Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong JKR Disember 2023

jawatan kosong JKR disember 2023

Pemberitahuan jawatan kosong JKR Disember 2023. Untuk makluman kepada anda semua, pihak JKR dengan sukacitanya mengumumkan pengambilan kerja bagi bulan Disember 2023. Ini adalah kerana pihak JKR sedang mencari golongan yang sudi mencurahkan bakti dalam jabatan perkhidmatan kerja raya ini.

Kepada para calon yang berminat untuk mengemukakan permohonan, adalah boleh merujuk kepada pemberitahuan dan maklumat jawatan kosong JKR Disember 2023 yang berkenaan syarat-syarat, kelayakan dan cara permohonan.

Maklumat Jawatan Kosong JKR Disember 2023

Pengambilan JKR Dibuka Kepada Orang Ramai

Mereka yang ingin bekerja dibawah sektor awam, ini adalah masa yang sesuai untuk anda dalam membuat permohonan yang lengkap dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Untuk itu, anda boleh membuat penelitian kepada maklumat berkenaan jawatan kosong JKR Disember 2023 seperti maklumat dibawah.

Tawaran Kerja Oleh JKR Bagi Bulan Disember 2023

Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan jawatan kosong JKR Disember 2023 yang anda boleh dalami maklumat rasmi seperti dibawah:

MaklumatPenerangan
JawatanPenolong Jurutera Gred JA29 (Personel Mystep)
Taraf JawatanKontrak
Kekosongan2 Kekosongan
Kadar UpahRM1,900.00
LokasiJabatan Kerja Raya Negeri (JKR) Pahang

Tempoh Permohonan Jawatan Kosong JKR Disember 2023

Jawatan Kosong JKR Disember 2023
Jawatan Kosong JKR Disember 2023

Permohonan mestilah dibuat sebelum 18 Disember 2023 iaitu bersamaan hari isnin. Bagi permohonan yang tamat tempoh, ianya adalah tidak sah.

Kelayakan Kerja di JKR Pahang Bulan Disember 2023

Berikut adalah beberapa kelaykan permohonan yang telah ditetapkan oleh JKR Pahang dalam membuat permohonan, para calon hendaklah memenuhi syarat seperti:

  1. Seorang warganegara Malaysia;
  2. Mereka yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Mestilah mempunyai Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  4. Mestilah mempunyai pengetahuan dalam bidang teknolongi maklumat (IT) dan berkemahiran dalam infografik; (e.g.: Canva/Prezi/Filmora atau setaraf, Microsoft Office terutamanya Microsoft Word, Excel dan Power Point).
  5. Mestilah mempunyai kemahiran dalam pengendalian media sosial terkini; dan
  6. Mestilah mampu mengendalikan kamera DSLR atau mempunyai skill dalam mengambil gambar yang setaraf.

Keterangan Skop Tugasan Kerja

Anda perlulah memahami apakah skop kerja bagi jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 (Personel Mystep) supaya anda telah bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang bakal diberikan dan membuat persiapan yang baik.

Berikut adalah deskripsi tugasan:

  • Perlu menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang mana ia memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang pejabat;
  • Memberi bantuan dari segi penyediaan rekod gambar kemajuan dan perkembangan terkini projek pembangunan JKR Pahang;
  • Bertanggungjawab dalam membantu Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang dalam pengurusan yang melibatkan program-program rasmi Jabatan

Nota : Bagi pekerja yang berjaya dipilih akan tertakluk kepada peraturan semasa kerajaan negeri Pahang dan Malaysia yang berkuat kuasa mengikut pindaan-pindaan yang telah ditetapkan mengikut semasa ke semasa.

Cara Permohonan Jawatan Kosong JKR Disember 2023

Jawatan Kosong JKR Disember 2023

Bagi permohonan, para calon boleh membuat permohonan secara penghantaran ke alamat rasmi yang telah ditetapkan dalam urusan permohonan kali ini. Permohonan para calon hendaklah dihantar ke alamat:

Unit Sumber Manusia,
Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang,
Tingkat 12, Kompleks Tun Razak Bandar Indera Mahkota,
 25582 KUANTAN

Sila pastikan juga untuk anda membuat permohonan dengan menyediakan beberapa dokumen sokongan dan penting seperti dinyatakan dibawah. Bagi sebarang persoalan dan pertanyaan, boleh hubungi talian 09-571 7000.

Dokumen yang Perlu Disediakan Semasa Permohonan

Bagi para calon, adalah perlu untuk disediakan beberapa dokumen sokongan yang penting dan berkait semasa proses permohonan kerja JKR. Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang perlu disediakan oleh para pemohon:

  • Kemukakan resume dan salinan dokumen serta sijil yang telah disahkan seperti berikut:
    • Sekeping gambar terkini;
    • Transkrip Diploma;
    • Sijil SPM/SPMV/STPM;
    • Sijil Tamat Persekolahan serta sijil berkaitan; dan
    • Membawa hasil seni kreatif yang pernah dihasilkan ketika sesi temuduga.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas dua (2) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Soalan FAQs Berkenaan Jawatan Kosong JKR Disember 2023

Bilakah Permohonan Jawatan Kosong JKR Ditutup?

Tarikh tutup adalah pada 18 Disember 2023.

Apakah kelayakan yang diperlukan?

Kelayakan yang diperlukan adalah 18 tahun keatas, diploma dan warga Malaysia.

Dimanakah lokasi penempatan?

Lokasi akan ditempatkan di JKR Pahang.

Apakah taraf bagi jawatan kosong?

Taraf untuk jawatan kosong kali ini adalah kontrak.

Apakah kaedah permohonan?

Kaedah permohonan kerja kosong adalah permohonan melalui alamat yang perlu dihantar di JKR.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati