![Resepi Kek Nestum Viral 1 Resepi Kek Nestum](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2020/12/97966065_883272045506074_8565129274669924352_n.jpg)
Resepi Kek nestum ini sudah mendapat banyak perkongsian dan ramai telah mencuba dan menjadi viral kerana kek ini memamg sedap dan gebu. Hendak membuatnya juga mudah. Jom lihat resepi ini dan anda cuba sendiri pasti tidak menyesal.
Resepi Kek Nestum Viral
Bahan- bahan
200gm majerin @ mentega
150gm gula perang
sedikit esen vanila
50gm nestum original
3 sudu besar susu pekat
160gm tepung naik sendiri
5 biji telur
kacang badam atau apa sahaja jenis kacang ( untuk tabur di atas kek)
Cara-caranya
1. Majerin dan gula perang pukul guna mixer hingga kembang sebati.
2. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
3. Masukkan telur satu per satu.
4. Perlahankan mixer masukkan tepung.
![Resepi Kek Nestum Viral 2 98185902 883272165506062 8640672621215612928 n](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2020/12/98185902_883272165506062_8640672621215612928_n.jpg)
5. Masukkan nestum.
6. Lapik loyang menggunakan baking paper.
![Resepi Kek Nestum Viral 3 98359899 883272212172724 6416371241153724416 n](https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2020/12/98359899_883272212172724_6416371241153724416_n.jpg)
8. Bakar pada suhu 170’c selama 45-55 minit api atas bawah.
9. Apabila sudah masak, keluarkan dari oven dan terbalik kan pada papan kek.
10. Sudah sejuk, terbalik kan semula kek.
11. Sedia dihidang.
Jika anda hendak mencuba dahulu anda boleh kecilkan resepi menjadi kek yang kecil. Tetapi menyesal pula nanti anda kena buat lagi kek ini, sebab memang gebu dan pasti menjadi guna resepi ini.
Sumber : Lieyaa homemade