Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kadar Bantuan Bujang BKM FASA 3 Official Mungkin Ditambah

  • bkm fasa 3 mgkin naik

Kadar Bantuan Bujang BKM FASA 3 Mungkin Ditambah .Bantuan daripada kerajaan sememangnya ditunggu-tunggu oleh pelbagai golongan dan lapisan masyarakat kerana ia merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia dalam membantu mereka yang memerlukan. Ekoran kemelesetan ekonomi dan ancaman wabak ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan keadaan yang tidaklah berapa baik.

Kini, Kerajaan Malaysia menerusi sumbangan bantuan keluarga Malaysia banyak membantu pelbagai golongan masyarakat yang terkesan. Bermula dengan pengagihan bantuan di Fasa 1, kemudian Fasa 2, Fasa 3 Dan Fasa 4. Kerajaan Malaysia akan terus komited untuk membantu rakyat Malaysia.

Dan terbaru, bantuan bujang akan disalurkan pada bulan september yang bakal memanfaatkan jutaan golongan belia dan tua yang masih bujang. Ikuti maklumat lanjut bantuan bujang dibawah.

 Kadar Bantuan Bujang BKM FASA 3 Mungkin Ditambah

Bantuan Kepada Golongan Bujang Tanda Kerajaan Prihatin

Kerajaan Malaysia sememangnya komited untuk membantu pelbagai golongan. Mungkin ramai yang berfikir golongan bujang tidak patut dibantu kerana keadaanya masih belum berkeluarga dan dianggap tiada tanggungan.

Namun begitu, kerajaan Malaysia tidak bertindak melulu dan membuat kajian kesesuaian golongan bujang juga menerima bantuan BKM.

 Bantuan Bagi Golongan Bujang 

Untuk kategori bujang bagi Fasa 3 BKM, kerajaan Malaysia telah merangka dan membahagikan kategori bujang mengikut kesesuaian dan jenis. Ini adalah kerana kerajaan Malaysia ingin memastikan setiap bantuan sampai kepada rakyat tidak mengira pelbagai bangsa dan agama.

Perdana Menteri Umum Berita Gembira

Kategori Bujang dan IBT tiada anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • RM 150

Bujang dan IBT tiada anak – pemohon 60 tahun dan ke atas

  • RM 150

Jumlah Bantuan BKM Kepada Golongan Yang Selain Bujang Bagi Fasa 3 

BKM Fasa 3: Bilakah Tarikh Pembayaran Bagi Bulan September?

Untuk makluman sekarang, Kerajaan Malaysia masih belum ada untuk tentukan tarikh rasmi bayaran BKM Fasa 3. Tetapi seperti yang dinyatakan, bayaran tetap dikreditkan pada bulan September , dan kita sudah berada di dalam bulan september mungkin tidak lama lagi kerajaan akan umumkan tarikh rasmi.

Walaubagaimanapun, kemungkinan besar tarikh bayaran adalah sama seperti BKM Fasa 2 yang lalu iaitu pada 27 September atau pada minggu terakhir bulan September nanti.

Bagi sebarang maklumat umum dan tambahan mengenai pembayaran dan informasi BKM Fasa 3 kami akan kemas kini dari semasa ke semasa.

Mungkinkah Ada Kenaikan Bayaran Bagi BKM Fasa 3?

Ya, ada kemungkinan juga untuk kenaikan bayaran bantuan BKM Fasa 3 memandangkan kenaikan harga barang dan pelbagai caj perkhidmatan.

Menurut kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Ismail Sabri mengatakan:

“Jadi kalau kes harga barang naik lagi dan masih tak selesai, BKM Fasa Ketiga, Fasa Keempat, (jika) ada lagi, mungkin kita akan bagi tambah lagi peruntukan untuk kesenangan rakyat,” katanya. Sumber; Astro Awani

Semak BKM Anda Untuk Memastikan Pengkreditan BKM Berjalan Lancar

Bagi penerima BKM,berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan BKM :

  1. Log masuk ke https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik Semakan Status
  3. Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  4. Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Cara Mengetahui Maklumat Terkini Bantuan Keluarga Malaysia Anda

Cara Untuk Menyemak Status & Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia

  1. Langkah pertama sekali, anda perlu layari portal rasmi bantuan dibawah:
  2. Kemudiannya anda perlulah tekan butang Semakan Status
  3. Paparan bagi kelayakan akan ditunjukkan pada skrin anda nanti
  4. Sila tekan maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran anda.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau informasi lebih lanjut berkenaan bantuan ini, anda boleh layari laman rasmi BKM di – https://bkm.hasil.gov.my/

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati