Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Perbezaan MRTT dan MLTT Dalam Pembelian Rumah Yang Wajib Anda Tahu

MRTT dan MLTT

Di Malaysia ramai yang mula membeli rumah dan mula mengetahui kepentingan MRTT dan MLTT yang diperlukan untuk membeli rumah dan apa yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu. Mungkin ramai yang sudah mengenali apa itu MRTT dan MLTT yang berfungsi untuk melindungi hartanah dan dalam masa yang sama ia juga melindungi anda serta orang tersayang anda.

Namun, terdapat perbezaan MRTT dan MLTT yang tidak semua orang ketahui.  Secera umunya, kedua-duanya adalah produk dari insuran Takaful yang bertindak untuk melindungi diri anda sekiranya terjadi sebarang kemalangan yang serius atau yang menyebabkan kematian.

Sebagai perkongsian kali ini kita akan membincangkan topik berkenaan perbezaan MRTT dan MLTT yang sepatutnya semua orang perlu tahu sebelum membeli apa-apa jenis Hartanah.

Pengenalan MRTT dan MLTT Mengikut Terma Semasa

Kedua-duanya adalah merupakan jenis insurans takaful yang ditawarkan kepada para pembeli rumah. Ia adalah bertujuan yang sama iaitu untuk membantu para pengguna. Tetapi, untuk fungsi MRTT dan MLTT terdapat penjelasan yang berbeza. Untuk itu anda boleh merujuk dan mengetahui lebih terperinci apakah itu MRTT dan MLTT.

Apakah Itu MRTT?

Mrtt dan mltt
Perbezaan MRTT dan MLTT Dalam Pembelian Rumah Yang Wajib Anda Tahu 5

MRTT atau dikenali juga dengan nama panjang “Mortgage Reducing Term Takaful” ialah merupakan sebuah produk insurans takaful yang diwujudkan khas untuk memberi sokongan kewangan sekiranya timbul kecacatan kekal atau “total permanent disability” serta kes kematian.

Secara umumnya insuran MRTT ialah satu jenis jaminan kewangan yang dapat melindungi nilai pinjaman perumahan anda itu bila-bila masa yang tertentu.

Sekiranya jumlah pinjaman perumahan anda berkurangan, perlindungan yang disediakan daripada MRTT juga akan berkurangan dan itulah definisi yang dimaksudkan dengan “mortgage reducing” yang bermakna pengurangan gadai janji di dalam terma MRTT.

MRTTPenerangan
Kaedah PembayaranBayaran sekaligus pada masa pembelian dilakukan dan kebiasaannya sebahagian daripada jumlah penuh pengguna boleh bayar menggunakan pinjaman perumahan.
FungsiSekiranya berlaku kes kematian dan MRTT boleh digunakan dalam membayar baki jumlah pinjaman perumahan anda.Ia akan dibayar terus kepada institusi kewangan yang anda membuat pinjaman. Disini, jelasnya ia membantu dalam kestabilan kewangan dan urusan berkaitan dengan rumah melibatkan keluarga selepas kematian anda.

Polisi mrtt adalah jelas yang mana ia dikira bersandarkan tempoh pinjaman perumahan anda.  sebagai contohnya pihak insurans akan memadamkan tempoh dan pengurangan jumlah dengan pinjaman perumahan anda dalam penggunaan insuran ini. 

Apakah ittu MLTT

Mrtt dan mltt

Bagi maksud MLTT ianya adalah “Mortgage Level Term Takaful”  yang diwujudkan dan memberi perkhidmatan dalam jaminan kewangan kepada keluarga anda sekiranya terjadi kes kematian atau kecacatan yang kekal serta lumpuh.

Untuk perlindungan yang disediakan adalah menurut jumlah yang dilindungi akan kekal sepanjang tempoh pelan insuran itu diambil dan itu adalah definisi sebenar maksud Takaful yang kebiasaan.

Sekiranya terjadi kematian atau apa-apa kecacatan yang kekal, MLTT akan memainkan peranan dalam membayar baki pinjaman perumahan anda secara terus kepada pihak bank.Serta jumlah baki daripada jumlah yang dibayar untuk insurans akan diberi secara terus kepada penerima manfaat yakni beneficiary.

MLTTPenerangan
Kaedah BayaranBayaran bulanan sepanjang tempoh pinjaman perumahan yang dibuat.  pembayaran juga tidak boleh dibayar menggunakan pinjaman perumahan yang sama seperti mrtt dan mesti dibayar oleh pengguna secara ansuran bulanan.
FungsiMelindungi nilai pinjaman perumahan anda dan dalam masa yang sama Ia juga menyediakan kewangan tambahan untuk keluarga dan orang yang tersayang sekiranya berlaku kes kematian  atau kecacatan kekal.

MRTT dan MLTT Dalam Urusan Pembelian Rumah

Perbezaan Diantara MRTT dan MLTT

Mrtt dan mltt

Dalam membuat pemilihan diantara dua jenis insurans perumahan ini, kita perlu membuat perbandingan dan mengetahui perebezaan diantara dua ini. Terdapat kelebihan dan kekurangan apabila kita membuat perbandingan namun persamaannya adalah tetap sama iaitu untuk melindungi.

Berikut adalah jadual bagi perbezaan insurans MRTT dan MLTT:

MRTTMLTT
PerlindunganRM297,000RM297,000
BulananRM102.08RM154.00
Jumlah bayaran selepas 35 tahunRM42,873.60RM64,680.00
Pulangan selepas 35 tahun0Est. RM50,000
KerugianRM42,873RM14,680.00
Jika berlaku kematian sepanjang tempoh pinjamanMRTT akan membayar baki pinjaman. Tiada lebihan.MLTT akan membayar JUMLAH PERLINDUNGAN tolak baki pinjaman. Lebihan akan diberikan kepada waris.
Jika TPD/CIMasih perlu bayarTidak perlu
Tambahan perlindunganJika berlakuJika berlaku
Kematian akibat kemalanganRM297,000RM594,000
Kematian akibat kenderaan awamRM297,000RM891,000
Kematian akibat kemalangan di luar negaraRM297,000RM1,188,000

Cara Mohon MRTT dan MLTT

Setelah anda membuat keputusan dan memilih untuk membuat pemilihan rumah yang anda minati. Langkah seterusnya adalah anda perlu membuat pemilihan dalam jenis insurans takaful. MRTT dan MLLTT adalah insurans yang sesuai untuk perelumahan anda.

Untuk memohon MRTT atau MLTT, anda perlu merujuk kepada beberapa perkara dibawah:

  • Semak tempoh MRTA cukup tempoh atau tidak bersama dengan pinjaman perumahan anda.
  • Semak tahap kesihatan anda yang baik dan tiada sejarah penyakit.
  • Sebelum mohon, pastikan anda dapat sign SNP dan sudah kunci.

Sekiranya perkara di atas telah anda mencukupi, anda boleh membuat permohonan untuk mengambil insurans takaful jenis MRTT atau MLTT. Untuk dapatkan insuran tersebut, anda boleh merujuk kepada pihak ejen insurans atau syarikat konsultasi yang menawarkan perkhidmatan insurans.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati