Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tarikh Puasa Ramadan 2024 di Malaysia

Tarikh Rasmi Ketibaan Bulan Puasa 2024 di Malaysia
Tarikh Puasa Ramadan 2024 di Malaysia 8

Setiap tahun akan menjelangnya bulan yang paling istimewa dan ditunggu-tungu oleh umat islam iaitu bulan ramadhan. Setiap kali datangnya bulan puasa, sudah pasti ramai yang akan membeli belah keperluan untuk hari raya aidilfitri yang akan tiba.

Ramadan 2024 tahun ini mesti akan meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah Taala kerana kesyukuran atas nikmat yang telah diberikan pada tahun-tahun dulu. Semua umat islam juga mengharapkan dapatnya malam Lailatul Qadar pada bulan puasa 2024 walaupun tidak diketahui harinya namun tinggi derajatnya.

Apakah Itu Puasa

puasa 2024
Tarikh Puasa Ramadan 2024 di Malaysia 9

Pengertian bagi puasa ramadan ialah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadan.

Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasanya sama ada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran. Puasa yang wajib dilakukan ialah puasa di bulan ramadhan, qada’ puasa Ramadhan, puasa kifarah & puasa nazar.

Puasa juga terbahagi kepada beberapa jenis hukumnya.

Hukum-hukum berpuasa

  • Wajib
  • Sunat
  • Makruh
  • Haram

Tarikh Puasa Ramadan 2024

puasa 2024 2
Tarikh Puasa Ramadan 2024 di Malaysia 10

Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun 2024 mulai pada tarikh 12 Mac 2024 (Masihi) yang jatuh pada hari Selasa bersamaan 1 Ramadhan 1445 (Hijrah). Tarikhnya berbeza-beza setiap tahun kerana ia berdasarkan kalendar bulan Islam dan kaedah penentuan rukyah dan hisab.

Tarikh rasmi tersebut akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad pada malam mencerap anak bulan tersebut. Pada kalender islam tarikh puasa bagi tahun 2024 adalah berdasarkan anak bulan sama ada pada 29 Syaaban 1445H yang dapat dilihat atau tidak.

Tarikh-tarikh penting dalam islam tahun 2024

Pada setiap tahun akan mempunyai tarikh-tarikh penting dalam Islam yang orang ramai perlu tahu dan mengigatinya. Berikut merupakan tarikh-tarikh penting dalam Islam yang lain selain bulan Ramadan, yang telah dikeluarkan pihak JAKIM:

puasa 2024 1
Tarikh Puasa Ramadan 2024 di Malaysia 11

Kewajipan Menunaikan Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan

puasa 2024 3
Tarikh Puasa Ramadan 2024 di Malaysia 12

Bagi umat Islam hukum puasa adalah wajib di bulan Ramadhan. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Hal ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri.

Puasa pada bulan Ramadan merupakan salah satu daripada rukun Islam yang difardukan kepada umat Nabi Muhammad SAW pada tahun kedua Hijrah. Namun begitu, Islam masih memberikan peluang kepada umatnya yang telah terlanjur meninggalkan puasa dengan sengaja dengan syarat:

  • Menyesal akan perbuatan tersebut.
  • Meninggalkan perbuatan tersebut.
  • Berazam tidak akan kembali mengulanginya

Niat puasa sebulan dan setiap hari di bulan ramadan

puasa 2024 4
Tarikh Puasa Ramadan 2024 di Malaysia 13

Sebagai orang Islam yang memegang penuh rukun Islam perlu mematuhinya termasuk mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan jika cukup syaratnya. Tetapi sebelum itu, perlu pastikan yang anda sudah pun mengantikan ibadah puasa yang ‘tertinggal’ atas sebab disengajakan ataupun memang anda tidak dibenarkan berpuasa.

Kepada yang masih lagi was-was samada boleh hanya lafaz doa puasa sebulan terus tanpa perlu buat setiap hari di bulan Ramadhan boleh tonton video di bawah daripada channel Ustaz Azhar Idrus Official.

Kalender permulaan bulan ramadan dan hari raya puasa Ramadan 2024

Pengisytiharan hari mula puasa bulan Ramadhan 2024 di Malaysia akan diumumkan di saluran RTM TV1 (jam 8:00 malam, 11 Mac 2024). Tarikh rasmi hari permulaan puasa ramadhan tahun 2024 di Malaysia adalah pada Isnin, 11 Mac 2024. Tarikh adalah rasmi seperti diumumkan oleh Penyimpan Mohor Raja-Raja.

puasa 2024 5
Tarikh Puasa Ramadan 2024 di Malaysia 14

Soalan Faqs Berkenaan Bulan Puasa

1. Apakah hukum berpuasa di 1 syawal?

Haram. puasa yang dihukumi haram adalah puasa yang apabila dilakukan maka tidak akan mendapatkan pahala darinya, bahkan mendapatkan dosa. 

2. Bilakah boleh qoda’ puasa ganti?

Kita boleh menggantikan puasa yang tertinggal pada bila-bila masa selepas bulan ramadhan sehingga ke bulan ramadhan seterusnya, Kecuali pada hari yang dilarang berpuasa seperti pada hari raya pertama Aidilfitri.

3. Berapakah rukun puasa di bulan Ramadhan?

Ada dua, iaitu berniat pada malam harinya dan menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa.

4. Bilakah waktu untuk berniat puasa?

Bermula dari terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardu maghrib hinggalah sebelum terbit fajar sidik (waktu Subuh).

5. Mengapa orang sakit diberikan kelonggaran untuk berbuka?

Kerana keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stress.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati