Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong SPAJ Pengawal Keselamatan KP11 Effective Mei 2021

Jawatan Kosong SPAJ Pengawal Keselamatan KP11

Jawatan Kosong SPAJ Pengawal Keselamatan KP11 merupakan jawatan kosong terkini yang sedang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ). Terdapat sebanyak 11 kekosongan yang ditawarkan bagi pengambilan jawatan Pengawal Keselamatan KP11 pada kali ini. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas adalah digalakkan untuk memohon jawatan seperti di bawah ini.

Butiran Jawatan Kosong

  • Nama Jawatan: Pengawal Keselamatan
  • Gred: KP11
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Tempoh Permohonan: 1 Mei 2021 – 14 Mei 2021

Deskripsi Tugas Pengawal Keselamatan KP11

Pengawal Keselamatan melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai
Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

Skop Fungsi Bidang Tugas Utama:

Kawalan Pergerakan Pegawai Pelawat dan Pekerja

  1. Mendaftar, mengeluarkan, dan memeriksa kad pas keselamatan/kad pengenalan jabatan kepada penjawat awam, pelawat dan pekerja kontrak.
  2. Memeriksa semua pegawai, pelawat dan pekerja kontrak yang memasuki bangunan kerajaan memakai kad pas keselamatan/kad pengenalan jabatan pada setiap masa.
  3. Melaksanakan pemeriksaan fizikal ke atas penjawat awam, pelawat, pekerja kontrak dan memeriksa kenderaan, beg-beg serta peralatan/kelengkapan yang dibawa masuk oleh mereka.

Jadual Gaji Pengawal Keselamatan KP11

c8b85765 d9e7 4175 865e 2b28f8c6d5a0 4
Gaji Minimum RM 1,205.00
Gaji Maksimum RM 2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 80.00

Syarat Lantikan Pengawal Keselamatan KP11

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00)

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Fizikal

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu,
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita,
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26,
  • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja),
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata,
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat, dan
  • diperiksa serta diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Cara Permohonan

Individu yang berminat untuk membuat permohonan bagi jawatan Pengawal Keselamatan KP11 ini perlulah dilakukan secara dalam talian melalui pautan berikut:

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian jawatan kosong lain seperti berikut:

Diharapkan perkongsian Jawatan Kosong SPAJ Pengawal Keselamatan KP11 ini dapat memberi informasi lengkap kepada anda semua yang berminat untuk memohon jawatan sektor kerajaan yang ditawarkan ini. Selamat Mencuba!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati