Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

KPM: Garis Panduan Program Motivasi di Sekolah diperincikan l Selesaikan Masalah Tersalah Jemput ‘Influencer’ Effective Serta Merta

Program Motivasi

KPM: Garis panduan program motivasi di sekolah diperincikan l Selesaikan Masalah Tersalah Jemput ‘Influencer’. Tular beberapa hari yang lalu mengenai pelbagai kes yang melibatkan ahli jemputan ke sekolah untuk menjayakan program motivasi di Sekolah. Hal ini menjadi membimbangkan apabila ada jemputan ‘Influencer’ yang terlibat dengan jenayah seksual terhadap pelajar di Sekolah yang kini sedang disiasat pihak Polis.

Ekoran itu, Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) telah merangka strategi bagi mengekang masalah yang sama berlaku. Menurut Datuk Dr.Radzi Jidin, beliau menegaskan akan meletakkan garis panduan program motivasi di Sekolah lebih terperinci.

Ikuti rangkuman lanjut dibawah.

KPM: Garis panduan program motivasi di sekolah diperincikan l Selesaikan Masalah Tersalah Jemput ‘Influencer’

Datuk Dr.Radzi Jidin berkata, antara perkara yang KPM akan diperhalusi adalah berkaitan kebebasan pihak sekolah memilih sendiri penceramah luar. Ini adalah kerana ia merupakan langkah berjaga-jaga tersilap memilih penceramah kepada anak-anak di Sekolah.

“Berkaitan dengan (program) motivasi di sekolah, kenapa kita tak bagi sekolah autonomi dalam perkara tertentu. Kalau kita tak pantau, ada lebih 10,000 sekolah dan kita akan dapati nanti macam-macam pendekatan digunakan sekolah untuk program motivasi.

Tindakan KPM akan perincikan semua aspek-aspek yang akan diperkirakan. Ianya merupakan satu cabaran yang besar bagi KPM dalam bicara hal automomi kepada pihak Sekolah. Mengulas lanjut mengenai kes amang seksual yang tular baru-baru ini adalah kerana ia membabitkan seorang penceramah bebas yang dijemput oleh Sekolah.

408959525 1544106973075628 1109381702052135887 n 1

Penceramah bebas tersebut telah ditahan polis. Menurut kes, suspek telah berkenalan dengan mangsa dalam program motivasi di sekolah. Sehingga sekarang, sudah enam laporan polis telah dibuat terhadap penceramah bebas yang ditahan reman baru-baru ini.

Garis Panduan Khusus Akan Dibangunkan, Garis Panduan Dan Pekeliling Sedia Ada Akan Terus Dikuatkuasakan Dan Terpakai

Menurut pihak KPM, berkenaan garis panduan yang sedia ada terpakai sehingga pihak KPM membuat garis panduan atau pekeliling yang baharu dan dalam isu ini, mereka mensasarkan capai keseimbangan yang sebenar-benarnya dalam setiap perkara ini dan KPM perlu melakukan perincian terlebih dahulu sebelum putuskan keputusan sesuatu.

Niat Sekolah Menjemput Penceramah Ke Sekolah Adalah Baik Tapi…

Datuk Dr.Radzi Jidin berkata, KPM memandang serius isu berkenaan dan dalam masa yang sama KPM mahu pastikan sekolah adalah merupakan tempat yang selamat untuk pelajar.

Ini adalah kerana menjemput penceramah yang ‘salah’ akan merugikan pihak sekolah dan program motivasi yang dianjurkan tidak mencapai matlamat.

“Sekolah semua berniat baik, ingin dapatkan penceramah-penceramah dari pelbagai konteks untuk beri motivasi kepada murid-murid ini tapi kadang-kadang berlaku kes tertentu seperti yang dibangkitkan,” -Datuk Dr.Radzi Jidin.

Isu Jemput Influencer Beri Ceramah Motivasi, Relevan Atau Tidak?

Sudah menjadi fenomena apabila dunia maya kini mengangungkan mereka yang bergelar ‘influencer’ atau dikenali pemberi pengaruh. Anak-anak kita yang majoriti menggunakan telefon pintar sememangnya ligat dengan dunia maya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan anak-anak terpengaruh dengan pemberi pengaruh yang benar dan baik.

Macam Mana Sekolah Boleh Tersalah Jemput Penceramah?

Pihak sekolah sepatutnya meneliti dengan terperinci dahulu sebelum menjemput penceramah. Tidak sepatutnya tular di sekolah berkenaan ajakan penceramah yang tidak relevan untuk beri motivasi di sekolah.

Cadangan kepada pihak sekolah, kaji sepenuhnya latar belakang bakal penceramah. Adakan mesyuarat khas untuk bincangkan kerelevanan penceramah motivasi terlebih dahulu. Jemputlah mereka yang menjadi tokoh masyarakat, yang banyak menyumbangkan idea,usaha dan macam-macam manfaat kepada masyarakat. Ada beza tokoh dengan pemberi pengaruh.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati