Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Penjelasan Air Mani Perempuan dan Makanan Banyakkan Air Mani Perempuan

Penjelasan Air Mani Perempuan dan Makanan Banyakkan Air Mani Perempuan

Ramai yang tertanya-tanya berkenaan air mani perempuan adakah ianya adalah sama seperti air mani lelaki yang mana mempunyai sperma dan warna yang lebih sama? Pelbagai persoalan yang timbul kerana bagaimana seorang perempuan juga boleh mempunyai air mani.

Kejadian manusia yang unik sehinggakan mempunyai air mani yang berlainan jantina di antara air mani lelaki dan air mani perempuan adalah dari jenis air yang berbeza. Bagi mendapatkan informasi lebih laju berkenaan air mani merupakan ada boleh merujuk pada perkongsian kami kali ini. 

Apakah Itu Air Mani Perempuan?

Air mani perempuan ialah sejenis cecair yang keluar daripada faraj semasa melakukan hubungan persetubuhan atau onani. Seorang wanita akan bererjakulasi melalui saluran uretra ketika terasa terangsang semasa persetubuhan atau melakukan onani.

image 489

Saluran uretra merupakan saluran yang sama di mana air kencing maka turut luar daripada tubuh badan wanita. Menurut kajian sebanyak 10% sehingga 5% wanita akan melalui proses ejakulasi semasa melakukan hubungan persetubuhan.

Contoh Air Mani Perempuan dan Ciri-Ciri

image 488
Penjelasan Air Mani Perempuan dan Makanan Banyakkan Air Mani Perempuan 5

Terdapat pengetahuan mengenai contoh dan ciri-ciri air mani perempuan. Berikut adalah ciri-ciri air mani perempuan:

  • Tekstur : Melekit, kesat namun masih juga terasa licin (halus). Apa yang dimaksudkan kesat tu, apabila dibasuh dengan air biasa masih meninggalkan kesan pada tangan. (Sama macam jenis air mani lelaki)
  • Warna : Warna air mani perempuan ialah warna putih telur separuh masak. Ada yang jenis kekuningan, Seaakan-akan putih.
  • Kuantiti : Sekiranya dirangsang dengan baik ia akan keluar sangat banyak. Biasanya keluar secara meleleh daripada faraj dengan rasa puas kenikmatan.
  • Bau : Sama seperti air mani lelaki iaitu bau seperti tepung yang diuli apabila ia basah atau berbau hanyir seperti bau putih telur jika ia kering tapi tidak kuat. Masih mempunyai bau air mazi juga.

Air Mani Perempuan Menurut Islam

Menurut islam, Wanita juga mengeluarkan air mani sebagaimana disebutkan pada hadits berikut:

Dari Tsauban, Hamba Nabi shallallahu’alaihi wasallam beliau berkata,

“Suatu ketika aku berdiri di sisi Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam kemudian datanglah seorang pendeta Yahudi, lalu iapun berkata, ‘Aku datang untuk bertanya kepada Anda tentang anak.’
Jawab Nabi shallallahu’alaihi wasallam, ‘Mani laki-laki berwarna putih, mani perempuan berwarna kuning. Jika keduanya berkumpul lalu mani laki-laki mengalahkan mani perempuan maka anak yang akan lahir adalah laki-laki, dengan izin Allah. Namun jika mani perempuan mengalahkan mani laki-laki maka yang akan lahir adalah anak perempuan dengan izin Allah.’ Lantas pendeta Yahudi tadi berkata, ‘Anda benar.’”

Riwayat Muslim (315)

Adakah Air Mani Perempuan Kena Mandi Wajib?

Hukum bagi air mani perempuan yang keluar adalah diwajibkan untuk mandi wajib. Perkara ini telah dijelaskan oleh Nabi SAW melalui hadis:

“Rasulullah SAW telah ditanya tentang seorang lelaki yang mendapati dirinya basah tetapi dia tidak ingat mimpinya. Rasulullah SAW menjawab: Dia hendaklah mandi. Baginda juga ditanya tentang seorang lelaki yang bermimpi tetapi mendapati dirinya tidak basah. Baginda menjawab: Dia tidak wajib mandi. Kemudian Ummu Sulaim pula bertanya: Jika perempuan bermimpi demikian, adakah dia wajib mandi? Rasulullah SAW menjawab: Ya, kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki.” 

Riwayat Abu Daud (236)

Makanan Untuk Banyakkan Air Mani Perempuan

image 490

Terdapat beberapa makanan berkhasiat untuk banyakkan air mani perempuan dan memberi kualiti yang terbaik. Berikut adalah senarai makanan untuk banyakkan air mani perempuan:

  • Sayur-sayuran : Diperkaya dengan vitamin E, magnesium serta kalsium yang baik untuk otot dalam tubuh khususnya pada otot faraj.
  • Buah Avokado : Mempunyai kandungan tinggi lemak sihat. Ada potasium serta vitamin B6 yang mampu meningkatkan libido, estrogen dan lubrikasi terhadap faraj wanita.
  • Buah Kranberi : Kandungan tinggi sebatian asid, antioksidan, vitamin C dan vitamin E.
  • Kacang soya : Mempunyai khasiat phytoestrogens bagi menambah estrogen serta membantu mengatasi masalah seperti faraj kering.
  • Buah Epal : Peranan phytoestrogen phloridzin merangsang fungsi seksual serta orgasm seseorang.
  • Ubi kentang : Tinggi vitamin A dan mempunyai Beta Karoten.

Soalan FAQs Berkenaan Air Mani Perempuan

Adakah perempuan boleh mengeluarkan air mani?

Iya, perempuan boleh mengeluarkan air mani mereka sendiri.

Adakah wanita perlu mandi wajib jika keluar air mazi?

Tidak perlu, air mazi hanyalah air yang keluar kerana orgasm.

Kenapa perempuan keluar air mazi?

Perempuan keluar air mazi boleh jadi atas sebab merasa teransang.

Kenapa lelaki lambat keluar air mani?

Bergantung atas klimaks dan keteransangan seseorang lelaki.

Bagaimanakah perempuan boleh keluar air mani?

Perempuan boleh keluar air mani ketika teransang, onani dan bersetubuh.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati