Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kencing Kotor : Jenis, Gejala, Punca dan 6 Cara Mudah untuk Merawatnya

Kencing Kotor : Jenis, Gejala, Punca dan 6 tips untuk atasinya Dengan Efektif!

Adakah anda selalu rasa sakit semasa membuang air kecil? ataupun kencing anda adalah keruh, coklat ataupun berdarah? ataupun anda perlu pergi ke tandas berulang kali? Jika jawapan anda. Ya, kepada ketiga-tiga soalan tadi, ada kemungkinan besar jangkitan saluran kencing ataupun dikenali kencing kotor.

Jika anda selalu ada masalah ini. Sila ikuti artikel ini sampai habis! Admin akan share satu persatu cara apa yang dapat membantu anda .

Kecilkan Risiko, Jaga Kebersihan : Lawan Masalah Kencing Kotor!

Saluran kencing
Kencing Kotor : Jenis, Gejala, Punca dan 6 Cara Mudah untuk Merawatnya 10

Apakah itu Kencing Kotor?

Kencing kotor ataupun dikenali sebagai jangkitan saluran kencing, jangkitan saluran kencing (Urinary Tract Infection) adalah jangkitan oleh microorganisma (kuman) pada sistem urinary. Perkara ini berlaku disebabkan oleh bakteria E.coli (Escherichia coli). Kebiasaannya bakteria jenis ini terdapat didalam usus. Selain itu, beberapa jenis bakteria lain seperti Klebsiella, Proteus, atau Staphylococcus.

Umum ketahui bahawa Wanita lebih cenderung untuk mengalami kencing kotor ini sebanyak 30 kali ganda berbanding lelaki. Hal ini kerana wanita mempunyai urethra yang pendek berbanding lelaki yang mempunyai urethra yang panjang.

Saluran kencing manusia terdiri daripada 2 jenis iaitu :

  • Saluran kencing bawah yang terdiri daripada pundi kencing dan urethra ( saluran yang menghubungkan pundi kencing luar dari tubuh badan mengalir melalui tengah-tengah organ reproduktif (pada lelaki) atau di bawah kelitoris (pada wanita).
  • Saluran kencing atas terdiri daripada buah pinggang (ginjal) dan ureter (saluran yang menghubungkan ginjal ke pundi kencing ia mengalir dari setiap ginjal ke arah pundi kencing)

Jenis-jenis air kencing

Sebenarnya, warna kencing kita dapat memberikan informasi yang penting tentang kesihatan kita. Terdapat beberapa jenis air kencing menandakan kesihatan badan anda.

Antara warna-warna air kencing terdiri daripada :

1. Warna air kencing : Kuning CerahJika warna air kencing anda adalah kuning cerah, ini menandakan badan anda mempunyai hidrasi yang cukup dan badan anda berfungsi dengan baik.
2. Warna air kencing : Kuning gelapJika warna air kencing anda kuning gelap, ini maksudnya anda perlu minum air SEGERA! Kerana hidrasi badan anda tidak cukup.
3. Warna air kencing: Merah ataupun merah jambuANDA PERLU AMBIL PERHATIAN! Sila ke klinik untuk dapatkan rawatan dengan kadar segera. Ia boleh disebabkan pengambilan faktor pemakanan.
4. Warna air kencing: Putih atau jernihJika kencing anda warna jernih ataupun tidak berwarna. Ini maksudnya anda terlebih hidrasi, JANGAN PANIK! Anda hanya perlu amalkan pengambilan air yang cukup harian sahaja dan sekiranya air kencing keruh, itu tandanya terdapat jangkitan kuman atau batu karang.
5. Warna air kencing: Coklat , Warna Jingga Ataupun Warna GelapSila ke hospital dapatkan rawatan siasatan serta merta. Ini disebabkan masalah BUAH PINGGANG ataupun HATI.

Air kencing kita dapat memberi sedikit sebanyak petunjuk tentang kesihatan kita. Jika anda mengalami perubahan warna air kencing, admin nasihatkan anda. Pergi jumpa dengan doktor sama ada di klinik ataupun di hospital untuk konsultansi yang seterusnya kerama kesihatan adalah aset kita .

Kencing Kotor : Faktor Peningkatan Risiko untuk Mendapat Jangkitan Saluran Kencing

2 20231217 001944 0001

Faktor Risiko 1 : Hubungan seks

Hubungan seks merupakan faktor risiko jangkitan kuman saluran kencing, ketika melakukan aktiviti seksual, terutama bagi wanita, wanita lebih cederung terhadap jangkitan saluran kencing. Hal ini kerana saluran uretra mereka lebih pendek berbanding lelaki ini menjadikan mereka lebih mudah terdedah kepada bakteria yang masuk ke dalam pundi kencing semasa aktiviti seksual.

Namun, amalan kebersihan seperti basuh faraj selepas hubungan seksual dan penggunaan kondom boleh membantu mengurangkan risiko ini.

3 20231217 001944 0002

Faktor Risiko 2 : Wanita Hamil

Ramai kes yang kita dengar wanita ketika hamil sering menghadapi jangkitan saluran kencing. Hal ini disebabkan oleh perubahan dalam sistem badan mereka semasa kehamilan. Sebagai contohnya, tekanan pada pundi kencing yang lebih tinggi akibat perkembangan janin boleh mengganggu aliran urin dan meningkatkan risiko bakteria jangkitan saluran kencing.

Seterusnya berkaitan dengan perubahan hormon semasa kehamilan boleh mengurangkan daya tahan tubuh wanita terhadap bakteria. Ini menjadikan mereka lebih cederung terhadap jangkitan saluran kencing.

5 20231217 001944 0004

Faktor Risiko 3 : Kerap tahan kencing

Menahan kencing dalam jangka masa yang lama menyebabkan bakteria berkumpul dalam saluran kencing. Ini menyebabkan iritasi pada saluran pundi kencing sehingga mengakibatkan kerengsaan pada dinding saluran kencing menjadikan ia lebih cenderung mendapat jangkitan serta memudahkan bakteria potagen untuk berkembang dan menyebabkan jangkitan.

Menahan kencing secara berterusan juga boleh menjadi petanda masalah kesihatan lain seperti masalah pundi kencing atau gangguan neurologis yang mempengaruhi kawalan buang air kecil.

4 20231217 001944 0003

Faktor Risiko 4 : Kurang minum air

Kurang minum air menyebabkan urin menjadi lebih pekat, ketika urin terlalu pekat. Bakteria yang mungkin ada dalam saluran kencing mempunyai persekitaran yang lebih sesuai untuk berkembang dan menyebabkan bakteria. Minum air yang mencukupi membantu meningkatkan jumlah kekerapan buang air kecil. Ini membantu mengeluarkan bakteria dan toksin dari pundi kencing dan mengurangkan jangkitan.

Antara faktor lain peningkatan risiko jangkitan saluran kencing ialah:

  • Diabetes
  • Tidak berkhatan
  • Sistem imun lemah
  • Tidak menjaga kebersihan faraj
  • Batu karang

Apakah Simptom-simptom kencing kotor?

Antara tanda-tanda jangkitan yang berlaku pada pundi kencing termasuk:

20231216 095407 0000 2
  • Kesakitan atau kepedihan ketika membuang air kecil
  • Kerap membuang air kecil
  • Rasa terdesak untuk membuang air kecil
  • Rasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen
  • Air kencing berbau atau menjadi keruh atau kemerah-merahan
  • Rasa tegang di bahagian bawah abdomen

Jangkitan saluran kencing yang melibatkan buah pinggang pula akan mengalami siptom-simptom seperti:

  • Kerap membuang air kecil
  • Rasa sakit semasa membuang air
  • Rasa terdesak untuk membuang air kecil
  • Sakit di bahagian belakang badan, pangkal peha dan bahagian sisi badan
  • Demam
  • Terdapat darah atau nanah dalam air kencing
  • Loya dan muntah-muntah
  • Rasa tegang di bahagian belakang badan

Kadangkala, Simptom-Simptom nya adalah kurang spesifik dan ini termasuk keletihan dan kekeliruan terdapat ramai orang yang mendapat jangkitan saluran kencing tetapi tidak mengalami apa-apa sistem terutamanya bagi mereka yang berisiko tinggi seperti:

  • Wanita mengandung
  • Pengidap diabetis

Bagaimana ia didiagnosis?

Antara petunjuk jangkitan saluran kencing adalah kehadiran nitrit yang tinggi dalam ujian urine. Hal ini kerana kebanyakan bakteria ini menukarkan nitrat yang terdapat dalam urine, kompaun yang biasanya hadir dalam air kencing kepada nitrit 100,000 bakteria dalam satu mililiter, air kencing juga adalah satu indikasi terdapatnya jangkitan sel darah putih dan sel darah merah juga dapat dilihat melalui pemeriksaan mikroskopik.

6 20231217 001944 0005

Di makmal mikrobiologi, air kencing biasanya akan dikultur untuk menentukan jenis bakteria atau microorganisma yang hadir dalam air kencing sehingga menyebabkan jangkitan tersebut. Selain itu, ujian sensitiviti antibiotik juga dilakukan bagi menentukan antibiotik yang terbaik untuk digunakan sebagai rawatan.

Bagaimana ia dirawat?

Jangkitan saluran kencing (UTI) biasanya dirawat dengan antibiotik untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan, doktor akan memilih antibiotik yang sesuai berdasarkan jenis bakteria yang ditemui dalam kultur urine dan keadaan kesihatan individu.

Penting untuk mengambil antibiotik seperti yang ditetapkan oleh doktor dan menyelesaikan keseluruhan rawatan walaupun gejala mungkin hilang lebih awal. Selain itu, minum banyak air dapat membantu membersihkan bakteria dari saluran kencing.

Masalah Kencing Kotor : Kurangkan Risiko Dengan Pencegahan Awal

Berikut beberapa langkah yang anda boleh lakukan dirumah, Antaranya ialah ;

20231216 235406 0000

Pencegahan Awal 1: Elakkan dari menahan air kecil

Elakkan dari menahan membuang air kecil ketika anda merasa perlu, menahan membuang air kecil ketika perlu akan menyebabkan pembiakan bakteria-bakteria yang mungkin terdapat dalam air kencing.

Pencegahan Awal 2 : Pastikan minum air yang cukup

Pastikan anda minum air secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Hal ini akan membantu pembuangan air kecil yang lebih kerap.

Pencegahan Awal 3: Air barli

Minum air rebusan barli merupakan petua yang popular akhir-akhir ini, diyakini amat berkesan dalam merawat jangkitan saluran kencing. Selain itu, ibu mengandung digalakkan menggunakan air rebusan barli, sekiranya mengalami masalah kencing kotor.

Pencegahan Awal 4 : Menjaga kebersihan

Amalkan kebersihan yang baik terutamanya selepas buang air kecil dan sebelum melakukan hubungan seksual membersihkan diri dari depan ke belakang selepas buah air besar juga penting untuk wanita

Kesimpulannya, menerapkan langkah-langkah ini dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing dan memelihara kesihatan pundi kencing anda!

Kenapa ibu hamil kerap kena kencing kotor?

Ibu hamil kera kena kencing kotor adalah disebabkan perubahan hormon ketika hamil, perubahan hormon ini akan menyebabkan saluran kencing dan pundi kencing menjadi renggang. Perkara ini mengakibatkan pergerakan air kencing menjadi sangat perlahan.

Bahaya tak kencing kotor ketika hamil?

Tanpa rawatan yang betul masalah kencing kotor atau jangkitan saluran kencing akan semakin teruk dan menyebabkan keradangan pada buah pinggang. Ia juga akan merebak ke dalam saluran darah. Hal ini membuatkan situasi semakin teruk dan boleh meragut nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.

Apa yang menyebabkan jangkitan saluran kencing?

Jangkitan saluran kencing disebabkan oleh bakteria yang memasuki saluran kencing ianya merebak serta membiak di dalamnya.
Perkara ini berlaku disebabkan oleh bakteria E.coli (Escherichia coli). Kebiasaannya bakteria jenis ini terdapat didalam usus. Selain itu, beberapa jenis bakteria lain seperti Klebsiella, Proteus, atau Staphylococcus.

Berapa lama untuk sembuh dari kencing kotor?

Tempoh untuk sembuh dari kencing kotor sebenarnya bergantung kepada penyebabnya, apabila kencing kotor disebabkan oleh jangkitan saluran kencing (UTI), orang biasanya merasakan perubahan yang positif dalam beberapa hari selepas mengamalkan antibiotik.
Namun, jika kencing kotor disebabkan oleh faktor lain seperti batu karang, masalah prostat, jangkitan ginjal atau keadaan kesihatan lain lebih serius, untuk pemulihan mungkin mengambil masa yang lama ini kerana penyelidikan lebih lanjut dan rawatan yang lebih khusus diperlukan dalam kes ini.

Apakah ubat kencing kotor cara tradisional?

Ada beberapa cara tradisional yang mungkin membantu meredakan gejala kencing kotor:
1. Minum rebusan air barli atau menggunakan herba tertentu seperti daun cranberry atau ubatan-ubatan herba yang diketahui dalam amalan tradisional.
2. Menggunakan botol air panas di kawasan perut bawah atau menggunakan pemanasan untuk meredakan kesakitan atau ketidakselesaan boleh membantu.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati