![CARA PENGIRAAN PENGELUARAN i-SINAR KWSP 2020 1 CARA PENGIRAAN PENGELUARAN i-SINAR KWSP](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2020/12/CARA-PENGIRAAN-JUMLAH-YANG-BOLEH-DIKELUARKAN-UNTUK-KWSP-1024x576.jpg)
Pengeluaran i-Sinar KWSP terbahagi kepada dua kategori. Kategori pertama adalah pemohon yang akaun satu mempunyai Rm100,000 ke bawah dan kategori kedua untuk pemohon yang mempunyai baki akaun satu melebih Rm100,000.
Pengeluaran i-Sinar KWSP
![CARA PENGIRAAN PENGELUARAN i-SINAR KWSP 2020 2 i-SINAR DIBUKA](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2020/12/Screenshot-2023-11-25-102434.jpg)
Jumlah kelayakan i-Sinar : (Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut)
- Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
- Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.
*rujuk carta pengiraan di bawah : *
![CARA PENGIRAAN PENGELUARAN i-SINAR KWSP 2020 3 isinarimj](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2020/12/isinarimj-1024x576.jpg)