Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerjaaan Umum Sistem DEEP Penilaian Penjawat Awam Bermula Tahun Ini

Sistem DEEP Penilaian Penjawat Awam Bermula Tahun Ini
Kerjaaan Umum Sistem DEEP Penilaian Penjawat Awam Bermula Tahun Ini 4

Kerajaan Malaysia perkenalkan kaedah penilaian penjawat awam cara baharu iaitu melalui sistem DEEP. Ia diperkenalkan sebagai insitif tambah baik penilaian penjawat awam yang lebih adil dan saksama. Penjawat awam sentiasa dinilai dan seorang penjawat awam perlu menunjukkan kredibiliti selaku pekerja yang baik.

Kerajaan juga menegaskan bahawa kaedah baharu ini berupaya menilai penjawat awam terutama ketua jabatan menerusi Sistem Penilaian Prestasi Demerit (DEEP). Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, perkara ini telah dipersetujui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Katanya JPA akan menjadi penyelaras bagi sistem berkenaan.

Berkenaan Sistem DEEP Penilaian Penjawat Awam

Apa Itu Sistem DEEP?

Sistem DEEP Penilaian Penjawat Awam Bermula Tahun Ini

Sistem DEEP adalah sistem penilaian prestasi demerit yang menilai penjawat awam dengan permulaan markah 100 peratus. Penilaian akan dibuat dengan adil dan saksama. Bagi setiap kegagalan dalam mencapai objektif prestasi akan dikenakan demerit serta dipotong mengikut skala. Pada akhirnya, jumlah terkumpul tersebut digunakan dalam penilaian kepimpinan dan KPI (Indeks Petunjuk Prestas).

Sistem DEEP ini dilaksanakan kepada semua penjawat awam dan tidak terkecuali kepada pihak Ketua Jabatan.

Kaedah Sistem DEEP Bukan untuk Menghukum

Menurut KSN, kaedah ini bukanlah bertujuan untuk menghukum atau ‘penalised’ ketua jabatan. Oleh itu, terdapat juga kaedah untuk menyeimbangkan demerit yang dikenakan ini. Beliau juga berkata, tujuan diperkenalkan kaedah penilaian sistem DEEP adalah untuk memastikan prestasi penjawat awam dinilai secara adil berdasarkan keupayaan dan kesungguhan mereka melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Menurutnya lagi, kaedah ini diperkenalkan kerana ada antaranya penilaian terbabit sebelum ini dibuat secara ‘pukul rata’ sahaja ketika tiba masa untuk membuat penilaian prestasi penjawat awam pada hujung tahun.

Contoh Kaedah Penilaian Berdasarkan Sistem DEEP

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memberi contoh berkenaan penilaian sistem DEEP yang mana dinilai dengan adil dan tidak secara semberono.

Contoh penilaian sistem DEEP:

Ali merupakan Ketua Jabatan. Pada awalnya diberi markah 100 peratus. Ianya sama seperti jawatan KSU (Ketua Setiausaha) danKP (Ketua Pengarah) diberi markah penuh sebelum demerit. Ali tidak mencapai KPI ataupun tugasan yang gagal dilaksanakan. Lalu markah Ali akan dipotong dan perkara ini JPA akan cakan dan melaksanakannya secara serta merta.

Jenis penilaian ini bukan hanya untuk peringkat KSU atau KP, malah ketua jabatan, pegawai penilai turut diminta membuat perkara sama bagi memastikan penilaian yang dibuat itu mencapai objektif, adil serta bersifat progresif secara umum.

Sebagai contoh, Perdana Menteri ingin kemajuan projek (kerajaan) lalu diminta buat laporan, Namun laporan itu dibuat biasa, sekadar kemajuan dan tiada impak hanya sekadar tulis laporan.

Bagi penilaian bulan pertama adalah dimaafkan. Untuk bulan kedua akan diminta laporan yang lebih progresif dan daripada laporan itu akan dijadikannya sebagai panduan.

Oleh itu, melalui penilaian penjawat awam dibawah sistem DEEP ini dilihat akan memberi peningkatan kualiti kerja oleh penjawat awam bagi mengekalkan markah daripada demerit atau dipotong.

Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia

image 104

Bagi penilaian sebelum ini, penjawat awam akan dinilai daripada pelbagai tapisan dalam mengukur prestasi. Prestasi adalah dinilai dengan markah mengikut skala dalam beberapa bahagian.

Berikut adalah merupakan skala nilai prestasi yang diperkenalkan:

  • Skala aspek penilaian prestasi kerja
  • Skala aspek penialain penghasilan kerja
  • Skala aspek pengetahuan dan kemahiran
  • Skala aspek kualiti peribadi
  • Skala aspek kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi

Jadual untuk skala penilaian prestasi:

TAHAPSKALAPENJELASAN
10Sangat TinggiHasil kerja sentiasa melebihi tahap maksimum yang telah ditentukan
9Hasil kerja sentiasa menemui tahap maksimum yang telah ditentukan
8Hasil kerja kerapkali menemui tahap maksimum yang telah ditentukan
7TinggiHasil kerja kadangkala menemui tahap maksimum yang telah ditentukan
6SederhanaHasil kerja sentiasa melebihi tahap minimum yang telah ditentukan
5Hasil kerja kadangkala melebihi tahap minimum yang telah ditentukan
4RendahHasil kerja kerapkali menemui tahap minimum yang telah ditentukan
3Hasil kerja kadangkala menemui tahap minimum yang telah ditentukan
2Sangat RendahHasil kerja kerapkali dibawah tahap minimum yang telah ditentukan
1Hasil kerja sentiasa dibawah tahap minimum yang telah ditentukan

Dengan pengenalan sistem penilaian penjawat awam baharu ia akan dinilai lebih adil dan saksama dalam sistem DEEP.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati