Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Mohon Kerja Chicken Royale Secara Fulltime dan Part Time

mohon kerja chicken royale
Cara Mohon Kerja Chicken Royale Secara Fulltime dan Part Time 5

Teringin mohon kerja Chicken Royale? Jom mohon kerja sekarang! Pihak Chicken Royal sentiasa mengalu-alukan anda untuk membuat permohonan yang menawarkan banyak jawatan kerja Chicken Royale yang anda boleh pilih ikut minat dan kemahiran anda.

Sila rujuk maklumat lengkap berkenaan Chicken Royale, tawaran kerja, kelebihan serta kaedah permohonan yang betul dibawah.

Kerja Chicken Royale, Sumbang Bakat Anda Dalam Industri F&B

mohon kerja chicken royale

Pengenalan Chicken Royale

Chicken Royale adalah sebuah rangkaian restoran yang berasaskan dalam hidangan ayam dengan pelbagai citarasa yang memukau. Dengan menu-menu berkelas dan variasi hidangan istimewa, salah satu hidangan paling popular mereka adalah ayam peri peri. Chicken Royale menawarkan pengalaman menikmati makanan yang unik kepada pelanggan dan merupakan tempat yang sesuai untuk seisi keluarga.

Jawatan Kosong Yang Ditawarkan

Chicken Royale menawarkan pelbagai jawatan kepada individu yang berminat untuk bergabung dengan mereka. Beberapa daripada jawatan yang ditawarkan termasuk:

Jawatan KosongSkop Kerja
Crew✔Bertanggungjawab untuk mengendalikan operasi harian restoran.
✔Menyajikan hidangan kepada pelanggan dan memastikan pengalaman makan yang memuaskan
Kitchen Crew✔Bekerja di bahagian dapur restoran.
✔Menyediakan rempah dan perapan yang digunakan untuk memasak ayam.
✔Memastikan bahagian dapur berfungsi dengan cekap.
Supervisor (Management Team)✔Pengurus kedai bertanggungjawab untuk mengawasi operasi harian restoran.
✔Memastikan bahawa prestasi pasukan adalah cemerlang dan menyediakan panduan kepada mereka.
Marketing✔Bertanggungjawab untuk mempromosikan Chicken Royale
✔Mencipta strategi pemasaran, menguruskan media sosial, dan mencari cara untuk memperluaskan pengetahuan restoran kepada orang ramai.
Finance✔Menguruskan semua aspek kewangan restoran.
✔Menjalankan pemprosesan bayaran, penyelenggaraan buku akaun, dan menguruskan perbelanjaan serta pendapatan syarikat.
HR (Human Resources)✔Bertanggungjawab untuk pengurusan kakitangan.
✔Menguruskan proses rekrut pekerjara, memberi latihan, dan perkembangan pekerja.
Customer Services ✔Menjawab pertanyaan pelanggan, menyelesaikan aduan, dan memastikan kepuasan pelanggan adalah keutamaan.
Sumber mengenai jawatan : Laman web rasmi Chicken Royale
mohon kerja chicken royale

Syarat Kelayakan Umum dan Khusus Mohon Kerja Chicken Royale

Untuk mohon kerja Chicken Royale di Malaysia, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi.

Syarat Kelayakan Umum

  • Permohonan kerja terbuka kepada warganegara Malaysia.
  • Pemohon adalah dari kalangan mereka yang berumur 18 tahun keatas.
  • Kelayakan umum minimum yang diperlukan adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf.

Syarat Kelayakan Khusus

  • Mempunyai kelayakan akademik yang lebih tinggi seperti diploma, ijazah dan seakatannya yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia bagi memohon jawatan pihak pengurusan.

Urusan Mohon Kerja Chicken Royale

Langkah-langkah Mohon Kerja Fulltime dan Part Time di Chicken Royale

mohon kerja chicken royale

Para calon boleh membuat permohonan kerja secara atas talian menurut pihak pengurusan Chicken Royale. Dengan beberapa langkah mudah, anda boleh mengemukakan permohonan jawatan segera.

Berikut adalah cara mohon kerja Chicken Royale:

  1. Hubungi talian whatsapp rasmi. Untuk para pemohon semua, permohonan adalah boleh melalui hubungi talian whatsapp. Anda boleh hubungi dan mengemukakan permohonan di pautan whatsapp.
  2. Nyatakan urusan permohonan. Buat persediaan rapi sebelum menghubungi pihak Chicken Royale dan pastikan anda menyediakan surat mohon kerja sebagai pendahuluan dan prosedur yang baik dalam permohonan kerja online. Nyatakan sekali jawatan kosong apa yang anda mohon dan adakah fulltime atau part time, ianya adalah mesti dalam keadaan jelas dinyatakan dalam surat mohon kerja rasmi.
  3. Sediakan resume dan dokumen sokongan. Standard urusan permohonan kerja anda perlu melampirkan resume sekali dengan dokumen sokongan sebagai bukti dan pengesahan pendidikan dan bidang pengajian anda. Dengan kata budi bicara yang baik anda perlu lakukan permohonan dengan profesional.
  4. Bersiap sedia untuk urusan temuduga. Selepas selesai langkah-langkah diatas, calon mungkin akan ditemuduga secara atas talian dalam masa yang sama atau dijemput untuk hadir ke cawangan Chicken Royale yang dimaklumkan. Dalam pada itu, anda perlu peka dengan makluman pihak pengurusan agar anda tidak melakukan kesilapan.

Dengan mengikut langkah-langkah permohonan ini, diharapkan urusan permohonan kerja anda berjalan lancar dan diterima untuk bekerja. Pastikan anda memantau makluman terbaru daripada bakal majikan agar permohonan kerja anda tidak terlepas peluang.

Kelebihan Bekerja di Chicken Royale

Pihak chicken royale menawarkan yang terbaik untuk para pekerja mereka. Selaku syarikat f&b yang berkualiti cemerlang, berikut adalah kelebihan bekerja dibawah chicke royale:

  1. Disediakan KWSP dan SOCSO
  2. Tawaran gaji yang lumayan
  3. Latihan disediakan
  4. Suasana kerja yang sesuai dan mesra pekerja

Jadi, dengan keadaan syarikat yang kukuh dan berjenama serta popular pastinya akan memberi anda kelebihan sekiranya terpilih untuk bekerja. Semoga urusan permohonan anda dipermudahkan dan selamat maju jaya!

Soalan FAQs Berkenaan Mohon Kerja Chicken Royale

Apa yang perlu saya tahu tentang Chicken Royale sebelum memohon kerja?

Merupakan sebuah rangkaian restoran f&b yang menyajikan menu-menu makanan yang viral. Popular dengan ayam goreng yang ranggup dan mempunyai cheese yang banyak.

Apa jawatan yang ditawarkan di Chicken Royale?

Chicken Royale menawarkan pelbagai jawatan, termasuk Crew, Kitchen Crew, Supervisor, Marketing, Finance, HR, dan Customer Services.

Apakah syarat kelayakan umum untuk memohon kerja di Chicken Royale?

Untuk memohon kerja di Chicken Royale di Malaysia, anda perlu memenuhi syarat kelayakan umum berikut:
✔Warganegara Malaysia.
✔Berumur 18 tahun ke atas.
✔Kelayakan umum minimum adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati