Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Jadual UPKK bagi Calon 2020 dan 2021

jadual terkini UPKK calon 2020 dan 2021

Jadual Peperiksaan Terkini UPKK bagi Calon 2020 dan 2021 telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) bagi calon tahun 2020 dan 2021 akan dilakukan secara serentak pada tahun ini.

Melalui kenyataan daripada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, perkara ini dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya Garis Panduan Pengoperasian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain dan Sekolah Agama Dalam Norma Baharu yang telah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 9 Jun 2021, berdasarkan ulasan/pandangan yang telah dikemukakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jadual Terkini UPKK Calon 2020 dan 2021

9a3a1de1 1c84 4101 a132 c50731f49f46 7
Official Jadual UPKK bagi Calon 2020 dan 2021 6

Penilaian Amali – Telah bermula dari awal takwin persekolahan 2021

  • Amali Solat
  • Penghayatan Cara Hidup Islam

Ujian Lisan – Mula dari 1 September hingga 30 September 2021

  • Ujian Lisan Tadarus
  • Tilawah Al-Quran
  • Hafazan Al- Quran
  • Tafsir Al-Quran

Ujian Bertulis – Dilaksanakan pada 4 hingga 7 Oktober 2021

  • Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah)
  • Sirah
  • Jawi dan Khat
  • Adab Kertas 1 dan 2
  • Lughatul Quran

Dalam kenyataan yang sama, JAKIM turut melaksanakan kaedah penilaian sepanjang sesi persekolahan termasuk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan pemulihan (PKPP) dengan mengambil kira ujian bulanan dan aktiviti semasa dalam dan luar bilik darjah.

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) juga diambil kira sebagai antara komponen penilaian UPKK yang dinilai oleh guru KAFA sekolah masing-masing.

Dapatkan “Jadual Peperiksaan Terkini UPKK bagi Calon 2020 dan 2021” di sini

Di sini kami kongsikan jadual terkini peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi rujukan calon tahun 2020 dan 2021.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : JADUAL PEPERIKSAAN UPKK 2020 & 2021

“Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) masih kekal relevan dan terbukti dengan pertambahan jumlah calon yang menduduki ujian tersebut dan menunjukkan bahawa kesedaran masyarakat dalam menjadikan pendidikan KAFA sebagai pengukuhan kepada pendidikan Islam arus perdana semakin meningkat dan sebagai persediaan dari aspek rohani sebelum murid melangkah ke peringkat pendidikan menengah.” Tambah Datuk Abdul Aziz Jusoh.

Berikut adalah kenyataan rasmi oleh JAKIM:

Kenyataan JAKIM 1/3
Kenyataan JAKIM 2/3
Kenyataan JAKIM 3/3

SUMBER: KENYATAAN MEDIA BERKENAAN PELAKSANAAN JADUAL PEPERIKSAAN UPKK CALON 2020 DAN 2021

Diharapkan agar perkongsian mengenai Jadual Peperiksaan Terkini UPKK Calon 2020 dan 2021 ini dapat memberikan manfaat kepada para guru, ibu bapa dan pelajar.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi beberapa perkongsian bermanfaat seperti:

Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai bantuan kerajaan serta bahan-bahan pendidikan yang bermanfaat, sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati