Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Panduan Membuat Permohonan PPR 2023 | Ciri-ciri Dan Harga PPR Dimiliki

Permohonan PPR 2023
Permohonan PPR 2023

Panduan Membuat Permohonan PPR 2023 & Harga PPR Dimiliki. Semua permohonan pelan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki akan diberitahu dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan rasmi.

Program Perumahan Rakyat atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah tindakan drastik yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah kekurangan perumahan dan masalah setinggan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). PPR dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan kerjasama kerajaan tempatan. Kos pembinaan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan tetapi tanah disediakan oleh kerajaan negeri.

Projek PPR merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan yang tidak mempunyai rumah untuk memiliki rumah kos rendah dan mampu milik.

Masih ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai rumah, sama ada sebagai gelandangan, menumpang di rumah orang lain, atau menyewa. Oleh itu, kerajaan berhasrat untuk memastikan rakyat Malaysia yang belum mempunyai rumah dapat memiliki rumah suatu hari nanti.

Panduan Membuat Permohonan PPR 2023 & Harga PPR Dimiliki

Permohonan PPR 2023
Permohonan PPR 2023

Apa itu PPR Dimiliki?

PPR Dimiliki adalah skim yang dirangka oleh kerajaan untuk menempatkan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia adalah Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Untuk pengetahuan pembaca, PPR dibahagikan kepada dua kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Setiap rumah yang dibina di bawah setiap program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan mengikuti spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

Harga bagi PROJEK PPR (DIMILIKI)

Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak. Kerajaan turut melaksanakan Projek ini yang bertujuan untuk membolehkan golongan berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.

Ciri-ciri PPRJenis RumahKeluasanBinaanKemudahan Asas
PPR di kawasan bandar-bandar besarJenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkatTidak kurang daripada 700 kaki persegi3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik AirDewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
Surau/Ruang Solat
Gerai Makan/Ruang Niaga
Tadika
Kemudahan OKU
Taman Permainan/Kawasan Lapang
Rumah Sampah
PPR di Kawasan pinggir bandarJenis rumah teresTidak kurang daripada 700 kaki persegi3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik AirDewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
Surau/Ruang Solat
Gerai Makan/Ruang Niaga
Tadika
Kemudahan OKU
Taman Permainan/Kawasan Lapang
Rumah Sampah

Bagaimana Cara Membuat Permohonan PPR Dimiliki?

Permohonan dibuka melalui 2 cara iaitu Permohonan secara manual dan permohonan atas talian.

Untuk Permohonan secara manual anda boleh pergi ke cawangan atau menghubungi Bahagian Perancangan Dan Pembangunan Projek PPR untuk setiap negeri di bawah ini:

Pemohon-pemohon boleh mendapatkan borang permohonan di cawangan seperti berikut:

  1. PERLIS INDERA KAYANGAN KEDAH DARUL AMAN
  2. PULAU PINANG
  3. PERAK DARUL RIDZUAN
  4. SELANGOR DARUL EHSAN
  5. NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
  6. MELAKA
  7. JOHOR DARUL TAKZIM
  8. TERENGGANU DARUL IMAN
  9. KELANTAN DARUL NAIM
  10. PAHANG DARUL MAKMUR
  11. KUALA LUMPUR
  12. SABAH
  13. SARAWAK
  14. WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Anda juga boleh membuat permohonan secara online:

  • Permohonan Secara Online: Anda juga boleh membuat permohonan secara atas talian di laman web rasmi Sistem Perumahan Rumah Negara (SPRN). Sila layan laman web rasmi dibawah:

LOGIN SISTEM PERUMAHAN RUMAH NEGARA

Anda perlulah mendaftar akaun terlebih dahulu jika pertama kali masuk dalam laman web diatas. Anda perlu isi maklumat yang dikehendaki di laman web SPRN. Kemudian, anda boleh mendaftar masuk ke akaun dan bolehlah mengisi borang permohonan rumah PPR dibahagian negeri yang anda kehendaki.

Sebarang maklumat atau persoalan, anda dialu-alukan merujuk ke :

Jabatan Perumahan Negara
Aras 30-38, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.
Tel:03 – 8000 8000

Atau, anda boleh merujuk talian hotline Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan boleh menghubungi di talian yang telah ditetapkan mengikut negeri-negeri dalam Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh ditanyakan di talian berikut:

WilayahNombor Telefon
Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan03-88914052
Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak03-88914278
Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu03-88914028

Melalui emel
Masalah Aplikasi: [email protected]

Bantuan lain yang boleh anda pohon:

Info Tentang Kementerian Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Kementerian Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah sebuah kementerian di bawah Kerajaan Malaysia. Menteri yang memegang jawatan tersebut pada masa kini ialah Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming.

Kementerian ini telah ditubuhkan pada 24 Mei 1964. Semasa pertubuhannya, ia dinamakan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Pada 18 Julai 1978, Kementerian ini telah diubah dan disusun semula dengan nama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berikutan penyusunan semula Kabinet. Hasil daripada penggabungan antara Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan dengan Bahagian Kerajaan Tempatan yang sebelumnya terletak di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan, terhasil penubuhan KPKT ini.

Visi KPKT adalah untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan agenda sosial dan penempatan manusia melalui program perumahan, perancangan dan kawalan pembangunan, perkhidmatan perbandaran dan landskap serta perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang cekap dan berkesan.

Menteri Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan yang terkini ialah Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming sejak 3 Disember 2022 di bawah pentadbiran Perdana Menteri ke-10, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehingga 20 April 2010, sebanyak 21,611 daripada 29,562 unit PPR di bawah DBKL ditawarkan hendak dijual kepada penghuni sedia ada. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan bahawa 7,951 unit rumah belum layak dijual, 2,056 unit masih kosong tanpa berpenghuni, 4,740 unit masih belum diserahkan kepada DBKL oleh KPKT, manakala 1,155 unit lagi diduduki oleh setinggan transit yang tidak layak untuk menerima tawaran.

Seramai 21,611 orang penghuni sedia ada ditawarkan untuk membeli unit rumah tersebut yang sedang diduduki. Akan tetapi, hanya 14,450 orang penghuni sahaja yang berminat untuk membeli.

Jawatankuasa Pemilihan mendapati 10,159 orang penghuni memenuhi syarat layak mendapat rumah tersebut. 4,013 orang pula layak bersyarat kerana tunggakan sewa melebihi tiga bulan, manakala baki 278 permohonan pula masih dalam proses permohonan.

“Moga Dipermudahkan Untuk Mendapatkan Bantuan Perumahan Yang Ditawarkan Oleh Kerajaan”

Akhir sekali, diharapkan kepada sesiapa sahaja yang belum memiliki rumah agar dipermudahkan untuk mendapatkan bantuan perumahan yang ditawarkan oleh kerajaan. Hasrat kerajaan adalah untuk membolehkan rakyat Malaysia yang belum memiliki rumah, memiliki rumah pada suatu hari nanti. Ianya ini adalah rumah mampu milik yang berhak dibeli oleh golongan berpendapatan rendah. PPR merupakan singkatan kepada “Program Perumahan Rakyat” dan ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Skim perumahan ini biasanya dibina oleh kerajaan dan dijual pada harga yang berpatutan dengan kemampuan golongan berpendapatan rendah. Selain itu, ia juga disediakan dengan kemudahan asas seperti sistem elektrik dan paip, pengangkutan awam yang mudah diakses dan fasiliti-fasiliti lain yang diperlukan untuk menjadikan rumah itu selesa untuk diduduki.

Untuk memohon skim rumah ini, calon perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti mempunyai KAD PENGENALAN yang sah, belum memiliki rumah sendiri, pendapatan bulanan tidak melebihi had yang ditetapkan, dan lain-lain. Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi kerajaan atau melalui Pejabat-Pejabat Pendaftaran PPR yang terdapat di setiap negeri.

Diharapkan dengan adanya program  ini, golongan berpendapatan rendah dapat memiliki rumah sendiri tanpa perlu mengalami kesukaran dalam mencari rumah yang mampu milik. Rumah ini dapat memberikan kestabilan dan keselesaan kepada keluarga, serta memberikan mereka peluang untuk membina kehidupan yang lebih baik dan sejahtera.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati