Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Info Lengkap Apa Itu IHR International Health Regulations Oleh WHO

APA ITU IHR
APA ITU IHR

Seperti kita ketahu, WHO adalah merupakan organisasi kesihatan dunia yang dimana negara Malaysia juga adalah merupakan salah satu anggota. Melalui WHO, terdapat pindaan yang diperkenalkan dalam usaha memainkan peranan dalam menjaga dan mengesan isu kesihatan global.

Kini, tular di kalangan Malaysia mengenai apa itu IHR ? ramai yang bermain dengan persoalan apakah fungsi sebenar IHR dan apakah kepentingannya untuk negara.

Penerangan dan Fungsi IHR

apa itu ihr
apa itu ihr

Apa Itu IHR?

Peraturan Kesihatan Antarabangsa, atau IHR (International Health Regulations) merupakan suatu perjanjian undang-undang yang mengikat negara-negara di seluruh dunia, termasuk negara yang menanggotai Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), untuk bekerjasama dalam mengatasi isu-isu kesihatan global.

Peraturan ini bertujuan untuk membantu masyarakat global dalam mencegah dan menangani risiko-risiko kesihatan masyarakat yang akut yang mungkin boleh tersebar ke seluruh dunia.

Kepentingan dan Fungsi IHR

apa itu ihr
apa itu ihr

Objektif dan tujuan IHR adalah untuk mencegah, melindungi, mengawasi, dan mengambil tindak balas pada penyebaran penyakit peringkat antarabangsa dengan cara yang pengawalan peringkat kesihatan masyarakat dunia.

Berikut adalah 5 kepentingan IHR kepada dunia:

KepentinganPenerangan
Perjalanan dan Perdagangan Dijadikan Lebih SelamatMemperkuatkan kemampuan negara-negara untuk mengawal penyakit yang boleh merentasi sempadan, sama ada di pelabuhan, lapangan terbang, atau lintasan darat. Ini mempromosikan keselamatan dalam perjalanan dan perdagangan antarabangsa.
Keselamatan Kesihatan Global DitingkatkanMembentuk sistem amaran awal bukan sahaja untuk penyakit tetapi juga untuk sebarang ancaman terhadap kesihatan dan urusan kehidupan manusia. Ini memastikan kerangka kerja yang kukuh untuk keselamatan kesihatan global.
Ancaman Kesihatan Tidak Mengenal SempadanMemberi sokongan negara-negara dalam mengesan, menilai, dan merespons ancaman kesihatan dengan lebih cepat melalui memudahkan komunikasi pantas dengan negara-negara lain. Ini penting kerana ancaman kesihatan tidak mengenal sempadan.
Memastikan Ancaman Harian Dalam Keadaan TerkawalMenjaga ancaman harian di bawah kawalan, dari penyakit biasa hingga isu kesihatan yang muncul. Pengesanan awal dan tindak balas yang memberi petanda penting.
Semua Sektor Akan Mendapat ManfaatIHR menyediakan persediaan kepada semua sektor untuk merespons kecemasan yang mungkin melalui kerjasama dan perkongsian maklumat. Dengan memastikan penyertaan semua sektor, IHR membantu mencegah risiko kesihatan.

Peranan IHR Kepada Dunia

IHR menyokong negara dalam mengukuhkan dan mengekalkan keupayaan negara untuk memastikan pengesanan , pengesahan dan tindak balas terhadap risiko kesihatan awam, WHO membangunkan dan menyediakan alat, bimbingan dan latihan kepada negara.

Sokongan WHO adalah dalam memberi tumpuan kepada keperluan keutamaan yang dikenal pasti oleh Pejabat Wilayah dan Negara WHO. Fokus IHR untuk membantu setiap negara memenuhi usaha dibawah:

  1. Menetapkan Pusat Perhubungan IHR WHO di ibu pejabat atau peringkat wilayah negara;
  2. Menjalankan pengawasan kesihatan awam global dan penilaian berkaitan isu kesihatan awam;
  3. Menyebarkan maklumat kesihatan awam kepada Negara WHO;
  4. Menawarkan bantuan teknikal kepada Negara WHO;
  5. Menyokong Negara WHO dalam usaha mereka untuk menilai struktur dan kesihatan awam nasional.
  6. Memantau pelaksanaan IHR dan mengemas kini garis panduan; dan
  7. Menentukan sama ada sesuatu penyakit tertentu merupakan kecemasan kesihatan awam kebimbangan antarabangsa (PHEIC), dengan nasihat daripada pakar luar.

Matlamat pelaksanaan di peringkat negara adalah untuk mengehadkan penyebaran risiko kesihatan kepada negara-negara jiran lain dan untuk membuat sekatan antarabangsa jika diperlukan bagi mengelakkan penularan.

Isu IHR Di Malaysia yang Didakwa Dapat Menggugat Kedaulatan Undang-undang

apa itu ihr
apa itu ihr

Campur Tangan Luar Dalam Urusan Negara

Pada 26 September 2023, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan untuk dengan tegas menentang Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan kepada Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) kerana ada kemungkinan bahawa tindakan ini boleh membahayakan kedaulatan negara.

Menurut Ketua Aktivis, Datuk Nadzim Johan, menyatakan bahawa Malaysia harus mengambil langkah tegas menolak pindaan IHR 2015 sebelum 1 Disember depan, iaitu tarikh akhir untuk menyuarakan bantahan, agar negara tidak terdedah kepada campur tangan pihak luar.

Beliau juga menyatakan bahawa jika usaha ini gagal, WHO mungkin akan mengambil alih pemerintahan dan menafikan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, serta kerajaan dalam membuat keputusan berkenaan pengisytiharan pandemik dan darurat. Kerana ia akan beri kuasa kepada pihak WHO untuk ambil alih (negara) jika dirasakan negara ini perlu diselamatkan dengan cara pihak WHO.

“Jika pindaan kepada IHR 2005 diluluskan dan tidak mendapat bantahan daripada Perdana Menteri, kita akan terikat dengan terma dan syarat yang ditetapkan dalam IHR 2005.”

Kesan Jika IHR Dibenarkan Dalam Malaysia

Pindaan kepada Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR) 2005 telah menjadi sesuatu yang kontroversi di Malaysia, dan ada keprihatinan yang serius tentang akibatnya jika tidak ada tindakan tegas untuk menentangnya.

Dalam konteks ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mendesak kerajaan untuk menolak pindaan ini serta Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+). Beberapa kesan buruk jika IHR diluluskan di negara Malaysia:

  1. Mengancam kedaulatan negara. Pindaan IHR 2005 berpotensi untuk mengancam kedaulatan negara. Jika pindaan ini dibiarkan, Malaysia mungkin kehilangan sebahagian dari kuasa untuk membuat keputusan yang berkaitan dengan kesihatan masyarakat Malaysia.
  2. Ancaman terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Berpotensi untuk mengancam peranan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. WHO mungkin akan memiliki peranan lebih besar dalam membuat keputusan tanpa campur tangan kerajaan Malaysia.
  3. Mengurangkan kebebasan dan hak asasi rakyat. Melalui perjanjian itu akan menambah skop kuasa WHO dalam keadaan yang bukan hanya membabitkan risiko kesihatan awam, malah menggugat kebebasan dan hak asasi rakyat malah kedaulatan negara, Raja-Raja Melayu serta Yang Di-Pertuan Agong juga boleh terancam.

Walaubagaimanapun, segala keputusan adalah berdasarkan kerajaan Malaysia. Sebagai rakyat yang taat kepada rukun negara, sememangnya rakyat mengharapkan yang terbaik daripada kerajaan Malaysia. Isu berkenaan IHR masih dalam perbincangan, dari pelbagai sudut kerajaan mempunyai hak dalam menentukan yang terbaik kepada rakyat.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati