Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

6 Cara Buat Aduan Mengenai Perkara Melanggar Undang-undang Bagi Agensi Awam dan Swasta

aduan kaunter tutup
6 Cara Buat Aduan Mengenai Perkara Melanggar Undang-undang Bagi Agensi Awam dan Swasta 9

Cara Buat Aduan Mengenai Perkara Melanggar Undang-undang? Kita sebagai rakyat awam dan pengguna awam sentiasa akan berhadapan dengan permasalahan kerosakan harta awam, salah guna dan etika berurusan dengan agensi awam di Malaysia. Dan juga,ada kalanya kita menghadapi masalah seperti kaunter yang tutup tanpa notis atau wujudnya situasi yang staff atau pegawai telah melanggar undang-undang di pejabat agensi tersebut.

Untuk menyelesaikan perkara ini, kita mestilah memastikan hak-hak kita dihormati dan yang lagi penting untuk mengetahui cara membuat aduan yang berkesan. Perkongsian kali ini kita akan membincangkan langkah-langkah cepat dan mudah untuk membuat aduan berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi orang awam atau kita sebagai orang melihat satu perkara yang melanggar undang-undang bagi agensi awam di Malaysia.

Sertai telegram rasmi bagi saluran kerja kosong Malaysia kerajaan dan swasta. Untuk itu anda boleh tekan pautan dibawah:

Pengenalan Cara Buat Aduan Mengenai Perkara Melanggar Undang-undang

APA itu SISPAA

Adakah anda ketahui bahawasanya kerajaan telah menyediakan satu platform untuk membuat aduan atau cadangan yang meilbatkan permasalahan awam iaitu melalui SISPAA. Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan penyampaian dari semasa ke semasa dengan menggunakan teknologi terkini. Ia adalah kesinambungan daripada Sistem Integrated Pemantauan Aduan Agensi Awam (iSPAAA) yang dibangunkan oleh Biro Pelanggan Awam (BPA) pada akhir tahun 2007 dan digunakan oleh beberapa Agensi Kerajaan sejak tahun 2009.

Berdasarkan respon positif daripada Agensi Kerajaan yang menggunakan Sistem iSPAAA dan permintaan tambahan daripada Agensi-Agensi Kerajaan, BPA bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan MAMPU untuk memperbaharui Sistem iSPAAA, yang kemudiannya diubahsuai dan dikenali sebagai SISPAA. SISPAA kini turut digunakan untuk Meja Bantuan Teknikal selain daripada Pengurusan Aduan. SISPAA membolehkan proses penyampaian Maklum Balas kepada Agensi Kerajaan menjadi lebih cepat dan mudah kerana ia boleh diakses oleh pengguna pada bila-bila masa melalui capaian internet. Oleh itu, Panduan pengguna ini adalah khas untuk pengguna-pengguna.

Mengapa Orang Awam Mengadu

  1. Kerosakan tidak dibaiki
  2. Tidak berpuas hati dengan keputusan
  3. Tiada dan kurang penguatkuasaan
  4. Karenah birokrasi
  5. Kelewatan kerja dan proses kerja
  6. Salah laku / Salah guna / Penyelewengan
  7. Layanan tidak mesra dan memuaskan
  8. Perkhidmatan tidak memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat

Senarai Aduan yang Boleh Dibuat

Senarai Aduan Boleh Anda Kemukan

Berikut adalah senarai aduan yang boleh dibuat berkaitan dengan perkara yang melanggar undang-undang di agensi awam:

Jenis Aduan Dibenarkan
1.  Kelewatan Atau Tiada Tindakan
2. Tindakan Tidak Adil
3. Kekurangan Kemudahan Awam
4. Kepincangan Perlaksanaan Dasar Dan Kelemahan Undang-Undang
5. Salah Guna Kuasa/Penyelewengan 
6. Salah laku Anggota Awam
7.  Kegagalan Mengikut Prosedur Yang Ditetapkan
8.  Kualiti Perkhidmatan Yang Tidak Memuaskan Termasuk Kaunter Dan Telefon
9.  Kegagalan Penguatkuasaan
10. Pelbagai Aduan

1. Kelewatan atau Tiada Tindakan

  • Jabatan Pendaftaran Negara yang berjanji untuk mengeluarkan Mykad dalam masa 2 bulan dari tarikh permohonan tetapi tidak memenuhinya atau memberikan jawapan mengenai permohonan kewarganegaraan.
  • Jabatan Imigresen yang tidak memberikan maklum balas tentang permohonan permit kerja dan penggantian pasport yang hilang.
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri yang tidak membayar baki kredit cukai pendapatan dalam tempoh 2 bulan seperti yang dijanjikan.
  • Polis yang tidak menyiasat laporan-laporan seperti kes ragut beg tangan, anjing berkeliaran, kecurian rumah, kemalangan jalan raya, dan penagih dadah yang menduduki rumah kosong.
  • Polis yang tidak mengemukakan laporan polis mengenai kemalangan jalan raya atau melakukannya dengan lewat.
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang lewat meluluskan permohonan untuk mengeluarkan caruman untuk tujuan seperti membeli rumah atau pendidikan anak.
  • KWSP dan PERKESO yang tidak mengambil tindakan terhadap aduan-aduan mengenai majikan-majikan yang tidak mencarum walaupun potongan telah dibuat daripada gaji pekerja-pekerja.

2. Tindakan Tidak Adil

  • Pejabat Tanah yang tidak memberikan jawapan mengenai status permohonan tanah.
  • Bahagian Pencen yang tidak memberikan jawapan mengenai permohonan pencen.
  • Majlis Perbandaran yang belum meluluskan pelan pembinaan bangunan yang telah lama dikemukakan atau tidak mengeluarkan notis cukai pintu.
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat yang tidak meluluskan permohonan bantuan kebajikan.
  • PERKESO yang tidak membayar pampasan.
  • Jabatan Perkhidmatan Awam dan PTPTN yang tidak memberikan jawapan mengenai permohonan biasiswa atau pinjaman.

3. Kekurangan Kemudahan Awam

  • Ketidakwujudan kemudahan awam seperti balai polis, balai bomba, sekolah, tempat ibadat, pasar, bekalan air, tong sampah, telefon, bekalan elektrik, perkhidmatan bas, lampu jalan, lampu isyarat, bonggol, jalan tar, dan padang permainan kanak-kanak yang diperlukan oleh orang awam.

4. Kepincangan Perlaksanaan Dasar dan Kelemahan Undang-Undang

  • Jabatan yang membuat keputusan atau bertindak tanpa mematuhi peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan, seperti Pejabat Tanah yang meluluskan permohonan tanah oleh individu yang baru memohon sementara menolak permohonan individu lain yang telah mengusahakan tanah tersebut selama 15 tahun.

5. Penyalahgunaan Kuasa

  • Ketua jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan yang menyalahgunakan kuasa mereka dengan meminta rasuah atau pelinciran untuk meluluskan sesuatu permohonan.
  • Pegawai-pegawai Majlis Daerah/Perbandaran/Dewan Bandaraya yang meluluskan permohonan pelan bangunan.
  • Jurutera Daerah Kerja Raya yang memberikan kontrak dan tender projek kepada kontraktor-kontraktor yang memberikan imbuhan dan komisen.
  • Pegawai Imigresen yang meluluskan permit kerja dan lesen pembantu rumah serta pekerja-pekerja asing dengan cara yang tidak sah.
  • Pegawai Polis yang mengurangkan dan membatalkan saman trafik untuk pihak-pihak bersalah yang memberikan rasuah.

6. Salah Laku Anggota Awam

  • Pegawai dan kakitangan jabatan/agensi yang kurang sopan, memaki orang awam, kasar, dan berkelakuan buruk semasa berurusan, cuai dalam tugas, serta datang dan pulang dari kerja tidak mengikut jadual waktu.
  • Anggota di kaunter perkhidmatan seperti di Jabatan Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Jabatan Pendaftaran Negara, Balai Polis, dan Jabatan Pengangkutan Jalan yang tidak melayan orang awam dengan baik.

7. Kegagalan Mengikut Prosedur yang Ditetapkan

  • Pihak Berkuasa Tempatan, Polis DiRaja, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Jabatan Alam Sekitar (JAS), dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tidak menjalankan tugas dengan teliti seperti yang ditetapkan.
  • Contohnya, Majlis Perbandaran yang tidak bertindak ke atas penjaja tidak berlesen, LPKP yang tidak tegas dengan pemandu teksi yang mengenakan caj lebihan, dan JPJ yang tidak menindak pemandu bas yang tidak mengikut laluan yang ditetapkan.

8. Kualiti Perkhidmatan yang Tidak Memuaskan

  • Jabatan/Agensi kerajaan yang tidak menjaga perkhidmatan awam dengan baik, seperti Guru Besar Sekolah yang tidak membaiki sekolah yang rosak semasa hujan.
  • Jabatan Agama yang tidak menjaga kebersihan tempat ibadat.
  • Majlis Daerah/Perbandaran yang tidak menjaga kebersihan pasar, membaiki jambatan yang tidak selamat, dan tidak memotong rumput di padang permainan.

9. Kegagalan Penguatkuasaan

  • Kegagalan penguatkuasaan oleh Polis terhadap perlumbaan haram dan penagihan dadah yang semakin membimbangkan orang ramai.
  • Kegagalan penguatkuasaan oleh pasukan Polis terhadap kes kecurian dan ragut di kawasan kediaman.
  • Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak mengambil tindakan walaupun terdapat banyak aduan mengenai bunyi bising dan bengkel haram.
(Sila hubungi Ibu Pejabat BPA atau cawangan BPA yang berdekatan, sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau memerlukan maklumat/keterangan lanjut)

Senarai Aduan yang Tidak Boleh Dibuat

Senarai Aduan Tidak Boleh Buat dan Tidak Diterima

Walaupun terdapat banyak perkara yang boleh menjadi asas untuk membuat aduan berkaitan dengan agensi awam, terdapat beberapa jenis aduan yang mungkin tidak akan diterima. Ini termasuk:

Jenis-Jenis Aduan Yang Tidak Boleh Diterima
1.  Jawatankuasa Kira-kira Awam 
2.  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 
3.  Jabatan Bantuan Guaman 
4.  Perkara berkenaan dasar Kerajaan yang telah ditetapkan 
5.  Masalah keluarga/Peribadi
6.  Tuntutan Berbentuk ‘Civil’ antara individu/syarikat 

Cara Buat Aduan Mengikut Saluran yang Ditetapkan

Platform Buat Aduan Mengikut Saluran Kerajaan Malaysia

Terdapat beberapa platform yang disediakan oleh kerajaan untuk masyarakat awam untuk membuat pengaduan tentang masalah yang dihadapi disekitar anda dan melibatkan penjawat awam. Diantara platform yang disediakan oleh kerajaan adalah melalui beberapa saluran iaitu:

Cara Buat Aduan Mengenai Perkara Melanggar Undang-undang
Cara Buat Aduan Mengenai Perkara Melanggar Undang-undang

Cara Akses Sistem SISPAA

Sehubungan dengan itu, Kami dengan sukacitanya menyediakan panduan pengguna ini adalah khas untuk pengguna. Sistem SISPAA dan proses menggunakan Sistem SISPAA adalah menerusi langkah
berikut:-

1. Pilih mana-mana browser yang akan digunakan sama ada Internet Explorer,
Mozzila Firefox ataupun Chrome.

2. Taipkan alamat url yang diberikan oleh ICT atau klik pada ikon SISPAA yang
terdapat di Portal Rasmi Agensi untuk masuk ke Sistem SISPAA.

3. Sistem juga akan memaparkan error mesej “Capaian alamat IP (ip pengadu)
anda telah disekat oleh pentadbir sistem” kepada pengadu yang telah disekat
oleh IP.

image
Cara Buat Aduan Mengenai Perkara Melanggar Undang-undang

4. Skrin berikut akan dipaparkan.

image 1
Cara Buat Aduan Mengenai Perkara Melanggar Undang-undang

5. Perkataan “Baru” telah ditukar kepada “Baharu”

6. Klik “Pegawai Daftar Masuk” skrin dibawah akan dipaparkan:-

7. Masukan Id Pengguna dan Kata Laluan kemudian klik butang Masuk.

image 2
Cara Buat Aduan Mengenai Perkara Melanggar Undang-undang

8. Jika terlupa Kata Laluan, klik pada “Lupa Kata Laluan Anda” skrin di bawah
akan di paparkan.

image 3
Cara Buat Aduan Mengenai Perkara Melanggar Undang-undang

9. Skrin berikutnya akan dipaparkan

image 4
Cara Buat Aduan Mengenai Perkara Melanggar Undang-undang

10. Masukan ID Pengguna dan Emel kemudian “Retype the characters from the
picture” Kedalam ruang yang disediakan. Klik butang . Kata
Laluan baru akan di hantar kepada emel pengguna.

Nota : Untuk anda dapatkan panduan penuh cara daftar akaun SISPAA rujuk Disini

Cara Akses Aplikasi Respon Rakyat

Aplikasi Telefon Pintar Respons Rakyat disediakan untuk memudahkan orang awam membuat aduan, memberi cadangan, mengemukakan pertanyaan dan menyalurkan penghargaan kepada kementerian dan agensi sektor awam dengan mudah dan pantas.

Selain itu aplikasi telefon pintar Respons Rakyat juga memudahkan orang awam memantau dan mendapat respons daripada kementerian/agensi dengan lebih cepat dan telus.

67412564 10156470741752205 736903116821102592 n
Cara Buat Aduan Mengenai Perkara Melanggar Undang-undang

Bagi anda ingin mendownload aplikasi Respon Rakyat berikut kami sediakan link install:

Google Play – Untuk Android
IOS – Untuk Iphone

Maklumat Tambahan berkaitan dengan Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2022: Penambahbaikan Pengurusan Aduan Awam

Dalam usaha untuk memastikan proses aduan anda berjalan lancar, pastikan anda mengikuti saluran yang betul dan menyediakan maklumat yang lengkap dan sahih. Dengan mengikuti langkah ini, anda juga turut membantu meningkatkan integriti dan kualiti perkhidmatan awam di negara kita Malaysia. Jangan takut untuk mencari bantuan atau membuat aduan jika perlu, kerana terdapat banyak agensi yang sedia membantu untuk memastikan hak-hak anda diberikan.

 Pegawai Penyelaras Aduan Di Kementerian 

Berikut kami sediakan kesemua pegawai yang anda boleh rujuk atau hubungi untuk pengaduan tentang permasalahan yang berlaku di sekitar anda.

KEMENTERIANNAMANO.TELEFON
DAN E-MEL
Jabatan Perdana Menteri (JPM)Puan Nor Azline Bt Tajudin
03-8872 3430
azline[at]jpm.gov.my
Kementerian Sumber ManusiaPuan Syazana binti Izham
03-8886 5340
syazana[at]mohr.gov.my
Kementerian Kesihatan MalaysiaPuan Nurul Jannah binti Mohd Noor
03-8883 3496
jannah.mdnoor[at]moh.gov.my
Kementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanPuan Nor Hafaniza binti Mazain
03 -8891 5562
hafamazain[at]kpkt.gov.my
Kementerian Luar NegeriPuan Nurbaiti binti Bakhtiar
03-8887 4486
nurbaiti[at]kln.gov.my
Kementerian Perpaduan NegaraPuan Syaza Amirah bini Saaban
03-8091 8043
syaza[at]perpaduan.gov.my
Kementerian Dalam NegeriEncik Mohamed Hafiz bin Hamzah
03-8886 3407
pro[at]moha.gov.my
Kementerian PertahananKapten Hamdan Syukri bin Hanzah @ Hamzah
019-4092077
syukri[at]mod.gov.my
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan IndustriEncik Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Latif
012-2908945
wnizam[at]miti.gov.my
Kementerian Pelancongan Seni dan BudayaEncik Mohd Syakil bin Azemi
03-8891 7190
syakil[at]motac.gov.my
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara HidupPuan Maryanti@Mardhiyyah binti Abd Malek
03-8883 5900
maryanti[at]kpdn.gov.my
Kementerian Pembangunan Usahawan dan KoperasiPuan Salwani binti Salim
03-8883 6054
salwanisalim[at]medec.gov.my
Kementerian KewanganPuan Izaitul Farah binti Ibrahim
03-8882 3594
farah.ibrahim[at]tresury.gov.my
Kementerian PengangkutanPuan Leelakumari A/P Vennayagam
03-88921029
leelakumari[at]mot.gov.my
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & MasyarakatEncik Mohd Najib bin Md Yusop
03-83231064
najib[at]kpwkm.gov.my
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan IklimPuan Norhazuren binti Halid03-8886 1586
hazuren[at]nrecc.gov.my
Kementerian EkonomiEncik Mohamad Amsyari Bin Mohamad Suhaimi03-8883 5900
amsyari.suhaimi[at]epu.gov.my
Kementerian Kerja RayaPuan Yanooremyliana binti Yahya
03-2771 4613
yanooremyliana[at]kkr.gov.my
Kementerian  Pendidikan MalaysiaPuan Azlina binti Abd Rahman03-8884 6436
azlina.abdrahman[at]moe.gov.my
Kementerian Pengajian TinggiPuan Norizan binti Ibrahim03-8870 6274
norizan.ibrahim[at]mohe.gov.my
Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan MakananPuan Normazdalira Hana03-8870 1375
normazdalira[at]moa.gov.my
Kementerian Perladangan dan KomoditiEncik Muhammad Adam bin Abu Bakar03-8887 8236
adam[at]mpic.gov.my
Kementerian Komunikasi dan Digital MalaysiaPuan Siti Juhairah binti Ahmad03-8688 8568
juhairah.ahmad[at]mcmc.gov.my
 Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah Puan Noorjuliana binti Mohd Yusoff88915948
noorjuliana[at]rurallink.gov.my
Kementerian Belia dan SukanPuan Nor Intan Shariza binti Buang03-88713241
intanshariza[at]kbs.gov.my
Kementerian Komunikasi Dan DigitalPuan Atiqah binti Zainal Abidin03-8911 5199
atiqah[at]kkmm.gov.my
 Puan Norkhalifah binti Rosli03-8911 5192
khalifah[at]kkmm.gov.my
 Encik Isa bin Nikmat03-88858084
isanikmat[at]mosti.gov.my
Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Puan Emily Clarice Joannes 03-88858299
emily[at]mosti.gov.my
 Puan Siti Hanani binti Baharom03-88858141 
hananibaharom[at]mosti.gov.my
 Puan Nurul Liyana binti Kamaruddin03-88858085
liyana[at]mosti.gov.my
Cara Buat Aduan Mengenai Perkara Melanggar Undang-undang

FAQs Aduan Awam

Berapa lama biasanya Cara Buat Aduan Mengenai Perkara Melanggar Undang-undang?

Masa pemprosesan aduan boleh berbeza-beza bergantung kepada kes dan agensi yang terlibat. Anda boleh meminta maklumat mengenai jangka masa daripada unit aduan.

Apakah bukti yang diperlukan untuk aduan?

Bukti seperti gambar, salinan surat-menyurat, atau saksi yang boleh mengesahkan aduan anda dapat membantu dalam proses penyiasatan.

Adakah aduan saya akan dirahsiakan?

Agensi awam biasanya menjaga kerahsiaan aduan, tetapi ia bergantung kepada dasar masing-masing agensi.

Bolehkah saya mendapatkan bantuan dari agensi lain jika aduan saya tidak diselesaikan dengan memuaskan?

Jika aduan anda tidak mendapat penyelesaian yang memuaskan daripada agensi yang bersangkutan, anda boleh mencari nasihat dan bantuan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) atau agensi-agensi pemantauan hak asasi manusia lain yang relevan.

Apakah tindakan yang akan diambil oleh agensi selepas aduan saya diterima?

Agensi akan menyiasat aduan anda dan mengambil tindakan yang bersesuaian. Ini mungkin termasuk perbaikan proses, tindakan disiplin terhadap staf yang bersalah, atau langkah-langkah lain untuk memastikan perkara yang serupa tidak berlaku lagi di masa hadapan.

Bagaimana jika saya rasa aduan saya tidak mendapat penyelesaian yang adil?

Jika anda merasakan bahawa aduan anda tidak mendapat penyelesaian yang adil, anda boleh mencari nasihat daripada peguam atau pertimbangkan untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati