Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia Sesi 2022 (eSSEM)

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Seni
Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Seni

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia Sesi 2022 (eSSEM) kini dibuka dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang eSSEM bermula 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021. 

Penubuhan SSeM adalah selaras dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Menyediakan Kesamarataan Akses kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa dengan memperluas akses dan meningkatkan kualiti pendidikan selari dengan usaha untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan bukan berdasarkan kepada akademik semata.

Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ditubuhkan bagi memberikan peluang dan ruang kepada anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sebaliknya mereka mampu membentuk kerjaya dalam bidang seni.

Definisi Sekolah Seni Malaysia

Sebuah Institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaaan tanah air secara aktif dan kreatif.

Terdapat empat buah Sekolah Seni KPM. Lokasinya adalah seperti berikut:

  1. Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam, Masai.
  2. Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching.
  3. Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, Kuala Lumpur.
  4. Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara.

Dan sebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni iaitu:

  • SMK Elopura, Sandakan, Sabah.

Syarat Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Seni

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian (Seni Visual/ Tari/ Teater/ Muzik)
  3. Sihat tubuh badan
  4. Hanya permohonan secara dalam talian akan diproses

Syarat Kemasukan

  1. Calon perlulah berasal daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
  2. Lulus Uji Bakat (dilaksanakan secara dalam talian)
  3. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  4. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  5. Mengemukakan rekod kesihatan murid
  6. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan

Cara Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Seni

  1. Permohonan mestilah dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang eSSem.
  2. Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan calon
  3. Hanya permohonan secara dalam talian akan diproses
  4. Pemohon perlu melalui proses ujibakat sama ada secara bersemuka atau secara dalam talian (rakaman video)
  5. Hanya pemohon yang melalui proses uji bakat sahaja akan disenarai pendek untuk pemilihan.

Sesi Ujibakat

  • Bagi permohonan kemasukan 2022, uji bakat dilakukan melalui rakaman video.
  • Calon yang membuat permohonan perlu muat turun dan mencetak lampiran soalan bagi bidang seni yang dipilih selepas klik hantar permohonan.
  • Calon dikehendaki berpakaian kemas dan bersesuaian semasa rakaman.
  • Bagi calon bidang seni persembahan, calon diminta memakai tshirt berkolar hitam, seluar trek hitam, tudung hitam/rambut disanggul kemas bagi calon perempuan.
  • Calon diminta untuk mendapatkan bantuan guru atau ahli keluarga semasa membuat permohonan serta penyediaan rakaman uji bakat.
  • Rakaman dalam bentuk MP4 perlu diletakkan dalam satu fail dan namakan fail tersebut dengan Nombor Kad Pengenalan pemohon (rujuk panduan diberikan dalam borang permohonan yang dimuat turun).
  • Sila muat naik fail tersebut ke dalam Google Drive masing-masing.
  • Dapatkan pautan dan masukkan pautan tersebut ke dalam laman sesawang eSSeM pada ruangan yang disediakan.
  • Calon perlu hantar rakaman video yang disediakan selewat-lewatnya 30 Oktober 2021.

Semakan Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Seni

Status permohonan kemasukan ke Sekolah Seni KPM atau Program Pendidikan Seni, boleh disemak pada bulan Disember 2021/ Januari 2022 (tarik adalah tertakluk kepada perubahan).

Semakan keputusan tawaran boleh dilakukan secara atas talian melalui laman sesawang eSSeM.

Permohonan Rayuan Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Seni

Rayuan boleh dibuat dalam tempoh dua minggu selepas keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni diumunkan secara rasmi melalui laman sesawang eSSeM.

Keputusan rayuan dapat diketahui dua minggu selepas tarikh pendaftaran murid tingkatan satu di Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi:

  1. Puan Zuraini Binti Abu Hassan
    Tel: 03-88721616
  2. Cik Noor Azilah Binti Ismail
    Tel: 03-88721760 atau emelkan pertanyaan ke
    Email: [email protected]

ATAU

Sila ajukan pertanyaan kepada Unit Sistem Aplikasi Dalam Talian di talian 03 8872 1616/ 03 8872 1760 atau emel ke [email protected]

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Seni

Diharapkan agar perkongsian mengenai Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia Sesi 2022 (eSSEM) ini dapat memberikan manfaat kepada para guru dan ibu bapa dalam memberikan peluang kepada murid dan anak-anak yang berbakat dalam bidang seni.

Sila layari laman web Sistem Guru Online untuk mendapat informasi terkini mengenai jawatan kosong seperti Jawatan Kosong Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan informasi mengenai bantuan kerajaan seperti Permohonan Agihan Khas Zakat LZNK RM300.  

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati