Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM1000

jpg 20221229 110358 0000
Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM1000

Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM1000. Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, kerajaan sedia ada pasti akan menyediakan bantuan yang khusus untuk kanak-kanak melalui program Bantuan Kanak-Kanak (BKK).

Untuk makluman semua, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ini adalah merupakan bantuan kerajaan dibawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). JKM adalah merupakan badan kerajaan yang dikenali dengan menyalurkan bantuan kepada orang-orang susah, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan lain-lain.

Begitu ramai kanak-kanak diluar sana yang tidak bernasib baik dan tidak terbela nasib mereka. Ramai juga kanak-kanak yang bernasib malang apabila kedua ibu bapa sejak mereka masih kecil lagi tanpa sempat merasai kasih sayang mereka. Apabila kehilangan penjaga pasti mereka hilang tempat pergantungan.

Bantuan Kanak-Kanak ini adalah telah dibentangkan semasa pengumuman bajet 2023 dimana kerajaan membentang memperuntukkan pelbagai bantuan untuk rakyat Malaysia termasuklah BKKK.

bkk 1 1 1

Menurut berita Harian,”Dengan semangat: “Keluarga Malaysia, Makmur Bersama”, bajet ini akan menjamin kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan,” beritahunya semasa mengumumkan Bajet 2023 di parlimen di sini hari ini selepas pelbagai khabar angin mengatakan bahawa pembentangan ini tidak akan diadakan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Semasa itu beliau memberitahu dalam memastikan agenda Bajet 2023 yang berkesan, kerajaan akan sentiasa melakukan dasar fiskal yang mengembang yang mana cara ini penting bagi menyediakan bantuan sewajarnya kepada rakyat dan menyokong perniagaan.

Ini adalah merupakan tekad kerajaan yang ingin membantu kanak-kanak yang memerlukan. Bantuan ini khas untuk membela nasib kanak-kanak di Malaysia yang tidak terbela.

Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM1000

Berikut adalah butiran lanjut mengenak Bantuan Kanak-Kanak (BKK).

APAKAH ITU BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah bermatlamat untuk menolong keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga.
  • Ini supaya mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan mereka sebagai kanak-kanak.

JUMLAH Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM1000 BAYARAN BKK 2023

Sekiranya kanak-kanak tersebut berkelayakan, mereka akan menerima bantuan pada kadar yang berikut :

Kadar Bayaran Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

  1. RM200 sebulan seorang bagi anak berumur 6 tahun & kebawah;
  2. RM150 sebulan seorang bagi anak berumur 7 hingga 18 tahun tahun; dan
  3. Kadar bantuan Maksimum RM1000 sebulan sekeluarga

SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM1000

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi :
  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa;
  • PGK purata  miskin per kapita semasa
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat sekolah menengah atas; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

CARA MEMBUAT PERMOHONAN Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM1000

Bantuan Kanak Kanak JKM RM200 Sehingga RM1000

Terdapat dua langkah untuk membuat permohonan bagi Bantuan Kanak-Kanak ini iaitu :

  • Secara Atas Talian
  • Secara Manual

Langkah 1 (Atas Talian)

  • Sila ke portal rami JKM iaitu :
    http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Klik butang “Datar Permohonan Atas Talian”
  • Sila fahami butiran dan isi dengan lengkap
  • Pemohon perlu isi dua bahagian ( A dan B)
  • Anda di nasihati agar memeriksa kembali segala butiran yang anda telah isi bagi memastikan tiada
  • kesilapan. Sekiranya telah lengkap dan sahih, sila klik butang “keputusan”

Langkah 2 (Manual – Pejabat JKM)

  • Anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online sebelum ini
  • Dalam tempoh 14 hari selepas permohonan online di lakukan, sila hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang anda telah pohon.
  • Anda juga perlu hadir besama borang permohonan. Untuk muat turun borang, boleh klik pautan di bawah :

DOWNLOAD BORANG YANG BERKAITAN

Visi, Misi & Objektif

Visi
“Peneraju utama kebajikan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat”Misi
“Memperkasa masyarakat yang memerlukan ke arah kesejahteraan sosial”Moto
“Berkat Berjasa”Objektif

  • Meningkatkan kompetesi, prestasi, produktiviti dan daya inovasi pekerja sektor kebajikan;
  • Meningkatkan keupayaan dan memberi nafas baharu kepada organisasi;
  • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kebajikan;
  • Memperluas jaringan kerja dan kolaborasi strategik (multiple helix) dalam dan luar negara; dan
  • Membudayakan patriotisme, nilai-nilai murni, etos dan integriti.

Strategi

IMG 20221229 100925 875
  1. Mengoptimumkan keupayaan dan potensi diri serta kesejahteraan kumpulan sasar Jabatan.
  2. Memastikan aspek Kebajikan di integerasikan dalam perancangan ke arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh.
  3. Mempertingkatkan peranan dan keupayaan Jabatan sebagai paksi utama dalam perancangan dan penilaian program-program pembangunan Kebajikan Masyarakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  4. Mempertingkatkan perkongsian bijak dan strategik melalui kerjasama dengan semua kumpulan masyarakat, badan-badan bukan kerajaan dan agensi-agensi antarabangsa.
  5. Memantap dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan Kebajikan di semua peringkat.
  6. Mempertingkatkan pengurusan dan penggunaan sumber manusia secara optimum.
  7. Mempertingkatkan kualiti perancangan dan pengurusan kewangan serta teknologi maklumat dan komunikasi secara profesional.
Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati