Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bursa Malaysia : Saham Sesuai ke Untuk Guru? Inilah 5 Panduan Guru Perlu Tahu Sebelum Melabur Saham Di Bursa Malaysia

Bursa Malaysia
Bursa Malaysia

Saham Sesuai ke Untuk Guru? Inilah 5 Panduan Guru Perlu Tahu Sebelum Melabur Saham Di Bursa Malaysia. Bila sebut sahaja saham masih ramai yang skeptikal. “Eh, halal ke?”, “Bukan saham ni judi ke?”, “Orang kaya je boleh main saham!”..bla..bla..

Bermacam-macam lagi persoalan yang bermaian di minda. Bagi menjawab persoalan halal atau haram saham, anda boleh rujuk laman web mufti wilayah yang menjawab persoalan ini :A

“Pada dasarnya, hukum melabur saham adalah harus, namun ia mestilah disandarkan dengan beberapa dawabith yakni syarat antaranya adalah mestilah melabur dalam pelaburan patuh Syaria..” Artikel Mufti WP.

Jelas jawapan mufti bahawa harus melabur saham selagi saham yang kita labur adalah patuh syariah.

Pengenalan ringkas saham

Secara mudahnya, saham adalah pemilikan seseorang terhadap sesebuah syarikat. Tak kira syer yang dipegang sedikit mahupun banyak. Contohnya, Rashid berhasrat untuk membuka sebuah gerai goreng pisang dengan bermodalkan RM3000. Hanya Rashid sahaja yang yang keluarkan modal, maka saham gerai tersebut adalah 100% milik Rashid.

Tapi bagaimana pula jika Rashid tidak mempunyai modal yang mencukupi? Solusinya, beliau mempunyai 2 pilihan, samaada pinjam bank atau buka pemilikan saham untuk keluarga atau kawan-kawan.

408676498 1544106939742298 6678466683737601758 n 6
Bursa Malaysia, Bursa Malaysia, Bursa Malaysia

Setiap orang menyumbangkan modal mengikut jumlah yang dikehendaki. Maka, keuntungan yang diperolehi (jika ada) daripada meniaga goreng pisang tersebut akan diagihkan mengikut peratusan syer yang dimiliki. Ianya dikenali sebagai dividen.

Itulah gambaran ringkas tentang saham. Melalui konsep yang sama, anda boleh membuat pemilikan keatas syarikat-syarikat besar yang tersenarai di Bursa Malaysia antaranya, syarikat Nestle, Inari, FarmFresh dan banyak lagi saham-saham syarikat masyhur yang patuh syariah.

Saham Sesuai ke Untuk Guru? Inilah 5 Panduan Guru Perlu Tahu Sebelum Melabur Saham Di Bursa Malaysia

5 Panduan Sebelum Melabur Saham Di Bursa Malaysia

1. Buka akaun CDS

Akaun CDS adalah akaun yang melayakkan anda melakukan transaksi jual beli saham di Bursa Malaysia. Ianya ringkasan daripada Central Depository System. Pendek kata, anda tak boleh beli saham yang terpampang di papan Bursa Malaysia selagi tidak membuka akaun tersebut.

Di Malaysia terlalu banyak bank atau institusi yang menjadi broker saham bertauliah yang mana membolehkan anda membuka akaun CDS antaranya, RHB Investment Bank Berhad, BIMB Securities Sdn Bhd, Malacca Securities Sdn Bhd dan banyak lagi. Pilih sahaja broker mana yang anda berkenan. Setiap broker mempunyai kadar fee yang berbeza-beza.

2. Remisier/Dealer

Selepas urusan pembukaan akaun CDS selesai, anda akan diberikan seorang Remisier/Dealer yang ditugaskan oleh syarikat broker bagi membantu anda didalam urusan jual beli saham.

Diantara tugas Remisier/Dealer adalah :

  1. Mengambil pesanan untuk jual dan beli saham (untuk orang yang tidak pandai menggunakan trading platform).
  2. Menjawab soalan-soalan daripada pelanggan berkaitan dengan saham atau teknikal seperti macam mana nak beli saham, macam mana nak jual saham, juga berkaitan berapa caj ketika beli atau jual saham atau membantu pelanggan cara mengguanakan trading platform.
  3. Berkongsi maklumat terkini kepada para pelanggan (pelabur) perkembangan semasa yang berlaku diluar atau dalam negara dan kesannya terhadap pasaran saham.

3. Aplikasi Saham

Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, kini saham boleh dibeli melalui akaun dagangan (trading platform) secara online. Trading platform sekarang ni banyak yang dah ada dalam bentuk apps. Cukup dengan install kedalam telefon pintar anda dah boleh membuat transaksi jual beli saham melalui apps yang disediakan oleh syarikat broker.

Jika tidak pandai menggunakannya, anda masih boleh meminta daripada remisier untuk membelikan saham untuk anda.

4. Deposit Modal

laitu deposit modal kedalam trading platform milik anda . Jumlah modal adalah bergantung kepada diri sendiri iaitu berapa banyak saham yang nak dibeli ?

Kadar minimum yang boleh dibeli adalah 100unit saham bersamaan 1lot saham ( 1lot = 100unit ) . Jika anda berhasrat untuk membeli saham yang bernilai RM0.10 seunit maka modal minima yang diperlukan untuk membeli saham tersebut adalah RM10 ( RM0.10 x 100unit ) tak termasuk caj brokerage.

Anda dinasihatkan untuk tidak meminjam wang untuk melabur saham. Pastikan anda menggunakan 100% modal sendiri. Anda juga dinasihatkan untuk menggunakan wang lebihan, bukan wang simpanan kecemasan atau duit belanja bulanan.

Apa yang penting yang perlu anda tahu juga adalah, jangan pernah serahkan duit anda untuk orang lain laburkan modal anda selain daripada institusi-institusi yang diiktiraf seperti Unit trust dll. Belajar dan labur sendiri barulah anda tidak meyesal jika berlaku apa-apa terhadap modal anda.

5. Belajar Ilmu Saham

Ini adalah tips yang amat penting sekali! Apa-apa bidang sekalipun memerlukan ilmu apatah lagi bidang pelaburan saham. Pasaran saham adalah pasaran yang amat berisiko. Namun, risiko tersebut dapat diminimakan apabila kita ada ilmu.

Sebelum masuk melabur, anda perlu buat sedikit homework samaada dari analisis teknikal mahupun fundamental.

Saham ada rugi ke? Ya, pasti ada kerana setiap yang nama pelaburan pasti akan ada untung rugi. Sebab itu saya sentiasa tegaskan bahawa dengan ilmu anda boleh kurangkan kerugian.

Anda perlu tahu bahawa, masuk ke pasaran saham tanpa ilmu juga boleh jatuh kepada judi kerana kita mempertaruhkan duit kita dan hanya bergantung kepada nasib.

Berbeza dengan orang yang berilmu, kerana dia tahu waktu mana perlu beli dan waktu mana perlu jual.

Adakah anda bersedia untuk labur saham?

Kesimpulannya, untuk mula melabur saham, anda boleh amalkan panduan yang dikongsikan ini. Mulakan dengan langkah yang sederhana ini dahulu sebelum melangkah lebih jauh. Saham itu mudah bila ada Ilmu kerana anda dapat kurangkan risiko. Pelabur yang hebat adalah pelabur yang sentiasa topup ilmunya agar dia dapat kurangkan kerugian dan tingkatkan keuntungan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati