Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Gaji Penjawat Awam Akan Dinaikkan RM300 dan Bonus Sebulan Setengah

photo 2023 09 24 17 02 29

Gaji Penjawat Awam Akan Dinaikkan RM300 dan Bonus Sebulan Setengah. Kenaikan gaji penjawat awam sentiasa menjadi satu topik yang besar untuk para pekerja dibwah sektor kerajaan dan swasta. Oleh demikian, kenaikan gaji perlu diselaraskan dengan kadar inflasi dalam negara untuk memastikan gaji mereka mencukupi. Hal ini memainkan peranan penting dalam menentukan daya beli pekerja.

Cadangan tersebut juga mencerminkan perubahan kos sara hidup yang perlu dipertimbangkan agar pekerja tetap memiliki kemampuan beli.

Jom Sertai telegram rasmi sistem guru online untuk mendapatkan informasi terkini dan terpantas, dah boleh ikuti melalui pautan di bawah:

Gaji Penjawat Awam Akan Dinaikkan RM300 dan Bonus Sebulan Setengah

Gaji Penjawat Awam Akan Dinaikkan RM300 dan Bonus Sebulan Setengah

Menurut Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, kenaikan gaji itu perlu diberikan bagi membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa, sementara menunggu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dilaksanakan pada 2025.

“”Kenaikan gaji sebanyak RM300 ini juga boleh meningkatkan gaji bersih (take-home pay) serta memberi kelegaan kepada penjawat awam sementara menunggu tempoh sistem saraan baharu dilaksanakan pada 2025,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada 20 September, Sinar Harian melaporkan bahawa Presiden Cuepacs, Datuk Adnan menyatakan bahawa kerajaan perlu meninjau semula skim gaji perkhidmatan awam di seluruh negara melalui temuramah sinar harian.

office 620817 640 2
Gaji Penjawat Awam Akan Dinaikkan RM300 dan Bonus Sebulan Setengah

Di samping itu, Beliau juga menyatakan bahawa adalah penting untuk mengemaskini skim gaji penjawat awam setiap lima tahun, mengingatkan bahawa kenaikan kos sara hidup mendorong peningkatan gaji dalam kalangan masyarakat.

Beliau menyatakan bahawa gaji yang tidak mencukupi boleh menimbulkan tekanan kewangan yang berpotensi menyumbang kepada rasuah dan amalan tidak beretika.

Walau bagaimanapun, presiden Cuepacs mengingatkan bahawa kenaikan gaji penjawat awam mungkin mendapat kritikan dan penelitian dari orang ramai yang menuntut kejelasan, akauntabiliti, dan integriti.

“Orang ramai berhak menjangkakan bahawa pemborosan dan ketidakcekapan akan berakhir, sebagaimana yang sering diperkatakan dalam laporan tahunan Ketua Audit Negara,” katanya.

Beliau menyatakan bahawa kerajaan perlu menilai kenaikan gaji dengan melihat jangka masa panjang, termasuk faktor-faktor seperti pertumbuhan ekonomi dan hasil dalam negara.

“Penglibatan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) juga penting dalam rundingan dan mempertimbangkan pandangan mereka untuk mencapai persetujuan bersama, serta peranannya dalam memperjuangkan kebajikan penjawat awam,” tambahnya. – Sumber – Sinar Harian.

Kerajaan Wajar Pertimbangkan Naikkan Gaji Seiring Dengan Kenaikan Kos Sara Hidup

Gaji Penjawat Awam Dinaikkan RM300 dan Bonus Sebulan Setengah

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) telah mengemukakan satu permohonan yang besar kepada kerajaan bagi pembentangan Belanjawan 2024 bulan depan. Permohonan ini juga merangkumi dua komponen yang penting berkaitan dengan penjawat awam, iaitu peningkatan gaji sebanyak RM300 dan pemberian bonus minimum sebulan setengah kepada mereka yang berkhidmat dalam sektor awam.

Kenaikan Gaji RM300: Menghadapi Cabaran Kos Sara Hidup

Kenaikan gaji sebanyak RM300 adalah satu keputusan yang sangat diinginkan oleh penjawat awam di Malaysia. Dek kerana cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat merupakan bebanan kepada pekerja dan keluarga mereka. Semoga dengan kenaikan ini diharapkan dapat memberikan sedikit kelegaan dalam menghadapi tekanan kewangan yang semakin terasa. Walaupun ianya mungkin tidak menyelesaikan semua masalah, ia adalah satu langkah yang positif dalam membantu penjawat awam menangani isu-isu ekonomi.

photo 2023 09 24 17 06 45
Gaji Penjawat Awam Akan Dinaikkan RM300 dan Bonus Sebulan Setengah

Bonus Sebulan Setengah: Satu Penghargaan Kepada Penjawat Awam

Bonus sebulan setengah adalah satu insentif yang sangat diharapkan oleh penjawat awam. Kali terakhir bonus sebegini diberikan adalah pada tahun 2012, dan selepas itu hanya bantuan khas kewangan yang diberikan. Keperluan untuk memberikan bonus ini adalah kerana penjawat awam telah berkhidmat dengan setia dan memberi sumbangan kepada negara. Bonus ini adalah tanda penghargaan kepada kerja keras dan sanggup korban mereka.

Menyedari Kekangan Kerajaan

Cuepacs, sebagai wakil bagi penjawat awam, menyedari bahawa kerajaan juga menghadapi kekangan kewangan. Oleh itu, mereka memahami bahawa semua permohonan mereka mungkin tidak dapat dipenuhi sepenuhnya. Namun demikian, Cuepacs berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan ini dengan teliti dan memberikan insentif yang sebaik mungkin kepada penjawat awam. Ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada individu-individu yang kurang berkemampuan, tetapi juga akan menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara secara keseluruhan.

Cuespacs: Cadangan Tambahan Bagi Penjawat Awam

Selain peningkatan gaji dan bonus, Cuepacs juga mengemukakan permohonan tambahan yang berkaitan dengan kesejahteraan penjawat awam. Mereka memohon diskaun sekurang-kurangnya 30 peratus bagi pembayaran cukai pendapatan kepada semua penjawat awam. Permohonan ini bertujuan untuk memberi penjimatan kepada penjawat awam dalam aspek cukai, yang merupakan salah satu komponen penting dalam perbelanjaan bulanan.

Penjawat Awam 3 bernama
Gaji Penjawat Awam Akan Dinaikkan RM300 dan Bonus Sebulan Setengah

Selain itu, Cuepacs turut meminta peningkatan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan sehingga 35 tahun. Pada masa kini, pengiraan pencen adalah terhad kepada 30 tahun perkhidmatan sahaja. Permohonan ini bertujuan untuk memaksimumkan pencen yang bakal diterima oleh penjawat awam yang berkhidmat lebih lama. Ia adalah satu langkah yang adil dan wajar bagi membalas pengabdian mereka dalam perkhidmatan awam

Cadangan dari Cuepacs ini mencerminkan keperhatian mereka terhadap kesejahteraan penjawat awam di Malaysia. Kenaikan gaji, pemberian bonus, diskaun cukai pendapatan, dan peningkatan pengiraan pencen adalah perkara-perkara penting yang perlu diambil kira oleh kerajaan dalam usaha untuk memastikan kesejahteraan penjawat awam terjamin. Keputusan Belanjawan 2024 akan menjadi penanda aras bagi pelaksanaan cadangan ini, dan Cuepacs berharap agar keputusan tersebut akan memberi manfaat kepada semua pihak dan memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada mereka yang berkhidmat dengan setia dalam perkhidmatan awam. Semoga Malaysia terus maju dan sejahtera.

Soalan FAQs Mengenai Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Adakah kenaikan gaji bagi penjawat boleh dilaksanakan?

Boleh, kita ketahui berdasarkan beberapa pengumuman dan desas desus kerajaan akan memberi kenaikan kerana masalah ekonomi dan kos bahan mentah meningkat. Walhal kenaikan gaji pekerja dari RM1200 kepada RM1500 juga telah dilaksanakan oleh Kerajaan.

Apakah kenaikan gaji boleh dilaksanakan pada tahun ini?

Potensi untuk dinaikkan gaji penjawat awam amat berpotensi tinggi kerana kos sara hidup dan bahan dapur semakin meningkat. Ditambah lagi dengan gaji minima penjawat awam kadang-kadang tidak mencukupi bagi gologan hidup di bandar.

Oleh demikian, kenaikan gaji bagi penjawat awam untuk tahun ini ada kemungkinan dinaikkan.

Adakah balu / duda yang dikahwini dalam persaraan layak menerima faedah terbitan?

Balu/duda/anak hasil perkahwinan dalam persaraan layak untuk menerima pencen terbitan terhad kepada baki dari 20 tahun dari tarikh persaraan.

Adakah pegawai yang meletak jawatan layak menerima pencen?

Pegawai yang meletak jawatan atau dibuang kerja, tiada sebarang faedah persaraan diberikan. Perkhidmatan lepas hanya boleh diambilkira dan dicantumkan jika dilantik semula ke jawatan tetap selepas tahun 2012.

Bolehkah pencen dituntut oleh orang selain dari pesara / penerima pencen itu sendiri?

Boleh sekiranya diluluskan pelantikan wakil diri oleh Bahagian Pencen. Pelantikan wakil diri ini diberi kepada pesara yang uzur dan mempunyai akaun bersama. Wakil mestilah pemegang akaun bersama pesara/ penerima pencen itu.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati