Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kerja Kosong Part Time Caltex Seluruh Malaysia Tahun 2023

Part Time Caltex

Part Time Caltex adalah jawatan yang sangat diminati oleh ramai individu yang masih belum dapat pekerjaan tetap. Ambilan caltex adalah peluang baru bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada tenaga pekerja bagi setiap cawangan di Caltex. Perkongsian kami pada kali ini adalah proses permohonan kerja Part Time Caltex untuk kemasukan terbaru, langkah-langkah yang perlu diambil, dan perkara-perkara penting yang perlu diperhatikan.

Sehubungan itu, kami mengharapkan kepada anda semua yang berminat boleh cuba memohon dan jangan lepas peluang keemasan ini terhampar didepan anda.

Kepada anda yang sedang giat mencari pekerjaan dan inginkan informasi kerja, anda disarankan untuk sertai telegram rasmi kami yang menghubungkan info semasa kerja kosong:

Maklumat Penuh Part Time Caltex

Maklumat Ringkas Jawatan

Secara umumnya pekerja sambilan di stesen minyak, tugas yang biasa adalah mengisi minyak, menyediakan barangan runcit kepada pelanggan, menjaga kebersihan stesen, dan memberi layanan pelanggan yang berkualiti.

Berikut adalah senarai jawatan kosong yang dibuka oleh beberapa cawangan Caltex beserta penerangan ringkas:

JawatanTugasan
JuruwangMenerima bayaran daripada pelanggan, mengira jumlah bayaran, dan individu akan menjaga duit masuk bagi cawangan stesen minyak Caltex.
JurupamMengisi minyak kepada pelanggan yang memerlukan serta menjaga kebersihan stesen minyak, termasuk mencuci tingkap, menguruskan sampah, dan memastikan kawasan sekitar stesen sentiasa bersih.
Pembantu Stesen MinyakBagi stesen minyak yang dilengkapi dengan kedai runcit, pembantu stesen minyak juga akan bertanggungjawab menyediakan stok barangan runcit penjualan produk runcit seperti makanan ringan, minuman, dan barangan keperluan harian.
CleanerBertanggungjawab menjaga kebersihan di keseluruhan stesen minyak termasuk tandas.

Bayaran Gaji Kerja Part Time Caltex

Untuk pengetahuan anda, gaji pekerja separuh masa di stesen minyak bergantung kepada faktor lokasi dan jenis tugas yang dilaksanakan sahaja. Secara amnya, gaji minimum bagi pekerja separuh masa biasanya berkisar antara RM7 hingga RM10 sejam dan sebulan minimun sebanyak RM1500. Anda boleh menganggarkan pendapatan dengan jumlah jam kerja anda dengan kadar gaji sejam yang ditetapkan di tempat anda akan bekerja.

Patuhi Tarikh Tutup Permohonan

Adalah penting untuk menghantar permohonan anda sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan. Permohonan lewat mungkin tidak akan dipertimbangkan dan tidak akan dilayan. Setiap permohonan mestilah rujuk pada syarat yang ditetapkan pada setiap cawangan Caltex yang anda ingin memohon.

Lokasi Jawatan yang ditawarkan

photo 2023 10 10 17 19 56
783, K5, Hutan Kampung, 05350 Alor Setar, Kedah

Kebiasaan Jadual Shift Kerja Part Time Caltex

Pembahagian jadual kerja berbeza-beza mengikut tempat. Anda boleh rujuk kepada majikan untuk maklumat berkenaan dan menyatakan kesediaan anda untuk bekerja mengikut jadual shift yang diperlukan. Secara umumnya, pekerjaan separuh masa di Caltex dan dimana-mana biasanya melibatkan tiga jenis shift seperti yang berikut:

  • Shift Pagi
  • Shift Petang
  • Shift Malam

Prosedur Permohonan Kerja Part Time Caltex di Lokasi Berhampiran Anda

Cara Memohon Kerja

Untuk memohon kerja part time caltex anda boleh mengisi borang permohonan disetiap cawangan berdekatan. Anda hanya perlu menjawab dan mengisi butiran yang diperlukan sahaja. anda perlu mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan.

1. Rujuk Pada Setiap Cawangan Caltex Berhampiran Anda

  • Langkah pertama anda haruslah melawati laman setiap cawangan untuk bertanyakan kekosongan jawatan di setiap cawangan caltex berdekatan dengan anda. Anda boleh mencari maklumat lanjut mengenai permohonan ini di website Caltex

Nota : Untuk memohon sila ketahui terlebih jawatan yang dibuka dan cawangan caltex yang memerlukan tenaga kerja.

2. Penuhkan Borang Permohonan

  • Sila lengkapkan borang dengan maklumat yang betul dan pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang diberikan sebelum menghantar permohonan

3. Hantar Permohonan

  1. Mengikut arahan yang diberikan, hantar borang permohonan dan dokumen sokongan melalui saluran yang telah ditetapkan. Pastikan tempoh permohonan tidak lewat.
  2. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
  3. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

Latar Belakang Syarikat Caltex

Caltex ialah nama jenama petroleum Chevron Corporation yang digunakan di lebih daripada 60 buah negara di rantau Asia Pasifik, Timur Tengah, dan Afrika Selatan. Caltex bermula pada tahun 1936 sebagai hasil usaha sama antara Syarikat Minyak Texas California, yang merupakan gabungan antara Syarikat Texas (kemudian dikenali sebagai Texaco) dan Standard Oil of California (yang kemudian dinamakan Chevron Corp.).

Usaha sama ini bertujuan untuk memasarkan minyak dari konsesi yang baru diperoleh di Arab Saudi. Pada tahun 1968, nama syarikat ini diubah kepada Caltex Petroleum Corp. Kemudian pada tahun 2001, kedua-dua syarikat induk bergabung untuk membentuk ChevronTexaco (yang kemudian dikenali sebagai Chevron pada tahun 2005), tetapi Caltex terus kekal sebagai salah satu daripada jenama utama yang dikenali oleh masyarakat.

photo 2023 10 10 22 23 35

Jumlah Cawangan Caltex

Terdapat kira-kira 420 stesen Caltex di seluruh Semenanjung Malaysia dan tiga 3 terminal di Pulau Indah, Prai dan usaha sama di Pasir Gudang.

Dimana perlu saya dapatkan borang permohonan kerja Caltex?

Bagi anda yang berminat untuk kerja part time caltex anda haruslah dapatkan borang permohonan di cawangan caltex yang berdekatan dengan anda.

Apakah kelebihan yang disediakan selaku pekerja part time caltex?

Seperti pekerja sepenuh masa, anda mempunyai kelebihan mendapat hak asas sebagai pekerja sambilan di stesen minyak. Ini termasuk hak untuk menerima bayaran kerja lebih masa (OT) dan sumbangan KWSP (jika layak).

Bagaimana dengan jadual yang disediakan di stesen minyak Caltex?

Untuk jadual kerja part time adalah disediakan mengikut 3 shif sahaja iaitu shift pagi, petang dan malam.

Bolehkah saya mohon kerja part time caltex walaupun saya tiada kelayakan akademik?

Ya, anda boleh mohon juga untuk bekerja part time caltex.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati