Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan e-Wallet RM200 e-Tunai Belia Rahmah Untuk Belia

e-Tunai Belia Rahmah Untuk Belia
e-Tunai Belia Rahmah Untuk Belia

Bantuan e-Wallet RM200 e-Tunai Belia Rahmah Untuk Belia. Siaran media Kementerian Kewangan yang dikeluarkan pada 21 Jun 2023 (Rabu) mengumumkan bahawa individu berumur antara 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) kini boleh mendaftar untuk menerima kredit sebanyak RM200 melalui program e-Tunai Belia Rahmah. Pendaftaran program ini akan dibuka pada hari Isnin, 26 Jun 2023 bermula pukul 8.00 pagi.

Dalam Belanjawan 2023, kerajaan telah mengalokasikan sejumlah RM400 juta untuk program eBelia Rahmah, yang dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta belia yang layak.

Telegram SGO
e-Tunai Belia Rahmah Untuk Belia

Tujuan utama program ini adalah untuk terus mendorong penggunaan pembayaran tanpa tunai di kalangan belia, sambil memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada mereka. Selain itu, jumlah kredit e-tunai yang ditawarkan kali ini juga merupakan peningkatan berbanding jumlah sebanyak RM150 pada tahun sebelumnya,” kata YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Apa itu e-Tunai Belia Rahmah Untuk Belia

e-Tunai Belia Rahmah merupakan sebuah inisiatif kerajaan Malaysia Madani yang ditujukan kepada golongan belia. Inisiatif ini diumumkan dalam Belanjawan 2023 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelumnya, bantuan ini dikenali sebagai eBelia pada tahun 2021 dan ePemula / eStart pada tahun 2022.

Program ini bertujuan untuk terus mendorong penggunaan pembayaran tanpa tunai dan sekaligus meringankan beban kewangan belia. Melalui program ini, dijangka sekitar 2 juta belia Malaysia akan mendapat manfaat dengan tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200. Kredit ini boleh digunakan untuk pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Selain itu, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian dalam program ini juga akan menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, atau mata ganjaran (rewards points).

Dalam pembentangan belanjawan 2023, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan;

“Akhir sekali tidak dilupakan, kepada 2 juta orang bulia 18 hingga 20 tahun, Kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah 200 ringgit dengan peruntukan 400 juta ringgit.

-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim-

IMG 20230622 090205 876
e-Tunai Belia Rahmah Untuk Belia

Apakah Syarat Kelayakan Memohon?

Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang memenuhi salah satu daripada syarat berikut:

1. Mencapai umur antara 18 hingga 20 tahun pada tahun 2023 (iaitu lahir antara tahun 2003 hingga 2005).

ATAU

2. Merupakan pelajar sepenuh masa yang aktif sebelum 30 April 2023 di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berdaftar di bawah salah satu daripada kementerian berikut (yang dikenali sebagai Kementerian Pengawal):

  •  Kementerian Pendidikan Tinggi
  •  Kementerian Pendidikan
  •  Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
  •  Kementerian Pertahanan
  •  Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
  •  Kementerian Belia dan Sukan
  •  Kementerian Sumber Manusia
  •  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
  •  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Penyedia Perkhidmatan

Belia warganegara Malaysia yang layak boleh mula mendaftar untuk menerima RM200 dalam bentuk kredit e-tunai secara sekali melalui salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka berikut:

– Boost
– Setel
Touch ‘n Go Wallet

Selain bantuan RM200 dalam bentuk kredit e-tunai dari Kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat juga akan memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), atau diskaun mata ganjaran (rewards points) sepanjang tempoh program ini.

Bilakah Tempoh Pendaftaran & Tuntutan ?

  • Permohonan untuk kredit eBeliaRahmah hanya boleh dilakukan sekali bagi setiap pemohon yang layak. Permohonan ini akan dibuka pada pukul 8.00 pagi, 26 Jun 2023 dan akan ditutup pada pukul 11.59 malam, 22 Ogos 2023.
  • Selepas berjaya memohon kredit, ia perlu digunakan sebelum pukul 11.59 malam, 31 Ogos 2023. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-dompet pemohon.

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen yang dikeluarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut.

Bagaimana Cara Membuat Permohonan ?

Anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan:

  1. Muat turun salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Store, Google Playstore, atau Huawei AppGallery.
  2. Daftar akaun pengguna di platform e-dompet yang dipilih.
  3. Lakukan proses verifikasi pengguna baru atau pengguna sedia ada melalui platform e-dompet yang anda pilih.
  4. Ikuti arahan yang diberikan dalam aplikasi untuk menyelesaikan pendaftaran dan verifikasi.
  5. Selepas proses verifikasi selesai, anda boleh mula memohon kredit e-Tunai Belia Rahmah melalui aplikasi e-dompet tersebut.

Pastikan anda mengikuti petunjuk yang diberikan dalam aplikasi e-dompet untuk memastikan permohonan anda diproses dengan betul.

Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet yang terlibat dari Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.

Langkah 2: Untuk pengguna baru atau yang sudah ada, ikuti arahan yang diberikan dalam aplikasi e-dompet tersebut.

Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan melakukan verifikasi identiti anda melalui proses elektronik Know-Your-Customer (eKYC).

Langkah 4: Di dalam aplikasi e-dompet pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada halaman tuntutan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar”.

Langkah 5: Anda akan menerima makluman mengenai status tuntutan anda dalam masa 3 hari. Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah daripada satu penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah.

Apa Yang Boleh Dibeli Menggunakan eBeliaRahmah RM200 ini?

Anda boleh menggunakan kredit eBeliaRahmah RM200 untuk melakukan transaksi fizikal di lebih 1.7 juta peruncit atau perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, kecuali untuk:

  1. Pemindahan “peer-to-peer” (transfer kepada pengguna lain).
  2. Penebusan tunai.
  3. Pembayaran bil utiliti yang terintegrasi dengan aplikasi e-tunai.
  4. Pembayaran yuran atau bayaran yang berkaitan dengan Kerajaan yang terintegrasi dengan aplikasi e-tunai.
  5. Pembelian permainan yang terintegrasi dengan aplikasi e-tunai.
  6. Pembayaran tempat letak kereta dan/atau tol.
  7. Aktiviti pelaburan yang terintegrasi dengan aplikasi e-tunai.
  8. Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Anda boleh menggunakan kredit eBeliaRahmah untuk pembelian produk atau perkhidmatan fizikal di kedai-kedai dan perniagaan yang menerima e-dompet anda, kecuali untuk jenis transaksi yang disenaraikan di atas. Sila pastikan untuk merujuk aplikasi e-tunai anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kedai-kedai dan perniagaan yang menerima kredit eBeliaRahmah.

Kepada rakyat marhaen pula, e-Tunai Belia Rahmah Untuk Belia ini merupakan 1 pemberian kerajaan kepada kita semua. Sama-sama kita memaksimakan pemberian ini untuk kemudahan dan kebaikan kita sekeluarga. Jangan gunakan e-tunai ini untuk perkara yang salah atau tidak berguna pula. Semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmatNya. Assalamualaikum semua ok

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati