Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Pembantu Awam H11 Effective April 2021

Jawatan Kosong Pembantu Awam H11

Jawatan Kosong Pembantu Awam H11 ini merupakan tawaran kekosongan jawatan yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak Darul Ridzuan. Tarikh tutup bagi permohonan jawatan ini adalah pada 4 Mei 2021 (Selasa).

Jawatan Kosong Pembantu Awam H11 ini akan ditempatkan dalam perkhidmatan awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Sehubungan itu, Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan ini.

Maklumat Jawatan Kosong

  • Jawatan: Pembantu Awam H11
  • Jabatan: Perkhidmatan Awam Negeri Perak
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
  • Gred Jawatan: H11
  • Taraf Jawatan: Tetap / Kontrak

Jadual Gaji Pembantu Awam

Gaji Minimum RM 1,218.00
Gaji Maksimum RM 2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 80.00

Syarat Lantikan Pembantu Awam H11

8aed6892 fba0 40bf bb14 93f34208ac1b 3

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dengan kewarganegaraan
    Malaysia,
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dan

Syarat Akademik:

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00)
  • (Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).
    (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah
Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan
melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat :-

Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Perak Darul Ridzuan:

  • (u/p : Unit Pengambilan ) No Tel : 05-2540615

Senarai Kerja Kosong Jawatan Kerajaan yang Lain:

  1. Jawatan Kosong Pegawai Peperiksaan Gred 44 (Terbuka)
  2. Jawatan Kosong Pemelihara Hutan G29
  3. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah NT2
  4. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Veterinar G29
  5. Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
  6. Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia
  7. Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Lelaki dan Wanita
  8. Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan
  9. 695 Kekosongan Jawatan SPANS
  10. Jawatan Kosong SPA Pembantu Tadbir Gred N19
  11. Jawatan Kosong Program Imunisasi Kebangsaan
  12. Jawatan Kosong Konstabel Bank Negara Malaysia
  13. Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara

Semoga perkongsian Jawatan Kosong Pembantu Awam H11 ini dapat memberi informasi kepada anda semua yang sedang mencari pekerjaan terutamanya lepasan tingkatan tiga seperti Pentaksiran Tingkatan Tiga atau Penilaian Menengah Rendah.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati