
Tarikh Penting Pengisian Markah ke dalam SAPS 2018. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin mengongsikan tarih-tarikh penting kemasukan markah ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) bagi tahun ini (2018).
Umum sedia maklum, SAPS ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.

Sehubungan dengan itu, admin mengongsikan takwim kemasukan markah peperiksaan dalaman Tahun 2018 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Takwim ini disediakan untuk murid :
- Tahun 6
- Tingkatan 4
- Tingkatan 5
Tarikh yang sama boleh diguna pakai untuk kegunaan sekolah masing-masing bagi murid :
- Tahun 1
- Tahun 2
- Tahun 3
- Tahun 4
- Tahun 5
- Tingkatan 1
- Tingkatan 2
- Tingkatan 4
Peperiksaan dalaman yang dimaksudkan ialah :
- Ujian Awal Tahun
- Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Peperiksaan Percubaan
- Peperiksaan Akhir Tahun
Berikut merupakan Takwim Kemasukan Markah Peperiksaan Dalaman bagi Tahun 2018 :

Dapatkan “Tarikh Penting Pengisian Markah ke dalam SAPS 2018” di sini
Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Tarikh Penting Kemasukan Markah ke dalam SAPS 2018
SUMBER : SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)
- Login Markah Keputusan Peperiksaan SAPS Ibubapa Sekolah Rendah
- Login Markah Keputusan Peperiksaan SAPS Ibubapa Sekolah Menengah
Semoga perkongsian ini iaitu Tarikh Penting Kemasukan Markah ke dalam SAPS 2018 sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada kita semua. Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online, Komuniti Pendidikan Malaysia.