Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pegawai Peperiksaan Gred 44 (Terbuka) Effective April 2021

Jawatan Kosong Pegawai Peperiksaan Gred 44 (Terbuka)

Jawatan Kosong Pegawai Peperiksaan Gred 44 (Terbuka) ini merupakan jawatan kosong terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia sehingga tarikh tutup pada 7 Mei 2021 (Jumaat). Jawatan kosong yang ditawarkan ini terdiri daripada 1 kekosongan dan juga 1 simpanan.

Permohonan adalah terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan bagi mengisi jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Pihak SPA sedang mencari calon-calon yang mempunyai ciri keperibadian seperti berikut bagi menyertai perkhidmatan awam, antaranya ialah:

  1. Keterampilan yang baik
  2. Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  3. Bakat kepimpinan
  4. Ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  5. Kelayakan Profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Maklumat Jawatan Kosong Pegawai Peperiksaan

  • Jawatan: Pegawai Peperiksaan Gred 44 (Terbuka)
  • Taraf Jawatan: Pelantikan Pegawai Sedang Berkhidmat Secara Pinjaman / Pertukaran Sementara.

Syarat Lantikan Pegawai Peperiksaan

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi yang telah disahkan dalam perkhidmatan serta berada di Gred DG41/44 atau DH41/44.

Kriteria-kriteria Utama

  1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Matematik / Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Pendidikan Matematik (Sekolah Rendah / Sekolah Menengah) / Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Matematik)
  2. Mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang matematik terutamanya dalam penggubalan soalan matematik.
  3. Calon-calon hendaklah mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang berkaitan, seorang yang mempunyai sifat teliti, berintegriti, dan semangat kerja berpasukan yang tinggi.

Syarat Tambahan

  1. Bebas daripada tindakan tatatertib/tiada rekod jenayah.
  2. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan, iaitu sekurang-kurangnya 85% berdasarkan penilaian bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tiga (3) tahun terkini (2018,2019, dan 2020)
  3. Pegawai lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun Persekutuan atau Negeri.
  4. Mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit atau penyakit yang berpanjangan.
  5. Diperaku oleh Ketua Jabatan.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang disediakan di bawah.
  • Pegawai hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dokumen-dokumen yang telah disahkan.

Dokumen-dokumen yang Perlu Disahkan

  1. Borang Permohonan Jawatan
  2.  Satu (1) salinan maklumat peribadi yang terkini
  3. Senarai tugas / deskripsi tugas yang terkini
  4. Salinan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Ph.D
  5. Satu (1) salinan buku rekod perkhidmatan yang dikemas kini
  6. Satu (1) salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (2018, 2019, dan 2020)
  • Semua permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada:
alamat permohonan spa

Dapatkan “Iklan Jawatan Kosong dan Borang Permohonan” di sini

Di sini admin nak kongsikan iklan dan borang permohonan jawatan kosong tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : IKLAN SPA Pegawai Peperiksaan Gred44 Terbuka dan Borang Permohonan

Pertanyaan Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:

  1. Puan Suriana binti Muhamad: [email protected] / 03-8091 9046
  2. Puan Bi Adibah binti Mohd Zain: [email protected] / 02-8091 9059

Senarai Jawatan Kosong Kerajaan yang Lain:

  1. Jawatan Kosong Pemelihara Hutan G29
  2. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah NT2
  3. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Veterinar G29
  4. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
  5. Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia
  6. Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita
  7. Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan
  8. 695 Kekosongan Jawatan SPANS
  9. Jawatan Kosong SPA Pembantu Tadbir Gred N19
  10. Jawatan Kosong Program Imunisasi Kebangsaan
  11. Jawatan Kosong Konstabel Bank Negara Malaysia
  12. Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pegawai Peperiksaan Gred 44 (Terbuka) ini dapat membantu anda yang ingin membuat permohonan bagi jawatan yang sedang ditawarkan ini. Semoga segala urusan permohonan pekerjaan anda semua dipermudahkan!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati