Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Bayar Saman JPJ Online Melalui Laman dan Aplikasi MySikap yang Menyediakan 30 Perkhidmatan Lain

Cara Bayar Saman JPJ Online Melalui Laman dan Aplikasi MySikap

Tanggungjawab rakyat Malaysia jelaskan dan bayar saman JPJ online untuk Setiap kesalahan yang dicatatkan oleh JPJ. Penggunaan laluan di jalanraya mestilah mengikut panduan dan ketetapan undang-undang jalan raya.

Kegagalan seseorang individu membuat pemanduan yang baik boleh menyebabkan diri individu dikenakan saman dan dihadapkan mahkamah. Mengikut rekod, sebanyak ratusan saman telah dikeluarkan oleh pihak JPJ dan adalah dituntut untuk rakyat Malaysia bayar saman JPJ online sebagai pemudah cara.

Kesalahan JPJ dan Jenis Saman yang Dikeluarkan JPJ

Kategori Kesalahan JPJ Bagi Pengguna Jalanraya

Kategori Kesalahan JPJ Bagi Pengguna Jalanraya

Pihak JPJ telah menggariskan beberapa panduan untuk kategori kesalahan. kategori ini dikelaskan bagi membeza-bezakan jenis kesalahan di jalanraya. Berikut adalah kategori kesalahan JPJ untuk pengguna jalanraya:

  • Kategori 1 – Kesalahan menyumbang kepada kadar kemalangan jalanraya, kesesakan lalulintas dan kesalahan yang berkait dengan perkhidmatan teksi.
  • Kategori 2 – Kesalahan yang aktif dan berkait rapat dengan tingkah laku negatif pemandu dan kesalahan teknikal pada kenderaan yang boleh menyumbang kepada kemalangan jalanraya.
  • Kategori 3 – Kesalahan yang pasif yang berkait rapat dengan kesalahan teknikal pada kenderaan yang boleh meningkatkan risiko kemalangan kepada pihak lain dan juga kesalahan yang menyebabkan kenderaan tidak selamat digunakan.
  • Kategori 4 – Lain-lain kesalahan selain daripada Kategori 1,2 dan 3 (yang tidak menyumbang kepada kemalangan jalan raya)

Terdapat lebih 800 jenis kesalahan JPJ keluarkan untuk pengetahuan pengguna. Penting untuk para pengguna jalanraya mengetahui jenis kesalahan dan ikut kategori kesalahan. Boleh rujuk laman web rasmi JPJ untuk lebih lanjut.

Jenis Saman yang Dikeluarkan JPJ

Menurut JPJ,saman yang dikeluarkan oleh JPJ terbahagi kepada dua iaitu saman yang boleh dikompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun. Berikut adalah penerangan jenis saman:

  1. Saman yang boleh dikompaun, boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut.
  2. Saman yang tidak boleh dikompaun hendaklah diselesaikan urusan perbicaraan di Mahkamah yang ditetapkan dalam notis saman.

Kaedah Pembayaran Saman JPJ

Cara Bayar Saman JPJ Online Melalui Laman dan Aplikasi MySikap

Pihak JPJ sentiasa mempertimbangkan perkhidmatan yang lebih mesra untuk pengguna. Terdapat dua kaedah pembayaran saman JPJ. Berikut adalah kaedah bayar saman JPJ:

  1. Pembayaran saman di Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ.
  2. Pembayaran saman secara online melalui perkhidmatan Mysikap,e-Services, MyEG dan Rilek.

Bagi penerangan lengkap kaedah bayar saman JPJ online anda boleh rujuk cara dan panduan dibawah.

Aplikasi dan Laman Mysikap JPJ Untuk Bayar Saman Online dan Perkhidmatan JPJ Lain

Penggunaan Mysikap JPJ Untuk Perkhidmatan Online

Cara Tukar Nama Kereta Online Melalui Laman JPJ Mysikap

Untuk mendapatkan akses ke laman rasmi JPJ, anda boleh menggunakannya melalui layari pautan Mysikap atau penggunaan aplikasi Mysikap. Berikut adalah pautan untuk anda mengakses laman web Mysikap JPJ dan aplikasi Mysikap:

Cara Bayar Saman JPJ Online Melalui Laman Mysikap JPJ

Cara Check Saman JPJ Melalui Portal Mysikap JPJ

Kesalahan JPJ adalah boleh anda jelaskan secara atas talian melalui inisiatif laman web MySikap yang dikuasakan oleh JPJ. Terdapat beberapa keistimewaan dan kemudahan untuk anda dalam membuat semakan saman dan bayar saman JPJ online. Berikut adalah cara bayar saman JPJ online di Mysikap JPJ:

  1. Pergi ke laman web mysikap JPJ .
  2. Log masuk jika sudah tersedia akaun, daftar baharu jika belum.
  3. Rujuk menu di paparan utama, pilih ‘Kesalahan dan Penalti”.
  4. Ditunjukkan maklumat berkenaan nama, no IC, dan jenis kategori anda.
  5. Boleh pilih semakan jenis yang mana ikut kehendak anda berkenaan saman JPJ.
  6. Kenal pasti saman anda, dan boleh pilih kaedah bayar saman JPJ online.
  7. Ikuti arahan pembayaran dan anda akan mendapat resit bayaran.

Untuk panduan yang lebih jelas, anda boleh ikuti tutorial video lengkap cara bayar saman JPJ online secara lengkap dibawah:

Dengan menggunakan laman Mysikap ini, anda juga boleh mengakses perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh pihak JPJ seperti memperbaharui lesen, tukar nama motor dan kereta serta lain-lain perkhidmatan.

Jenis-Jenis Perkhidmatan yang Ditawarkan Oleh mySIKAP JPJ

image 126

Terdapat banyak tawaran perkhidmatan yang disediakan oleh JPJ melalui aplikasi mySIKAP. Berikut adalah senarai perkhidmatan yang disediakan oleh mySIKAP :

  1. Permohonan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  2. Permohonan Salinan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  3. Permohonan Pek Maklumat Kenderaan
  4. Permohonan Pengisytiharan Kenderaan Tidak Beroperasi
  5. Permohonan Menggunakan Semula Nombor Pendaftaran Hilang/ Curi
  6. Permohonan Menggunakan Semula Nombor Pendaftaran Total Loss
  7. Permohonan Mendapatkan Status Kenderaan Vintaj/ Klasik
  8. Permohonan Bagi Mendapatkan Kelulusan Membaiki Kenderaan Akibat Kemalangan
  9. Permohonan Cop Semula No. Casis
  10. Permohonan Cop Semula No. Enjin
  11. Permohonan Bagi Permohonan Pemasangan Lampu Mata Arah
  12. Permohonan Pengubahsuaian Kenderaan
  13. Permohonan Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
  14. Permohonan Pengesahan Lesen Memandu
  15. Permohonan Salinan Lesen Memandu
  16. Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran
  17. Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar)
  18. Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Baharu)
  19. Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh
  20. Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  21. Semakan Pertukaran Lesen Memandu
  22. Semakan Keputusan Ujian Memandu Bahagian 1/ Vokasional/ Praktikal
  23. Semakan Tarikh Ujian Memandu di Institut Memandu/Sekolah Memandu
  24. Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu
  25. Semakan Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara (Non Automatic)
  26. Semakan Tempoh Permit Institut Memandu/ Sekolah Memandu
  27. Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini
  28. Semakan Saman
  29. Semakan Senarai Hitam
  30. Bayaran Saman

Bagi sebarang pertanyaan berkenaan urusan JPJ, anda boleh menghubungi di talian:

  • +60 3 8000 8000 (Umum)
  • +60 3 8881 0194 (Faks)

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati