Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

USAS Membuka Peluang Kerjaya Bahagian Pentadbiran Bagi Kemasukan September 2023

USAS Membuka Peluang Kerjaya Bahagian Pentadbiran Bagi Kemasukan September 2023

Dengan penekanan yang besar pada perkhidmatan kepada komuniti pelajar, staf secara keseluruhannya. Dengan itu, USAS Membuka Peluang Kerjaya Bahagian Pentadbiran Bagi Kemasukan September 2023 dalam mengekalkan kecekapan dan ketelusan dalam urusan universiti. Sekiranya anda seorang yang bersemangat, proaktif, dan mahu berperanan dalam proses pengurusan yang memacu prestasi tinggi, ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Selain daripada itu, Bahagian Pentadbiran USAS, juga mengajak anda untuk terus berkembang dalam kerjaya anda melalui latihan dan pembangunan yang disediakan, serta berinteraksi dengan pelbagai bahagian di universiti ini. Ini adalah permulaan yang bagus bagi sesiapa yang bercita-cita untuk mencapai kejayaan dalam bidang pentadbiran dalam konteks pendidikan tinggi Malaysia. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai pasukan kami yang dinamik di Bahagian Pentadbiran USAS.

Sertai telegram rasmi bagi saluran kerja kosong Malaysia kerajaan dan swasta. Untuk itu anda boleh tekan pautan dibawah:

Maklumat Lengkap Peluang Kerjaya Bahagian Pentadbiran USAS

Maklumat Ringkas Jawatan

Berikut adalah senarai jawatan kosong yang telah diiklankan oleh majikan beserta penerangan ringkas:

JAWATAN KOSONGBIDANGTARAF JAWATANKADAR UPAH
Pembantu Tadbir, Gred N19WebmasterSkim Perkhidmatan Kontrak KhasRM 1,500.00 sebulan
Pembantu Tadbir, Gred N19Pereka GrafikSkim Perkhidmatan Kontrak KhasRM 1,500.00 sebulan

Tarikh Tutup Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir N19

Untuk makluman pada semua calon yang ingin memohon, tarikh tutup permohonan pada 25 September Isnin sebelum jam 4.00 petang.

Syarat Kelayakan yang Perlu Ada Pada Calon

Untuk permohoan jawatan kali ini, mestilah para calon mengikut kepada kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Perlu untuk pemohon cakna akan syarat permohonan seperti dibawah:

Pembantu Tadbir Webmaster

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
    i. Warganegara Malaysia.
    ii. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  2. Diploma dalam bidang Sains Komputer / Teknologi Maklumat / Multimedia / Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  3. Mempunyai pengalaman dalam pengurusan dan merekabentuk ‘Webmaster’.
  4. Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima dan di bawah tekanan serta bekerja secara individu dan berkumpulan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Pembantu Tadbir Pereka Grafik

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  3. Sijil / Diploma dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia / Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Memiliki pengalaman dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis.
  6. Mahir dengan Software Adobe (ADF), Adobe Illustrator, Adobe Photoshop dan Adobe in Design serta perisian AutoCAD atau perisian CAD yang berkaitan.
  7. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan/atau
    kamera filem
  8. Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima dan di bawah tekanan serta bekerja
    secara individu dan berkumpulan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
  9. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.
  10. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman kerja yang
    berkaitan.
  11. Ringkasan Tugas – Bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-out grafik,
    bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta
    peralatan yang berkaitan.

Semak Jadual Gaji Untuk Jawatan yang Baharu Dibuka

Untuk jawatan kali ini, terdapat beberapa skim perkhidmatan untuk anda terokai mengenainya lebih lanjut. Kami mudahkan anda untuk mendapatkan input berkenaan tawaran setiap jawatan yang dibuka.

Bagi jawatan Pembantu Tadbir, Gred N19- Jadual Gaji Bagi Sektor Pentadbiran Dan Sokongan

Cara Permohonan Kerja di USAS

photo 2023 09 13 10 45 22
Sumber dari portal rasmi USAS

Iklan Permohonan Penuh Pelbagai Jawatan

Sebelum memulakan urusan permohonan kerja adalah lebih baik untuk anda melihat terlebih dahulu siaran iklan yang dikeluarkan secara rasminya oleh pihak majikan. Penting untuk anda ketahui iklan yang dibuka dan akan ditutup untuk mengelakkan anda terlepas pandang. Berikut adalah iklan yang disiarkan:

Jika anda telah selesai membuat semakan iklan, maka anda hendaklah membuat permohonan terus agar anda tidak terlepas untuk mendapat pengalaman bekerja dibawah USAS.

Flow Permohonan Bagi Jawatan Pembantu Tadbir USAS

Bagi para pemohon yang bersedia dan berminat membuat permohonan anda boleh ikuti langkah dan tatacara yang kami sediakan dibawah:

Langkah 1

Pemohon hendaklah menghantar permohonan secara bertulis berserta resume yang lengkap berserta maklumat seperti berikut :

RESUME LENGKAP
✓ Butiran peribadi.
✓ Butiran untuk dihubungi.
✓ Kelayakan akademik.
✓ Pengalaman yang berkaitan

Langkah 2

Permohonan yang telah lengkap mestilah disertakan dengan gambar berukuran
pasport (tidak dikembalikan) serta salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan
seperti berikut:-

i) Kad Pengenalan atau Pasport.
ii) Sijil Kelahiran.
iii) Sijil-sijil akademik yang berkenaan berserta transkrip. SPM atau setaraf, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PhD
iv) Sijil-sijil atau dokumen lain yang berkaitan.
v) Port Folio bersaiz A4 dan bewarna (wajib)

Langkah 3

Permohonan yang lengkap beserta surat permohonan hendaklah dihantar ke alamat :

Universiti Sultan Azlan Shah Bukit Chandan33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar Perak Darul Ridzuan.(u.p : Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am)

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi Talian Dibawah

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati