Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pembaca Meter TNB Effective Ogos 2021

Jawatan Kosong Pembaca Meter TNB
Pembaca Meter TNB

Jawatan Kosong Pembaca Meter TNB ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Tarikh tutup bagi permohonan ini adalah pada 20 Ogos 2021 (Jumaat). Individu yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan yang ditawarkan seperti yang dinyatakan di bawah ini.

Maklumat Jawatan Pembaca Meter TNB

  • Jawatan: Pembaca Meter (Kontrak)
  • Tempoh Kontrak: Satu (1) tahun
  • Gaji Pokok: RM1,200.00 sebulan
  • Elaun Elektrik: RM85.00 sebulan
  • Elaun Dobi: RM60.00 sebulan
telephone 949023 640 1
Pembaca Meter TNB

Syarat dan Kelayakan Permohonan

  • Warganegara Malaysia.
  • Memiliki Diploma dari Politeknik atau Universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang yang berkaitan dengan tugas-tugas di Tenaga Nasional Berhad, atau
  • Memiliki Sijil Penjaga Jentera Elektrik (sekurang-kurangnya AO)  yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) mata pelajaran termasuk :
    • Bahasa Malaysia
    • Matematik atau Sains
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik dengan BMI (Body Mass Index) tidak melebihi 30 serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
  • Memiliki lesen memandu B2 (Lesen L adalah tidak layak) dan mempunyai motorsikal sendiri.
  • Tidak rabun warna.
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.
  • Boleh bekerja dalam satu pasukan dan mempunyai tahap komunikasi yang baik.
  • Hanya terhad kepada calon lelaki sahaja.
  • Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.

Cara Permohonan

Individu yang berminat dengan tawaran pekerjaan ini boleh mengemukakan permohonan anda menerusi pautan Meter Reader Kontrak (tnb.com.my)

Senarai jawatan kosong yang lain:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pembaca Meter TNB ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan pada masa ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati