikh tutup permohonan bagi jawatan ini adalah pada 7 Jun 2021. Borang permohonan jawatan boleh didapati pada bahagian bawah.

Senarai Jawatan Kosong di Pusat Kesihatan UPM

  1. Penolong Pegawai Farmasi U29
  2. Jurupulih Perubatan (Anggota) U29
  3. Pembantu Operasi N11

Syarat Umum Permohonan Kerja di Pusat Kesihatan UPM

8eb73c31 28fa 4a5e 8ac7 4f7787822e28 4
Pusat Kesihatan UPM
  • Calon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
  • Bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:

    a) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; ataub) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; danc) Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Dapatkan “Borang Permohonan Jawatan dan Senarai Semak Temu Duga” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download: Senarai Semak Temuduga dan Borang Permohonan Jawatan Kosong

Cara Permohonan Kerja di Pusat Kesihatan UPM

  1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana (Kod Dokumen SOK/BUM/BR03/JAWATAN02) seperti di atas dan sertakan dokumen-dokumen seperti Senarai Semak Temuduga yang dilampirkan.
  2. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke emel [email protected] (pastikan dokumen yang dilampirkan adalah CETAKAN BERWARNA) atau dihantar ke alamat berikut:
    UNIT PEMBANGUNAN MODAL INSAN & LATIHAN
    PEJABAT AM TINGKAT 1, BLOK A
    PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI,
    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG
    (U/P: PUAN NOOR BAIZURA MOHD SAFIFEE)
    TEL: 03-9769 8870 / 7346

Peringatan Mesra

  1. Anda dikehendaki untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan di JAWATAN KOSONG | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (upm.edu.my)
  2. Permohonan yang tidak lengkap diisi / lewat diterima / tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan.
  3. Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperakukan dipanggil untuk ditemuduga.
  4. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian jawatan kosong yang lain seperti berikut:

Diharapakan agar anda semua dapat mengambil peluang untuk memohon Jawatan Kosong Pusat Kesihatan UPM ini sementara belum tamat tempoh. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati