Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan RM2000 Kepada Penjawat Awam untuk Gred 56 Kebawah Serta Inisiatif Pekerja Swasta Dalam Pembentangan Bajet 2024

bantuan rm2000 kepada penjawat awam
bantuan rm2000 kepada penjawat awam

Dalam pembentangan Bajet 2024 hari ini, kerajaan akan salurkan bantuan RM2000 kepada penjawat awam tahun hadapan. Kerajaan telah mengumumkan bahawa Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk mereka yang dilantik secara kontrak.

Kerajaan Salurkan Bantuan RM2000 Kepada Penjawat Awam Tahun Hadapan

Tarikh Pemberian Bantuan Insentif Awal SSPA RM2000

Update terkini dari Kerajaan, semua penjawat awam dan pesara kerajaan bakal menerima Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada tarikh 23 Februari 2024.

Untuk makluman, Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 akan disalurkan mengikut penetapan sebelum ini.S

Selain itu, turut dijelaskan bahawa laporan akhir Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan dimuktamadkan dalam tempoh dua bulan lagi.

image 49

Bayaran RM1000 Untuk Seluruh Sektor Awam Bantu Hadapi Buka Sekolah dan Sambutan Hari Raya

image 341
Bantuan RM2000 Kepada Penjawat Awam Tahun

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan bahawa RM1,000 akan diberikan kepada semua jawatan utama dalam sektor awam, termasuk pasukan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata, serta seluruh anggota beruniform.

Anwar menyatakan, Bayaran insentif sebanyak RM1,000 juga akan diberikan kepada semua pesara kerajaan, termasuk juga kepada veteran yang telah bersara dan veteran yang masih berkhidmat.

Menurutnya bayaran ini akan diberikan pada satu masa, iaitu pada akhir Februari 2024, untuk membantu meringankan beban persediaan kos pendidikan anak-anak dan persiapan menjelang bulan Ramadan serta Syawal.

bantuan rm2000 kepada penjawat awam
Kerajaan umum bantuan rm2000 kepada penjawat awam

Selain itu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan memperluas Kemudahan Bantuan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi untuk merangkumi pakaian batik Malaysia bagi semua penjawat awam yang layak. Tujuannya adalah untuk mempromosikan penggunaan batik Malaysia berkualiti tinggi.

Jenis bantuanBayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam
Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem
Saraan Perkhidmatan Awam
RM2,000
Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan
semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan
seluruh anggota beruniform
RM1,000
Pesara kerajaan dan semua veteranRM1,000

Kerajaan Kaji Skim Gaji dan Elaun Tetap Penjawat Awam

Pada masa ini sejumlah bantuan RM2000 kepada penjawat awam adalah diberikan sebagai respon kerajaan yang mengikut keadaan semasa, kerajaan juga sedang melakukan semakan semula terhadap skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang terakhir kali diubahsuai pada tahun 2012. Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sedang dijalankan untuk menilai keperluan semua skim perkhidmatan, dan dijangka akan disiapkan menjelang akhir tahun hadapan.

Anwar menyeru majikan swasta untuk turut serta dalam menilai keperluan saraan dan ganjaran kepada pekerja, serta mempertimbangkan cabaran kos sara hidup semasa. Pada tahun hadapan, kerajaan akan memulakan sesi libat urus aktif dalam perkara ini.

Anwar juga menggesa pihak swasta untuk memberikan ganjaran kepada pekerja, terutamanya syarikat-syarikat yang mencatatkan keuntungan yang wajar.

Kerajan Tingkatkan Liputan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja Dalam Usaha Menjaga Nasib Pekerja Swasta dan Awam

skim ex gratia bajet 2024
Bantuan RM2000 Kepada Penjawat Awam untuk Gred 56 Kebawah Serta Inisiatif Pekerja Swasta Dalam Pembentangan Bajet 2024 6

Apakah Itu Skim Ex-Gratia?

Skim Ex-Gratia adalah satu bentuk pampasan yang diberikan kepada pekerja atau keluarga mereka apabila pekerja mengalami kemalangan atau cedera semasa menjalankan tugas pekerjaan. Pampasan ini adalah “ex-gratia,” yang bermaksud ia diberikan sebagai tanda hormat tanpa keperluan undang-undang.

Skim ini menyediakan perlindungan tambahan dan boleh mencakup kemalangan yang tidak dicakup oleh insurans kerja standard. Pindaan dan had siling pampasan boleh berbeza mengikut organisasi atau skim yang digunakan bagi penjawat awam.

Skim Ex-Gratia memberikan perlindungan tambahan kepada pekerja dan keluarga mereka dalam keadaan yang mungkin tidak diliputi oleh insurans kerja standard atau skim pampasan yang lain. Ia sering digunakan dalam konteks keselamatan pekerjaan dan perlindungan pekerja, terutamanya dalam sektor swasta. Skim ini boleh mencakup kemalangan yang berlaku semasa perjalanan ke tempat kerja, semasa menjalankan tugas yang berkaitan dengan pekerjaan mereka, atau dalam keadaan lain yang melibatkan risiko kepada pekerja.

Skim Ex-Gratia Had Silling Dinaikkan dari RM4,000 Kepada RM6,000

Selain bantuan RM2000 kepada penjawat awam yang diumumkan, Anwar juga menyatakan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan liputan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja serta menaikkan had siling gaji dari RM4,000 kepada RM6,000, sejajar dengan pindaan Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi sektor swasta. Kenaikan ini akan memberi kesan positif terhadap kadar bayaran faedah di bawah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja, yang akan meningkat hingga 50 peratus atau kira-kira RM1.6 juta.

Perubahan ini akan memastikan penjawat awam atau waris mereka mendapat faedah pampasan yang lebih tinggi jika berlaku kemalangan semasa menjalankan tugas.

Anwar menyatakan bahawa kerajaan juga menggesa majikan swasta untuk menilai saraan dan ganjaran mereka kepada pekerja, dengan mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa. Pada tahun hadapan, kerajaan akan memulakan sesi libat urus dengan sektor swasta.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati