![Official Pengambilan 18,702 Guru Secara One Off Effective Mulai Julai 2021 1 guru one off](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2021/06/guru-one-off.png)
Pengambilan 18,702 Guru Secara One Off Mulai Julai 2021.
Perkara ini telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan sebentar tadi pada sidang akhbar yang diadakan di Petaling Jaya. Melalui perkongsian pada sidang akhbar itu, pihak Kementerian Pendidikan akan mengambil seramai 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 secara ‘one off‘ bagi mengatasi masalah kekurangan guru terutamanya membabitkan beberapa buah negeri dan mata pelajaran tertentu di negara ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata pihak KPM akan mengeluarkan iklan tawaran pengambilan itu pada 7 Julai 2021. Beliau juga berkata penempatan akan dilakukan secara berperingkat bermula pada bulan Oktober.
![Official Pengambilan 18,702 Guru Secara One Off Effective Mulai Julai 2021 2 3d566458 5c80 4b1b 998b cb3f782a48b8](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/12/3d566458-5c80-4b1b-998b-cb3f782a48b8.jpg)
Beliau juga menjelaskan bahawa ini merupakan pengambilan guru secara besar-besaran yang pernah dilakukan setakat ini. Kata beliau:
“Untuk memastikan perkara ini menjadi kenyataan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan agar segala perancangan dapat dilaksanakan secara terancang. Ianya merupakan pendekatan baharu yang dibuat oleh kementerian bersama SPP dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).”
Seperti kita sedia maklum, kekurangan jumlah guru dalam mata pelajaran tertentu berada pada tahap membimbangkan. Oleh itu, pihak KPM mengambil langkah sebegini untuk mengatasi masalah kekurangan guru.
Datuk Dr. Radzi Jidin juga berkata pada sidang akhbar hari ini:
![Official Pengambilan 18,702 Guru Secara One Off Effective Mulai Julai 2021 3 3db219bf f3ef 400d 9b10 65c8d79f00f5](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/12/3db219bf-f3ef-400d-9b10-65c8d79f00f5.jpg)
“Pengambilan ini adalah bertujuan untuk mengatasi serta mengurangkan jurang kekurangan guru dan mata pelajaran yang terbabit dalam masalah kekurangan guru”
![Official Pengambilan 18,702 Guru Secara One Off Effective Mulai Julai 2021 4 kekosongan e1624160466513](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2021/06/kekosongan-e1624160466513.jpg)
Untuk pengetahuan semua, kami juga ada berkongsi pelbagai informasi berguna kepada anda semua seperti Calon SPM dan STPM 2021 Bakal Terima Suntikan Vaksin Bulan Depan, Biasiswa UKM Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dan sebagainya.
Bagi bahan pendidikan pula, kami berkongsi seperti Modul Latihan Matematik Sekolah Rendah: Operasi Darab, Kesilapan Lazim Matematik Sekolah Rendah. Bahan-bahan ini sangat berguna untuk para guru diluar sana untuk melaksanakan proses pembelajaran secara PdPR.
Perkongsian Pengambilan Guru One Off
![Official Pengambilan 18,702 Guru Secara One Off Effective Mulai Julai 2021 5 One Off](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/12/4e90e071-0fd5-417a-bf52-b8bd0859834a.jpg)
Akhir kata, diharapkan dengan perkongsian berita berkaitan Pengambilan 18,702 Guru Secara One Off Mulai Julai 2021 dapat menyebarkan maklumat semasa kepada masyarakat awam terutamanya kepada lepasan graduan yang berminat untuk menjadi guru. Semoga sistem pendidikan di negara kita sentiasa berjalan lancar meskipun kita berada dalam keadaan pandemik sekarang ini. Peringatan untuk warga pendidik supaya dapat menjaga diri dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi apa jua keadaan demi melaksanakan tugas yang diamanahkan bagi memastikan pelajar mendapatkan sumber pendidikan yang berkualiti tanpa sebarang kesulitan.