Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Buang Angin Dalam Badan Atau Kembung Perut Dengan 4 Cara Mudah

CARA BUANG ANGIN DALAM PERUT

Bagaimana cara buang angin dalam badan? Angin dalam badan atau kembung perut adalah satu keadaan yang boleh mengakibatkan individu merasa tidak selesa sepanjang hari. Masalah kembung ini terjadi apabila badan kita mengeluarkan angin secara berlebihan dan anginnya adalah kekal di dalam perut ataupun usus.

Masalah kembung perut ini tidak merbahaya dan antara gejala kembung perut ini ialah seperti sendawa secara tiba-tiba dan perasaan kembung merasa perut penuh serta tidak selesa sepanjang hari. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah angin dalam badan atau kembung perut ini terdapat cara buang angin dalam badan yang anda perlu ketahui.

Badan Kurang Selesa Kerana Masalah Angin Dalam Badan

Apakah Itu Angin Dalam Badan?

cara buang angin dalam badan

Masalah angin dalam badan adalah berpunca daripada udara yang ditelab dan boleh terjadi apabila seseorang itu tertekan dan situasi ini menyebabkan lebih kerap menelan udara tanpa disedari. Masalah ini juga terjadi kerana proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar tidak dapat menghadamkan sepenuhnya.

Gas yang dihasilkan adalah biasen, nitrogen dan adalahnya juga adalah methana. Terdapat beberapa cara buang angin dalam badan yang boleh anda amalkan.

Sebab-sebab Timbul masalah Angin Dalam Badan Atau Kembung Perut

Bagi faktor ataupun penyebab perut kembung boleh dibahagikan kepada dua iaitu sama ada disebabkan oleh penyakit dan bukan penyakit.

Faktor Penyakit

  • Irritable Bowel Syndrome (IBS)
  • Gastroentritis
  • Diverticulosis atau Diverticulitis
  • Penyakit seliak (Coeliac Disease)
  • Ketidakhadaman

Faktor Bukan Berpenyakit

  • Makan makanan yang banyak gas seperti kekacang, bawang, brokoli bunga kobis, Asparagus, buah pir, epal, buah pic, gula-gula getah, roti gandum, bijiran bran, bir, soda, minuman berkarbonat, susu, aiskrim dan lain-lain. Makanan ini boleh mengeluarkan gas yang banyak.
  • Makan makanan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan. Apabila kita memakan lemak perut akan merasa cepat penuh.
  • Tabiat makan atau minum terlalu cepat. Keadaan ini akan menyebabkan anda tertelan banyak udara yang menyebabkan perut cepat kembung. Keadaan food intolerance ataupun masalah intoleransi makanan seseorang itu tidak mampu mencerna atau tidak dapat menghadam makanan tertentu dan apabila ini berlaku ia boleh mengakibatkan pengeluaran gas secara berlebihan, terasa mual dan juga cirit birit.
  • Lacstose intolerance juga antara sebab kembung perut yang dimana keadaan seseorang tidak dapat mencerna minuman susu dengan baik dan mengakibatkan angin dalam badan.

Jika anda mendapati terdapat sebab-sebab seperti di atas menyebabkan anda merasa angin dalam badan dan perut kembung. Seterusnya,adalah diberikan cara buang angin dalam badan santau kembung perut yang anda boleh ikuti untuk memudahkan anda membuang angin dan menghilangkan ketidakselesaan dalam badan.

Buang Angin Dalam Perut dan Badan Dengan Betul

Petua dan Cara Buang Angin Dalam Badan

cara buang angin dalam badan melalui halia

Terdapat banyak cara buang angin dalam badan yang mudah dan senang serta menjimatkan kos yang anda boleh guna. Cara buang angin dalam badan yang betul juga boleh memberikan kesan jangka masa panjang kepada seseorang.

Berikut adalah beberapa petuan dan cara buang angin dalam badan dengan mudah dan praktikal:

  1. Hentikan makan makanan yang banyak angin. Memakan makanan banyak angin adalah punca perut kembung dan menimbulkan ketidakselesaan. Antara makanan banyak angin adalah makanan pedas, keledek, nangka dan berlemak serta air berkarbonat. Jika ingin memakana juga, perlu mengawal pengambilan.
  2. Mengamalkan minuman air halia. Sangat mujarab dan memberi kesan yang segera. Halia yang mengandungi serotonin sangat berupaya untuk membuang angin dalam badan anda secara semula jadi. Cara penyediaannya juga mudah dengan memotong kecil halia dan hiri secara kecil kemudiannya masukkan dalam gelas berisi air suam lalu campurkan sekali lemon atau madu sebagai perasai enak.
  3. Lakukan senaman badan secara kerap. Kesan baik daripada senaman adalah ia akan mengeluarkan peluh dan angin dalam masa yang sama. Dengan renggangan otot akan menolak angin keluar daripada badan. Senaman yoga adalah antara yang mudah untuk anda lakukan dan berkesan.
  4. Mengamalkan makan sup panas. Sup panas sangat memberi bantuan kepada tubuh kita melalui kepanasannya ia mampu menghilangkan angin dalam badan dan menjadikan kita tidak lesu.

Penting untuk anda amalkan beberapa petua dan cara yang betul untuk memastikan tubuh badan anda sentiasa di peringkat yang terbaik.

Keadaan yang Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor Apabila Perut Kembung

Terdapat beberapa kaedaan yang anda perlu cakna dan ambil berat sekiranya angin dalam badan anda serta perut kembung semakin melarat adalah perlu untuk anda merujuk kepada doktor. Berikut adalah beberapa situasi yang perlu anda ambil cakna dan perlu berjumpa doktor segera:

  • Sekiranya anda mengalami sakit perut yang teruk ataupun berpanjangan dan najis anda itu ada darah ataupun berwarna gelap yang ini anda wajib berjumpa doktor.
  • Masalah seperti cirit birit muntah dan lain-lain
  • Demam dengan suhu yang tinggi
  • Pedih ulu hati yang serius
  • Kehilangan berat badan tanpa ada punca yang jelas

Sekiranya gejala-gejala ini semua berlaku anda wajib dan perlu berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sesuai.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati