![Terkini : Parlimen Kekal Tergantung. Tiada Parti Yang Cukup Majoriti 1 Parlimen Kekal Tergantung](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2022/11/Untitled-design-2.jpg)
Terkini : Parlimen Kekal Tergantung. Tiada Parti Yang Cukup Majoriti. Sejak dari Semalam rakyat ternanti-nantikan siapakah bakal Perdana Menteri ke-10.
Semalam YDP Agong telah menanguhkan tarikh kemukakan parti-parti politik bagi pembentukan kerajaan baharu kepada hari ini 22 Nonember 2022 pada jam 2:30 petang.
Namun, hari ini YDP Agong telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada tiada Ahli Dewan rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti.
Parlimen Kekal Tergantung
KDYMM YDP Agong telah bertitah melalui kenyataan media istana:
“Kendatipun begitu, setelah dipersembahkan hasil pengesahan calon-calon Perdana Menteri, adalah didapati tiada Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Seperti yang diperuntukkan dibawah perkara yang tersebut diatas.”
![Terkini : Parlimen Kekal Tergantung. Tiada Parti Yang Cukup Majoriti 2 FB IMG 1669104319053](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2022/11/FB_IMG_1669104319053.jpg)
Ini bermakna persoalan rakyat yang tertanya-tanya siapakah PM berikutnya masih belum terjawab.
Walaubagaimanapun, pada jam 4.30 petang ini, YDP Agong telah menitahkan untuk ketua gabungan daripada Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional datang menghadap di Istana Negara.
![Terkini : Parlimen Kekal Tergantung. Tiada Parti Yang Cukup Majoriti 3 Parlimen Kekal Tergantung](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/11/Parlimen-Kekal-Tergantung.jpg)
Terdahulu, kedua-dua parti tersebut telah menguar-uarkan bahawa mereka masing-masing mempunyai majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan.