Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Piramid Makanan Malaysia 2020: Fakta yang Perlu Anda Ketahui

piramid makanan 1
Piramid Makanan Malaysia 2020: Fakta yang Perlu Anda Ketahui 9

Piramid makanan merupakan panduan visual mengenai diet seimbang yang terdiri daripada pelbagai jenis kumpulan makanan dalam kuantiti tertentu. Ianya mempunyai 4 aras, dengan dasarnya merupakan kumpulan makanan yang perlu diambil dalam kuantiti paling banyak. Sebaliknya, kumpulan makanan yang perlu diambil dalam kuantiti sedikit diletakkan pada aras yang tertinggi.

Sebelum ini, piramid makanan yang disyorkan terdiri daripada kumpulan karbohidrat pada bahagian dasar, diikuti dengan sayur-sayuran pada aras 2, protein dan produk tenusu pada aras 3 serta lemak pada aras tertinggi.

Piramid Makanan Malaysia 2020

Untuk pengetahuan anda, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan Piramid Makanan Malaysia 2020, selaras dengan bukti saintifik dan status pemakanan rakyat Malaysia yang terkini. Berikut ialah pembaharuan yang dilakukan:

Kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan diletakkan pada dasar piramid, berbanding karbohidrat. Pengambilannya disarankan sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari.
Julat peratus bagi pengambilan karbohidrat adalah lebih rendah iaitu 50-65% berbanding sebelumnya iaitu 55-75%.
Pengambilan sumber karbohidrat kompleks dan tinggi serat seperti beras perang, roti bijirin penuh, oat dan jagung juga disaran dalam Piramid Makanan Malaysia 2020.
Saranan pengambilan 6-8 gelas air kosong sehari dapat dilihat pada Piramid Makanan Malaysia 2020.
image 403
Piramid Makanan Malaysia 2020: Fakta yang Perlu Anda Ketahui 10

Jenis Kumpulan Makanan dan Manfaatnya

Setiap kumpulan makanan mempunyai kebaikan tersendiri yang penting untuk kesihatan tubuh. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mengambil setiap kumpulan makanan ini mengikut panduan Piramid Makanan Malaysia 2020 seperti yang disarankan oleh KKM. Berikut merupakan kumpulan makanan dan manfaat yang perlu diketahui:

Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan

2 1

Merupakan antioksidan yang kaya dengan sumber vitamin dan mineral. Nutrien-nutrien ini penting dalam meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit, menggalakkan kesihatan kulit serta melancarkan sistem penghadaman. Selain itu, sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi kandungan air seperti timun, tembikai, oren dan nanas menghidrasi badan.

Karbohidrat / Serat

3 1

Merupakan makronutrien yang penting sebagai sumber tenaga utama untuk badan. Selain itu, karbohidrat turut mempengaruhi penghasilan insulin yang mengawal paras gula dalam darah. Karbohidrat kompleks dan fiber seperti oat, beras perang, jagung, barli dan roti mil penuh melancarkan penghadaman, mengelakkan sembelit serta menyokong mikrobiom usus yang sihat.

Protein

4 1

Kumpulan ini mempunyai peranan penting dalam pertumbuhan otot, pembentukan tisu baru, pembaikan tisu yang cedera selain menguatkan tulang dan gigi. Sehubungan itu, protein juga merupakan enzim yang mempercepat proses tindak balas metabolisme dalam tubuh. Contoh makanan berprotein tinggi ialah ikan, ayam, daging, telur, susu, keju dan kekacang.

Lemak

5 1

Membekalkan dua kali ganda tenaga berbanding karbohidrat. Antara fungsi lain ialah lemak sebagai penebat yang mengawal suhu badan serta bertindak sebagai kusyen yang melindungi organ penting dalam badan. Selain itu, asid lemak seperti omega-3 dan omega-6 adalah amat penting bagi perkembangan otak dan fungsi kognitif. Berbeza dengan lemak tepu, lemak tidak tepu mengurangkan ‘kolesterol jahat’ (low-density lipoprotein, LDL) dalam darah. Contoh lemak tepu ialah mentega dan minyak manakala lemak tidak tepu pula ialah seperti kekacang, minyak zaitun dan avokado.

Kebaikan Mengamalkan Diet Seimbang Berdasarkan Piramid Makanan

Piramid makanan memberi panduan kepada kita dalam menentukan diet yang sihat. Model pemakanan ini menekankan kepentingan menggabungkan kumpulan makanan yang pelbagai dalam perkadaran yang sesuai. Hal ini bagi memastikan pengambilan vitamin, mineral, karbohidrat, protein dan lemak adalah mencukupi bagi keperluan tubuh. Berikut ialah kebaikan lain yang boleh diperoleh jika mengamalkan diet yang seimbang:

2010 2 1
  • Menyokong pertumbuhan badan, perkembangan kognitif serta mengelakkan bantut.
  • Mencegah penyakit kronik seperti sakit jantung, diabetes, darah tinggi, obesiti dan kanser.
  • Mengekalkan berat badan yang sihat.
  • Membekalkan tenaga yang mencukupi dan meningkatkan kecergasan badan.
  • Menggalakkan pencernaan yang sihat dan mencegah masalah gastrousus.
  • Menyumbang kepada kesejahteraan mental secara keseluruhan.
  • Menyokong sistem imun yang teguh sekali gus membantu badan melawan jangkitan dan penyakit.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengikuti panduan Piramid Makanan Malaysia 2020 dalam merancang pemakanan yang seimbang. Sesungguhnya, gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan.

Soalan FAQs Berkenaan Piramid Makanan

Berapakah aras yang terdapat dalam piramid makanan?

Ianya mempunyai 4 aras yang berbeza.

Berapakah kuantiti sayu-sayuran dan buah-buahan yang perlu diambil setiap hari?

Sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diambil dengan kuantiti yang paling banyak iaitu sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari.

Berikan contoh makanan yang kaya dengan protein.

Contoh makanan berprotein tinggi ialah ikan, ayam, daging, telur, susu, keju dan kekacang.

Bagaimanakah diet yang seimbang melahirkan generasi yang sihat?

Diet yang seimbang mengelakkan bantut, mencegah penyakit kronik, mengekalkan berat badan yang sihat serta membekalkan tenaga yang mencukupi dalam kehidupan seharian.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati