Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

6 Manfaat Acid Folic Untuk Wanita Merancang Kehamilan dan Wanita Hamil

Acid Folic : 6 Manfaat Untuk Wanita Merancang Kehamilan dan Wanita Sedang Hamil

Jangan makan acid folic! Nanti gemuk, betul ke ? Acid folic adalah vitamin B9 merupakan vitamin mudah larut dalam air yang mana terdapat dalam sayuran hijau pekat, seperti brokoli, sayur bayam, kangkung dan kurma. Vitamin B9 memainkan peranan yang besar dalam menjaga kesihatan tubuh serta memastikan fungsi badan berjalan dengan lancar serta proses pembentukan sel dan DNA.

Selain itu vitamin B9 juga berfungsi untuk menyokong pembentukan awal janin terutamanya untuk mencegah berlakunya kecacatan tabii pada bayi. Dalam artikel ini, admin akan kongsikan lebih lanjut mengenai acid folic serta manfaat dan kepentingan dalam memastikan kesihatan janin.

Amalkan Acid Folic : Binaan Sel, Pembentukan Sempurna dan Mencegah Kecacatan!

20231215 075005 0001 1

Apakah itu acid folic?

Acid folic ataupun folik asid merupakan salah satu komponen vitamin B9 (folate) yang digunakan oleh tubuh badan, untuk penghasilan sel-sel baharu. Acid folic ini tidak terhasil secara semula jadi dan kebanyakan disediakan dalam bentuk supplement serta diperkaya dalam makanan. Contohnya: roti, bijirin pasta dan juga nasi.

Jadi, apa kebaikan acid folic terutamanya untuk ibu mengandung? Asid folik ini penting dalam penghasilan sel darah merah, dan juga sel-sel lain dalam tubuh badan seperti kuku, rambut, kulit, saraf dan juga otak.

Manfaatnya : untuk kesihatan anda dengan acid folic, Pembinaan, kesuburan dan Perlindungan Janin.

Sekiranya kita mengambil acid folic dalam jumlah yang mencukupi, ia akan memberi impak yang positif kepada tubuh kita dengan pelbagai cara. Salah satu manfaatnya adalah:

20231215 075006 0002

1. untuk wanita hamil dan merancang kehamilan

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Obstetrics and Gynaecology Canada menggariskan bahawa pengambilan acid folic sebelum dan semasa awal kehamilan mengurangkan risiko cacat pada janin termasuk pada otak bayi (anencephaly) dan tulang belakang (spina bifida). Kajian ini menekankan kepentingan acid folic dalam pemeliharaan kesihatan sebelum dan semasa kehamilan bagi wanita.

Oleh itu, kebanyakan doktor sarankan pengambilan 400 mikrogram asid folik setiap hari bagi wanita yang merancang kehamilan dan dalam tempoh awal kehamilan. Asid folik adalah nutrien yang selamat biasanya tidak menyebabkan kesan sampingan yang serius, walau bagaimanapun sebaiknya berbincang dengan doktor mengenai pengambilan dos yang di sarankan.

2. Kesuburan wanita

Folik asid memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kesuburan wanita. Kajian menunjukkan bahawa folik asid membantu meningkatkan peluang kehamilan. Oleh itu pengambilan folik asid sebelum kehamilan dapat menjaga keseimbangan hormon dan kitaran haid yang sihat yang keduanya penting dalam meningkatkan kesuburan.

Pakar kesihatan sentiasa sarankan folik asid kepada wanita yang merancang kehamilan atau yang ingin meningkatkan kesuburan.

3. Mengurangkan risiko sumbing pada bayi

Kebanyakan kes sumbing berlaku dalam tempoh awal kehamilan ketika saraf bayi sedang berkembang. Oleh itu, pengambilan folik asid sebelum kehamilan pada trimester pertama amat penting. kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid folik secara berkala sebelum dan semasa awal kehamilan dapat mengurangkan risiko sumbing terutama tulang belakang dan sumbing mulut, kepala sehingga 70%.

Dengan kesedaran akan kepentingan asid folik dan pengambilannya yang mencukupi sebelum dan semasa kehamilan ibu dapat mengurangkan risiko sumbing pada bayi serta memberi peluang kepada bayi untuk berkembang secara sihat tanpa kecacatan saraf yang boleh dicegah.

4. Mengurangkan komplikasi sepanjang kehamilan

Asid folic membantu dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan anemia pada ibu hamil yang boleh memberi kesan buruk kepada ibu dan bayi. Selain itu juga pengambilan asid folik secara berkala sebelum dan semasa kehamilan berkait rapat dengan pengurangan risiko praeklampsia, iaitu tekanan darah tinggi yang boleh berlaku semasa kehamilan.

5. Kesihatan jantung

Asid folik juga dikenali sebagai vitamin B9 memainkan peranan penting dalam proses metabolisme homosistein dalam tubuh. Tahap tinggi homosistein dalam darah dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung kononari. Jelaslah bahawa pengambilan asid folik membantu menurunkan tahap homosistein. Dengan demikian dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

6. kesihatan otak

Selain itu, pengambilan asid folik yang mencukupi juga dikaitkan dengan peningkatan cara otak memproses. Terdapat kajian menunjukkan bahawa asid folik berperanan dalam menjaga kesihatan otak dan fungsi kognitif termasuk proses pemikiran dan ingatan. Ini menunjukkan bahawa asid folik bukan sahaja baik untuk kesihatan jantung tetapi juga dapat membantu dalam pencegahan atau penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer atau parkinson.

Kesimpulan, pengambilan folid asid yang cukup sebelum dan semasa kehamilan akan membantu melindungi bayi anda daripada pelbagai masalah kesihatan seperti, bibir sumbing, kelahiran bayi pra-matang, bayi kurang berat, risiko keguguran serta dapat membantu mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kongenital otak atau tulang belakang termasuklah neural tube defect seperti spina bifida dan anencephaly.

Berapa banyak folik asid yang diperlukan?

Wanita yang sedang hamil atau merancang untuk kehamilan harus mengambil sebanyak 400mcg setiap hari bagi mengelakkan risiko kecacatan pada bayi dan sebaiknya diambil sebulan sebelum kehamil dan juga 3 bulan pertama kehamilan untuk kehamilan yang lebih sihat.

Apakah jenis supplement folik asid yang dijual di farmasi?

Ada banyak jenis brand yang dijual di farmasi. Antaranya:
1. Appeton Essentials (1 biji 1kali sehari sebelum makan)
2. Maltofer (Perisa coklat dikunyah selepas makan)
3. New Obimin ( 1 biji 1 kali sehari selepas makan)
4. Zincofer ( satu biji 1 kali sehari selepas makan)
5. Sangobion (1 @ 2 biji sekali sehari selepas makan)
6. Iberet Folic (1biji 1 kali sehari sebelum makan)

Apakah manfaat folik asid untuk kaum lelaki?

Asid folik sangat baik untuk kesuburan lelaki dengan cara ia mengurangkan kecacatan sperma lelaki mengurangkan kecacatan sperma dan merupakan penting dalam membantu proses permatogenesis. Untuk penghasilan sperma yang berkualiti.

Siapa yang bolen amalkan folik asid ?

1. Wanita hamil
2. Wanita yang sedang merancang kehamilan
3. Lelaki

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati