Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Ranking PISA Malaysia 2022 Jatuh Terduduk! jauh Di Tinggalkan Kemboja, Brunei dan Singapura

Ranking PISA Malaysia 2022 Jatuh Terduduk!

Prestasi ranking PISA Malaysia 2022! Keputusan Pisa 2022 telah menurun dengan terus sekali berbanding markah pada tahun 2018. Berita ini amat mengejutkan kerana malaysia seolah-olah ketinggalan dan keterbelakang dari negara-negara rantau asia tenggara yang lain seperti Kemboja Brunei dan Singapura.

Walaubagaimanapun, menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan telah berkata kejatuhan ini bukanlah sesuatu yang unik di Malaysia kerana kebanyakan negara lain juga turut mengalami kejar tuhan yang sama.Faktor pandemik 2019 juga perlu diambil kira. Persoalan demi persoalan adakah malaysia akan bangkit dari segi pengurusan melibatkan sistem pendidikan negar?

Ranking PISA Malaysia 2022 Jatuh Terduduk! jauh Di Tinggalkan Kemboja, Brunei dan Singapura

Apa Itu PISA?

Ranking PISA Malaysia 2022

Pisa adalah merujuk kepada Program For International Student Assessment(PISA). Pisa adalah merupakan ujian yang diadakan untuk menguji tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik. Pisa bermula pada tahun 2000 dan Malaysia mula menyertai pada tahun 2009.

Pisa ini dikelola oleh Organization For Economy Corporation And Development (OECD) yang merupakan sebuah organisasi di bawah NCES dan berpusat di Amerika Syarikat. Ujian ini berlansung dalam 3 tahun sekali.

Bagaimana PISA Dikira

Pisa ini dikira melibatkan ujian yang diadakan. Ia melibatkan 164 sekolah 35 pelajar bagi setiap sekolah masuk sekolah swasta, sekolah agama, sekolah antarabangsa dan sekolah berasrama penuh dalam negara. Ia hanya melibatkan remaja berumur 15 tahun sahaja. Ujian ini akan menguji beberapa aspek seperti di bawah;

  • Keupayaan membaca
  • Sains
  • Matematik

Ujian akan berlangsung selama 2 jam. Hujan ini berbeza berbanding soalan-soalan peperiksaan sebelum ini yang mana ianya terdapat jenis soalan gabungan terbuka (Open-Ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (Multiple Choice).

image 229

Senarai Ranking PISA Malaysia 2022 Terbaru

Pihak OECD telah mengeluarkan senarai ranking pisa terbaru yang anda boleh selidik. Bagi ranking terbaru iaitu ranking PISA Malaysia 2022 adalah seperti di bawah:

Ranking PISA Malaysia 2022
Ranking PISA Malaysia 2022

Purata keputusan tahun 2022 adalah menurun berbanding tahun 2018 dalam matematik membaca dan juga sains. Purata markah dalam matematik adalah di bawah markah yang sama pada 2012. Dalam bacaan dan sains pula kejatuhan baru-baru ini telah membalikkan peningkatan yang telah dilakukan 2012 dan 2018.

Sekaligus menunjukkan purata yang agak teruk serta merosak dari segi tiga ujian ini. Hampir semua pelajar menjadi lemah, pelajar yang berpencapaian tinggi merosot lebih banyak daripada pelajar pencapaian rendah.

Perbandingan dengan tahun 2012 nisbah pelajar yang mendapat markah di bawah tahap asas penguasaan tahap dua meningkat sebanyak tujuh mata peratusan dalam matematik, tetapi ia tidak berubah dengan ketara dalam bacaan dan tidak berubah dengan ketara dalam sains.

Perbandingan Keputusan Pisa 2022 dan 2018

pada tahun 2008 negara kita dikejutkan dengan pencapaian keputusan pisang yang agak memberangsangkan dan menjadi fenomena di asia tenggara. Ketika itu kita amat menekankan penekanan dan penguasaan dari segi ketiga-tiga ini yang menampakkan pelajar kesemuanya berkualiti dan mempunyai pengetahuan yang luas.

Berbeza dengan tahun 2022 yang mana kita mengalami kejatuhan yang merosot terlalu teruk. Ini memberi gambaran dan tamparan hebat kerana ramai yang mula baru bicara bagaimanakah sistem pendidikan negara adakah ianya berfungsi dengan baik.

Berikut adalah perbezaan ranking PISA Malaysia 2022 dan 2018:

Ujian PISATahun 2018Tahun 2022
Membaca415388
Matematik440409
Sains438416

Kepentingan Ranking PISA Pada Industri Dan Pelabur Asing Dalam Pembangunan Negara

Dengan kedudukan PISA ini ia menjadi kayu ukur dalam perkembangan ekonomi masa hadapan negara yang mana sesebuah negara memerlukan tenaga kerja yang pakar serta inovatif. Dengan ujian PISA ini, kita dapati negara yang berada ranking paling tinggi adalah negara China yang mana kini menjadi kuasa ekonomi dunia.

image 231
Ranking PISA Malaysia 2022

Jadi berbeza pula situasi di negara Malaysia yang sepatutnya mencatat peningkatan dan melangkah lebih jauh. Kita ketinggalan kebelakang sementera negara lain seperti Singapura, Indonesia, Kemboja dan Brunei terus mencatat peningkatan dalam ujian PISA.

Masalah Timbul Bila Tiada Peperiksaan

Ada sesetengah pihak yang mendakwa bahawa kegagalan ini berpunca daripada perubahan sistem pendidikan negara yang memansuhkan peperiksaan besar seperti UPSR dan PT3. Menurut laporan daripada EOCD tersebut, rangkumannya mengatakan kita mengalami kemerosotan pelajar yang mempunyai aras pengetahuan dan pemikiran tinggi.

Oleh itu, KPM perlu memainkan peranan besar dan penting sebelum pendidikan negara akan keterbelakang dari tahun ke tahun. Ranking PISA Malaysia Jatuh ini amat mendukacitakan semua komuniti guru-guru Malaysia.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati