Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan PSSTLDM SIRI 1/24 Bakal Pegawai & Perajurit Muda

Pengambilan PSSTLDM SIRI 1/24 Bakal Pegawai & Perajurit Muda

Adakah anda berminat dalam pengambilan PSSTLDM siri 1/24? Makluman untuk anda, pihak TLDM telah membuka peluang yang luas untuk para calon yang ingin menjadi sebahagian daripada mereka.

Pengambilan PSSTLDM siri 1/24 ini akan menjadi tarikan kepada golongan muda yang ingin membina kerjaya sebagai badan unit beruniform. Anda boleh membuat permohonan dengan segera berpandukan maklumat lengkap dan cara permohonan yang kami lampirkan dibawah.

Pengambilan PSSTLDM SIRI 1/24 Bakal Pegawai & Perajurit Muda

Kini dibuka permohonan untuk para calon yang ingin menjadi tentera laut diraja Malaysia (TLDM) bagi kemasukan tahun 2024. Sehubungan itu, para calon boleh mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tawaran pengambilan dari TLDM ini.

Maklumat Berkenaan Pengambilan PSSTLDM SIRI 1/24

Tawaran Jawatan:

  • Bakal Pegawai
  • Perajurit Muda

Lokasi:

image 413

Syarat dan Kelayakan Permohonan

Bagi pengambilan PSSTLDM siri 1/24 ini terdapat syarat yang perlu diikuti oleh para calon seperti:

  1. Calon adalah warganegara Malaysia lelaki atau perempuan
  2. Calon berumur 18-35 tahun (Pegawai & Anggota lain- lain pangkat)
  3. Mestilah mendapat Kepujian dalam Bahasa Melayu SPM SPMV/SKM
  4. Syarat Minimum Ukuran Fizikal:
    • Ketinggian: Lelaki 1.62m / Perempuan 1.57m
    • Berat badan: Lelaki 47.5kg / Perempuan 45kg
    • Body Mass Index: 18-26.9 (lelaki / Perempuan)
    • Ukuran Dada: 76.2cm – biasa / 81.2cm – tarik nafas

Syarat Kelayakan Akademik Pemohon

image 415
Pengambilan PSSTLDM SIRI 1/24 Bakal Pegawai & Perajurit Muda 5

Para pemohon juga perlu untuk memenuhi syarat kelayakan akademik pengambilan PSSTLDM siri 1/24 bagi jawatan bakal pengawai dan perajurit muda. Kelayakan akademik untuk kedua jawatan ini adalah berbeza. Berikut adalah syarat kelayakan akademik dalam pengambilan TLDM:

  • Pegawai : Mesti mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda (CGPA: 2.7 ke atas) dan SPM Kepujian dalam BM, BI, Sains dan Matematik
  • Perajurit Muda : Mesti mempunyai kelayakan SPM dan kepujian dalam BM dan lulus Bl

Aktiviti Menarik Dalam Pengambilan PSSTLDM

Para pemohon yang terpilih akan menjalani beberpa aktiviti yang akan memberi anda pengalaman yang hebat dan berharga. Melalui latihan dan aktiviti yang disediakan, para pemohon akan mempunyai ketahanan fizikal dan mentaln yang kuat. Berikut adalah senarai aktiviti yang ditawarkan:

  • Latihan menembak
  • Latihan renang
  • Kem tahunan dan banyak lagi

Kelebihan Menyertai PSSTLDM

Para pemohon akan menikmati pelbagai kelebihan sekiranya berjaya memasuki dan menyertai PSSTLDM yang dibuka kali ini. Berikut adalah antara kelebihan buat pemohon yang menyertai pengambilan PSSTLDM siri 1/24:

  1. Elaun latihan & pengangkutan
  2. Saguhati tahunan
  3. Pakaian seragam percuma
  4. Peluang mengikuti pelayaran bersama kapal-kapal TLDM
  5. Peluang menjalani Latihan TLDM
  6. Pakaian seragam disediakan
  7. Pelbagai aktiviti menarik
  8. Boleh diserap ke Angkatan Tetap (Bagi yang memenuhi syarat)

Panduan Permohonan Pengambilan PSSTLDM SIRI 1/24

Cara Membuat Permohonan PSSTLDM

image 414

Para calon boleh membuat permohonan pengambilan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) bagi siri 1/24 secara atas talian dengan mengikuti beberapa langkap mudah.

Berikut adalah cara membuat permohonan dalam Pengambilan PSSTLDM SIRI 1/24 :

  1. Layari laman permohonan portal rasmi permohonan PSSTLDM.
  2. Sila baca dan fahami syarat dan kelayakan yang dipaparkan. Kemudian, klik “Next”.
  3. Senarai borang yang perlu diisi dipaparkan kepada anda. Terdapat beberapa maklumat yang perlu diisi oleh anda dan pastikan maklumat yang sediakan adalah betul dan terkini.
  4. Selepas selesai mengisi kesemua ruangan kosong berikut, anda boleh membuat pengesahan permohonan.
  5. Sekiranya permohonan anda diterima, anda akan dimaklumkan oleh pihak TLDM untuk hadir ke temuduga dan ujian fizikal

Urusan Temuduga PSSTLDM

Bagi para calon yang berjaya dan layak serta diterima dalam tawaran PSSTLDM perlu menghadiri ke unit latihan PSTL Setiu dan perlu menyediakan beberapa dokumen penting mengikut tarikh yang dimaklumkan. Calon yang layak atau telah terima tawaran, sila bawa dokumen ASAL berikut:

  • 4 keping – Gambar berukuran pasport
  • 4 salinan – Kad Pengenalan
  • 4 salinan – Sijil Kelahiran
  • 4 salinan – Sijil Berhenti Sekolah
  • 4 salinan – Sijil SPM/STPM/Diploma/Ijazah
  • 4 salinan – Kad Pengenalan Waris  (Ibu Bapa/Adik beradik)
  • 4 salinan – Sijil Nikah (Jika ada)
  • Alat tulis secukupnya, cth: Ballpen Hitam

Semoga urusan permohonan para calon dipermudahkan dan berjaya dalam tawaran untuk menjadi PSSTLDM yang dibuka bagi tahun 2024. Penting untuk para calon mempersiapkan diri dan pastikan langkah-langkah yang betul dan mengikut prosedur.

2 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati