Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pembantu Perikanan Gred G19 Effective Oktober 2021

Jawatan Kosong Pembantu Perikanan Gred G19

Jawatan Kosong Pembantu Perikanan Gred G19 ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). SPA menawarkan sebanyak 3 kekosongan dan 40 simpanan bagi pengambilan kali ini. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 10 Oktober 2021 (Ahad), jam 11:59 malam.

Individu yang dilantik ke jawatan Pembantu Perikanan Gred G19 ini akan ditempatkan di bawah Jabatan Perikanan Malaysia (Semenanjung). Sehubungan itu, pihak SPA sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti berikut bagi menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Keterampilan yang baik.
  2. Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan.
  3. Bakat kepimpinan.
  4. Ciri-ciri jati diri yang cemerlang.
  5. Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Deskripsi Tugas Pembantu Perikanan Gred G19

  • Bertanggungjawab membantu merancang, merumus dan menyelaras pembangunan sektor perikanan negara secara berkesan ke arah merealisasikan misi, visi dan objektif jabatan. Membantu menyediakan perancangan sektoral dan strategik yang mantap serta relevan bagi mendukung pembangunan sektor perikanan negara.
  • Bertanggungjawab untuk mengumpul dan memproses data serta maklumat perikanan dengan efektif dan efisien.
  • Bertanggungjawab menjalankan khidmat pengembangan kepada kumpulan sasar melalui penyebaran dan penyampaian maklumat perikanan, pembangunan usahawan industri asas tani, pembangunan komuniti nelayan, pemindahan teknologi, pengendalian lepas tuai dan khidmat nasihat teknikal industri perikanan.
  • Bertanggungjawab membantu melancarkan pelaksanaan pembangunan projek-projek akuakultur bagi merealisasikan sasaran pengeluaran ikan melalui aktiviti akuakultur.

Jadual Gaji Pembantu Perikanan Gred G19

Gaji MinimumRM 1,357.00
Gaji MaksimumRM 4,008.00
Kadar Kenaikan Gaji TahunanRM 100.00

Syarat Lantikan Pembantu Perikanan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred G19 : RM1,357.00) atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred G19 : RM1,357.00) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred G19 : RM1,413.40) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred G19 : RM1,469.80)

Bidang SVM

  • Mekanikasi Agro
  • Akuakultur
  • Perikanan Tangkapan

Bidang SKM Tahap 2

  • Juruteknik Rendah Akuakultur
  • Juruteknik Rendah Perikanan
  • Perikanan Tangkapan

Bidang SKM Tahap 3

  • Juruteknik Akuakultur (Marin)
  • Operasi Teknologi Perikanan Tangkapan
  • Juruteknik Perikanan
  • Nakhoda Pukat Jerut

Kelayakan Bahasa Melayu

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

MUAT TURUN: IKLAN-SPA9_PK-DOF-PembantuPerikananGredG19_Semenanjung

Cara Permohonan Pembantu Perikanan

ff320f03 1974 4eca a191 27bc8c915c25 3
Pembantu Perikanan
  1. Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
  2. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
  3. Calon perlu memastikan pusat temu duga juga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
  4. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.

Anda juga mungkin berminat dengan beberapa perkongsian lain seperti berikut:

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pembantu Perikanan Gred G19 ini dapat memberi manfaat kepada anda semua khususnya terhadap individu yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam. Anda juga digalakkan untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk memohon. Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan kerjaya yang anda impikan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati