
Bantuan Khas Covid-19 PEMULIH Buat Golongan Miskin Tegar, B40, dan M40. Pada 28 Jun 2021, Kerajaan telah mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, iaitu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM150 bilion merangkumi suntikan fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.
Bantuan Khas Covid-19 PEMULIH Buat Golongan Miskin Tegar, B40 dan M40.
Isi Kandungan

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin berkata, PEMULIH bertujuan memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama, iaitu:
- Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat,
- Menyokong Perniagaan, dan
- Meningkatkan Vaksinasi.
Menerusi fokus pertama kata Perdana Menteri, kerajaan komited meneruskan agenda prihatin rakyat dengan menyalurkan Bantuan Tunai Langsung sehingga hujung tahun ini bernilai RM10 bilion. Salah satu bantuan di bawah agenda ini adalah Bantuan Khas Covid-19 (BKC). Secara keseluruhan, pemberian khas BKC ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang.
Kategori Penerima Bantuan Khas Covid-19
- Golongan Miskin Tegar: RM 1,300 (Isi Rumah) / RM 500 (Bujang)
- Golongan B40: RM 800 (Isi Rumah) / RM 200 (Bujang)
- Golongan M40: RM 250 (Isi Rumah) / RM 100 (Bujang)

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Covid -19 (BKC)
Golongan Miskin Tegar
- Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak 500 ringgit pada bulan Ogos, 500 ringgit pada bulan November, dan 300 ringgit pada bulan Disember.
- Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos, dan RM300 pada bulan November.
Golongan B40
- Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 ringgit pada bulan Ogos dan RM300 ringgit pada bulan Disember.
- Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos.
Golongan M40
- Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan ini boleh dirujuk menerusi Pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)
Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti di bawah ini.
- Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan RM500, RM300, dan RM100
- Permohonan Bantuan Yuran Pendaftaran IPT MAIJ Sehingga RM1,000
- Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk Sehingga RM400
- Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 (RM500)
- Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat Dibuka 15 Jun
- Permohonan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN (PKP 3.0)
- Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 65/22
- Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 194 dan Wanita Siri 47 Tahun 2021
- Pengambilan Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia Siri 223/22
Semoga perkongsian Bantuan Khas Covid-19 PEMULIH Buat Golongan Miskin Tegar, B40, dan M40 ini dapat memberikan perkhabaran gembira buat anda semua dalam mengharungi PKP 3.0 yang masih berlangsung buat masa ini.