Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Pendaftaran TABIKA KEMAS Sesi 2024 / 2025

Pendaftaran TABIKA KEMAS Sesi 2024 / 2025
Pendaftaran TABIKA KEMAS

Pendaftaran TABIKA KEMAS Sesi 2024 / 2025.Permohonan untuk masuk ke TASKA dan juga TABIKA KEMAS bagi Sesi 2024 / 2025 kini telah dibuka dari 1 Ogos 2023 hingga 31 Oktober 2023. Ayuh, mari mendaftar!

Untuk pengetahuan anda, ibu bapa boleh membuat permohonan secara dalam talian bagi anak-anak untuk masuk ke Taska / Tabika KEMAS.

Dalam bahagian dibawah, kami ingin berkongsi maklumat lebih lanjut mengenai lokasi Tadika KEMAS ini dan syarat-syarat untuk pendaftaran bagi anak-anak yang berkaitan.

Kepada para ibu bapa dan rakyat Malaysia anda dialu-alukan untuk menyertai telegram rasmi kami yang menghubungkan info semasa negara dan terkini sahaja:

Channel Telegram Rasmi Pendidikan SGO

Pendaftaran TABIKA KEMAS Sesi 2024 / 2025

Pendaftaran TABIKA KEMAS
Pendaftaran TABIKA KEMAS

Apa Itu Tabika / Taska KEMAS?

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak memusatkan dan mengawal Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara yang tertakluk pada Taska.

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori:

  • Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA): kanak-kanak berusia 2 – 4 Tahun
  • Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA): Kanak-kanak berusia 4 – 6 Tahun

Apakah Syarat Masuk / Pendaftaran?

  • Kanak-kanak yang memiliki status sebagai Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
  • Terbuka untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun (Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun).
  • Permohonan untuk masuk ke TABIKA KEMAS tahun 2024 akan dibuka mulai 01 OGOS hingga 31 OKTOBER 2023
  • Borang permohonan boleh dimuat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) serta di semua Tabika KEMAS.
  • Jumlah kanak-kanak dalam satu kelas adalah terhad, iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (berdasarkan kepada keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter persegi bagi setiap kanak-kanak).
  • Jumlah ideal untuk satu kelas adalah 25 orang kanak-kanak.
    Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi bersama dokumen yang berkaitan perlu dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.
  • Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
  • Surat pemberitahuan tentang status permohonan akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu keempat pada bulan November 2023.

Apakah Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran?

shirt 2878891 640 3
Pendaftaran TABIKA KEMAS

Penting untuk ibu bapa menyediakan dokumen seperti dibawah:

  • Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  • Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  • Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  • Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan) beserta rekod imunisasi.

Senarai Tabika / Taska KEMAS di Seluruh Malaysia

Untuk pengetahuan para ibu bapa anda boleh melihat sendiri senarai tabika atau taska kemas di seluruh Malaysia bagi memudahkan urusan anda memilih taska yang berdekatan dengan lokasi tempat tinggal anda:

Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk terus ke Tabika yang anda pilih atau hubungi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Negeri/Daerah berdekatan.

Bilakah Tarikh Permohonan Dibuka?

Pendaftaran untuk masuk ke TASKA dan juga TABIKA KEMAS akan bermula dari 1 Ogos 2023 hingga 31 Oktober 2023.

Permohonan Tabika Kemas 2023

Cara Pendaftaran / Muat Turun Borang, betul permohonan adalah penting untuk para ibu bapa mendapatkan borang permohonan rasmi daripada pihak tabika kemas dan taska kemas.

Klik Pautan di bawah untuk memuat turun borang TABIKA KEMAS :

BORANG PENDAFTARAN TABIKA  KEMAS

Klik Pautan di bawah untuk memuat turun borang TASKA KEMAS :

BORANG PENDAFTARAN TASKA PERMATA KEMAS

Setelah borang telah lengkap diisi, anda boleh menghantar borang tersebut terus ke TABIKA pilihan anda.

Surat pemberitahuan tentang status permohonan akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu keempat bulan November 2023.

Panduan Cara Pendaftaran Dalam Talian / Muat Turun Borang TABIKA / TASKA KEMAS

  1. Buka Laman Web KEMAS: Buka laman web Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
  2. Cari Pautan Pendaftaran: Cari pautan atau butang yang berkaitan dengan pendaftaran Tabika / Taska KEMAS. Biasanya, terdapat pautan khas untuk pendaftaran dalam talian pada laman utama atau bahagian berkaitan.
  3. Isi Borang Permohonan: Klik pada pautan pendaftaran dan akan dibawa ke borang permohonan dalam talian. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap. Pastikan anda memberikan butiran yang tepat dan terkini.
  4. Muat Naik Dokumen: Biasanya, anda akan diminta untuk memuat naik dokumen yang diperlukan seperti salinan sijil kelahiran anak, kad pengenalan ibu bapa/penjaga, slip gaji, gambar passport anak, dan lain-lain. Pastikan gambar yang dimuat naik jelas dan berkualiti.
  5. Pilih Lokasi Tabika / Taska: Pilih lokasi Tabika / Taska KEMAS yang anda ingin daftar. Anda mungkin perlu memilih dari senarai yang disediakan mengikut negeri atau kawasan.
  6. Periksa dan Sahkan: Semak semula semua maklumat yang anda isi dan pastikan semuanya betul. Pastikan anda membaca dan fahami syarat-syarat serta terma pendaftaran.
  7. Hantar Permohonan: Selepas anda pasti semua maklumat betul, klik butang “Hantar” atau “Submit” untuk menghantar permohonan anda.
  8. Menerima Maklum Balas: Anda mungkin akan menerima maklum balas melalui e-mel atau pesanan dalam talian mengenai status permohonan anda. Jika anda diterima, anda mungkin akan diberikan arahan lanjut.
  9. Maklumat Lanjut: Jika ada sebarang keperluan lanjut atau langkah tambahan yang perlu diambil, anda akan diberi arahan lanjut oleh pihak Tabika / Taska KEMAS yang berkenaan.

Pastikan anda mengikuti arahan yang diberikan dalam proses pendaftaran dalam talian. Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, anda boleh menghubungi pihak Tabika / Taska KEMAS atau Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut.

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati