Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Permohonan E-Baucer Makanan KFC Bernilai RM20

Permohonan E-Baucer Makanan KFC Bernilai RM20

Permohonan E-Baucer Makanan KFC Bernilai RM20 ini merujuk kepada kepada salah satu inisiatif yang terdapat di dalam Senarai Bantuan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 yang telahpun diumumkan pada 10 Jun 2021 lalu.

Untuk makluman semua, Yang Berhormat Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad mengumumkan bahawa kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM126.86 juta untuk pemberian sekali beri (one-off) bagi rakyat negeri Johor yang terjejas dengan pandemik Covid-19 termasuk golongan M40 melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 ini.

FB IMG 1626946563772

Syarat Permohonan E-Baucer Makanan KFC Bernilai RM20

Berikut merupakan syarat permohonan yang telah ditetapkan bagi permohonan E-Baucer Makanan KFC Bernilai RM20:

  1. Khas bagi mahasiswa kelahiran Johor atau keluarga bermastautin di Negeri Johor.
  2. Keutamaan diberikan kepada mereka daripada keluarga di bawah kategori B40.
  3. Semua penerima inisiatif PRE Ihsan Johor wajib membuat pendaftaran program vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera atau mana-mana saluran yang disediakan oleh KKM bagi menyokong program vaksinasi negeri Johor.
NOTA TAMBAHAN:
PERMOHONAN INI KHAS UNTUK MAHASISWA-MAHASISWI JOHOR SELURUH NEGARA BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PENUH.

Tarikh Permohonan E-Baucer Makanan KFC
Bernilai RM20

  • Permohonan dibuka sehingga 31 JULAI 2021

Cara Permohonan E-Baucer KFC

  1. Permohonan e-baucer ini boleh dibuat secara dalam talian melalui Google Form.
  2. Pautan Google Form secara dalam talian boleh didapati DI SINI.
  3. Sila lengkapkan maklumat dengan teliti dan hantarkan borang tersebut sebelum tarikh akhir iaitu 31 Julai 2021.
  4. Pengumpulan data ini adalah antara usaha membantu mahasiswa-mahasiswi Johor yang terkesan. Segala maklumat adalah sulit dan hanya untuk kegunaan Kerajaan Negeri Johor.

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai insentif sumbangan e-baucar ini, sila hubungi Yayasan Pelajaran Johor menerusi cara seperti berikut,

Selain itu, anda semua juga mungkin berminat dengan perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Permohonan E-Baucer Makanan KFC Bernilai RM20 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua, khususnya buat para pelajar universiti yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19 masa ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini dengan ahli keluarga, jiran tetangga, rakan sekerja, ataupun sesiapa sahaja yang memerlukan dan berkelayakan untuk membuat permohonan bantuan ini.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati