Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Bagi Kemasukan Bulan September 2023

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Bagi Kemasukan Bulan September 2023

Dimaklumakan bahawasanya Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Bagi Kemasukan Bulan September 2023 telah dibuka kembali. Diingatkan kepada semua pembaca atau pemohon yang berminat untuk memohon peluang kerjaya ini untuk baca keseluruhan artikel agar anda tidak terlepas pandang maklumat penting yang anda perlu sediakan semasa permohonan nanti.

Jom sahabat semua, peluang keemasan ini tidak datang berulang kali jadi cepat-cepatlah apply.Mohon ambil perhatian juga,pastikan anda mengikuti syarat kelayakan yang telah dinyatakan dalam iklan dan lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang tepat agar permohonan anda diterima lalu lulus diterima.

Sertai telegram rasmi bagi saluran kerja kosong Malaysia kerajaan dan swasta. Untuk itu anda boleh tekan pautan dibawah:

Maklumat Details Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan 2023

Maklumat Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan

Berikut adalah senarai jawatan kosong Bomba beserta penerangan ringkas:

JAWATAN KOSONG ELAUN
Pegawai Bomba BantuanBerdasarkan Kehadiran

Tarikh Tutup PermohonanPengambilan Pegawai Bomba Bantuan

Untuk makluman kepada semua calon, tarikh permohonan kerjaya ini ditutup pada 20 September 2023 pada hari rabu 11;59 malam.

Penempatan Penuh Bagi Jawatan Pegawai Bomba Bantuan

  • Balai Bomba Dan Penyelamat Kempas
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Pontian Baru
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Yong Peng
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Punggai
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Tenggara
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Penawar

Syarat Lantikan Bomba Bantuan

Untuk permohoan jawatan kali ini, mestilah para calon mengikut kepada kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Perlu untuk pemohon cakna akan syarat permohonan seperti dibawah:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  1. Lelaki
  2. Warganegara Malaysia;
  3. Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana- mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
  4. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;
  5. Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah;
  6. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
    (i) Tinggi minima 1.57m
    (ii) Berat badan minima 48kg
    (iii) Ukuran ‘BMI’ (Body Mass Index) adalah 18 – 30
    (iv) Mempunyai penglihatan yang baik
    (v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
    (vi) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
    (vii) Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh ketua Pengarah dari semasa ke semasa.
    (viii) Calon hendaklah tinggal atau berkerja dalam lingkungan 10 km daripada balai atau boleh sampai masa 10 minit ke Balai.

Notis Kebenaran Daripada Majikan

Bagi Calon yang berkerja, dapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai Bomba Bantuan- Borang PBB 4 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat yang terdekat seperti di atas.

Langkah Senang Untuk Mohon Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan

Iklan Permohonan Penuh Jawatan Bomba

Sebelum memulakan urusan permohonan kerja adalah lebih baik untuk anda melihat terlebih dahulu siaran iklan yang dikeluarkan secara rasminya oleh pihak majikan. Penting untuk anda ketahui iklan yang dibuka dan akan ditutup untuk mengelakkan anda terlepas pandang. Berikut adalah iklan yang disiarkan:

Jika anda telah selesai membuat semakan iklan, maka anda hendaklah membuat permohonan terus agar anda tidak terlepas untuk mendapat pengalaman bekerja dibawah Bomba.

Cara Permohonan Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan

Bagi para pemohon yang bersedia dan berminat membuat permohonan anda boleh ikuti langkah dan tatacara yang kami sediakan.

photo 2023 09 11 09 55 16
Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan
  1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PBB 3 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat yang terdekat seperti di atas.
  2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan beberapa dokumen.
    a) Sekeping gambar terbaru berukuran passport
    b) Notis kebenaran daripada majikan
    c) Salinan kad pengenalan
    d) Salinan sijil-sijil persekolahan
    e) Kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah DISAHKAN
  3. Tarikh Tutup : 20 SEPTEMBER 2023
Sila hadir dengan berpakaian sukan, baju T berkolar, seluar trek, berkasut sukan dan berstokin di Pusat-pusat Pemilihan yang akan dimaklumkan melalui talian telefon/surat menyurat.

Admin doakan kepada semua pemohon dan calon untuk dipermudahkan urusan untuk memohon Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Bagi Kemasukan Bulan September 2023 yang ramai orang inginkan bekerja dibawah salah satu badan keselamatan negara Malaysia.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati