Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

JKR: Iklan 1 Jawatan Kosong JKR

iklan jawatan kosong jkr

Iklan Jawatan Kosong JKR, Jabatan Kerja Raya Malaysia ini disiarkan bagi membantu sesiapa yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini sehingga tarikh tutup permohonannya pada 18 September 2022.

Pemohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Jabatan Kerja Raya Johor adalah seperti berikut:

Maklumat Iklan Jawatan Kosong Penolong Jurutera (Elektrik) JKR 

  • Jawatan : Penolong Jurutera (Elektrik) Gred JA29
  • Jabatan : Jabatan Kerja Raya Johor
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Klasifikasi : Kejuruteraan

Jadual Gaji

MINIMUM

MAKSIMUM

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

RM1,549.00

RM5,701.00

RM145.00

Syarat Lantikan 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) GRED JA29

(i) Sijil alam bidang kejuruteraan Elektrik yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan pada Gred JA29 ialah RM1,549.00) atau
(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan Elektrik yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29 ialah RM1,935.02) atau

Syarat Kelayakan 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepuian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Maklumat Iklan Jawatan Kosong Juruukur Bahan Gred J41 JKR 

  • Jawatan : Juruukur Bahan Gred J41
  • Jabatan : Jabatan Kerja Raya Johor
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
  • Klasifikasi : Kejuruteraan

Jadual Gaji 

MINIMUM

MAKSIMUM

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

RM2,529.00

RM9,643.00

RM225.00

Syarat Lantikan 

Calon lantikan hendaklah memilihi kelayakan seperti beriku:

(a) Warganegara Malaysia

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

(c) Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji Permulaan Gred J41 ialah RM2,529.00)

Syarat Kelayakan

Calon lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

  • Taraf Jawatan : KONTRAK
  • Tarikh Tutup Permohonan : 18 September 2022

Cara Membuat Permohonan Jawatan Kosong JKR

  1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang JKRJ.1/2022 yang boleh didapati di ibu pejabat JKR Johor/ JKR Daerah.
  2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport dan salinan sah dokumen – dokumen berikut:
    (a) Sijil Kelahiran
    (b) Kad Pengenalan
    (c) Sijil Berhenti Sekolah
    (d) Lain-lain sijil / surat akaun berkaitan
  3. Pemohonan daripada anggota – anggota yang seang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, badan berkanun atau kuasa-kuasa tempatan hendaklah dikemukakan melalui ketua jabatan masing-masing dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan laporan nilaian prestasi tahunan yang terakhir.

Borang yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat berikut:

PENGARAH KERJA RAYA JOHOR
JABATAN KERJA RAYA JOHOR
TINGKAT 4, BANGUNAN DATO’ ABDUL RAHMAN ANDAK
KOTA ISKANDAR
78100 ISKANDAR PUTERI, JOHOR

CATATAN AM

  • Sila nyatakan jawatan yang dipohon disebelah kiri atas sampul surat pemohon
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temuduga
  • Pemohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA
  • Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga aalah tanggungjawab pemohon sendiri
  • Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Iklan Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) ini dapat memberikan manfaat kepada sesiapa yang sedang berusaha mencari pekerjaan yang sesuai untuk diri.

Untuk ibu bapa dan para guru, anda boleh mendapatkan pelbagai bahan bantu belajar untuk murid sekolah rendah, sekolah menengah mahupun prasekolah di laman web rasmi Sistem Guru Online.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati