Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Ayam Masak Kicap Sedap dan Mudah

Himpunan Resepi Ayam Masak Kicap Sedap dan Mudah

Tahukah anda, resepi ayam masak kicap ini sungguh lazat! Adakah anda mencari resepi untuk merancang hidangan istimewa di meja makan? Resepi ayam masak kicap adalah jawapan kepada pencarian anda! Resepi ini bukan sahaja mudah untuk disediakan. Dengan hanya beberapa bahan yang diperlukan dan langkah-langkah yang ringkas, sesiapa sahaja boleh menyediakan hidangan yang lazat ini dirumah!

Apa kata kita beraksi di dapur dan menyiapkan hidangan ini, admin akan kongsikan resipi ayam masak kicap yang luar biasa! Admin yakin anda akan teruja dengan rasa mengasyikkan! Jom, kita mula!

Rasa yang Memikat dan Menggoda : Ayam Masak Kicap, Kenikmatan Sejati!

07133a956a73115a45e11e7d6b340964 1

Apakah itu ayam masak kicap

Ayam masak adalah hidangan ayam yang dimasak dengan menggunakan kicap sebagai bahan utama dalam penyediaan sos. Ia biasanya disajikan campuran rempah yang kaya dan memberikan rasa manis serta sedikit pedas.

Bila kita masak ayam kicap ni, bukan suami sahaja suka, anak-anak pun kadangkala berselera. Makan menu sama hari-hari memang tak jemu. Sebagai ibu takperlu pening nak memikirkan menu apa untuk hari ini.

Senarai Resepi Ayam Masak Kicap yang Anda Boleh Lakukan Dirumah!

Berikut adalah beberapa senarai resepi ayam masak kicap, senarai resepi ke -2. Ramai tak tahu dan tak pernah buat! Apa lagi? Jom kita ikuti.

1. Resepi Ayam Masak Kicap Khairul Aming

@kualipanassss

♬ bunyi asal – Khairul Aming – Kuali Panasss ♨️

Bahan-bahan

  • Bawang besar
  • Ayam
  • Garam
  • Cili padi merah
  • Cili padi hijau
  • Sos tiram mahsuri
  • Kicap Pedas mahsuri
  • 2cm Halia
  • Daun bawang

Cara penyediaannya:

  1. Ayam salutkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Gaul, kemudian panaskan minyak, goreng ayam sampai dia crispy.
  2. Tumiskan bawang besar, halia, cili padi merah dan hijau untuk extra pedas.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap pedas. Gaul sekejap
  4. Dan masukkan ayam yang kita goreng tadi, kemudian kita masukkan daun bawang dan siap!

2. Resepi Ayam Masak Kicap Dengan 3 Bahan

IMG 20231218 061300 287

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 5 Tangkai cili padi (dipotong dadu)
  • 5 Ulas bawang besar dihiris nipis (lagi banyak, lagi sedap)
  • Kicap manis secukup rasa
  • Garam

Cara Penyediaannya:

  1. Gaul ayam dengan garam, masukkan air 2 gelas. (Sehingga ayam sedikit tenggelam). Rebus dalam 20 minit. Pastikan ayam empuk.
  2. Bila dah nampak air mula kering, masukkan minyak. Gaul sekejap
  3. Kemudian masukkan bawang besar, cili padi. Gaul sehingga bawang besar kelihatan layu.
  4. Masukkan kicap, Gaul sekejap.
  5. Gaul sehingga pecah minyak dan siap untuk dimakan.

3. Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Pedas Manjah

https://www.tiktok.com/@bangman30/video/7186225973208124698?_r=1&u_code=e670fg1k9f6hc1&region=MY&mid=6816222032741533698&preview_pb=0&sharer_language=ms&_d=e4g9ie71hcekkf&share_item_id=7186225973208124698&source=h5_t&timestamp=1702858039&user_id=7194694758701499419&sec_user_id=MS4wLjABAAAAo4r0QftTkLpYZxJL88z7iOHAJLyTxtncoMO35u9YwPeNo_YgBQOas3D7CG2FD06e&social_share_type=0&utm_source=more&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&share_iid=7311709055718196994&share_link_id=6806e818-c72e-4f2f-a6fd-ba10b836eef3&share_app_id=1180&ugbiz_name=MAIN&ug_btm=b6880%2Cb2878&enable_checksum=1

Bahan-bahan:

  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Daun kari
  • Secawan air

Bahan tumis:

  • 3 Batang cili api hijau
  • Daun kari
  • 3 Batang cili api merah
  • 1 Biji bawang besar
  • 6 Ulas bawang putih

Cara Penyediaannya:

  1. Goreng ayam yang diperap dengan garam kunyit, selepas goreng letak tepi dulu dan pastikan goreng tu separuh masak
  2. Gunakan minyak yang sama seterusnya kita masukkan bahan-bahan untuk ditumis.
  3. Bila bawang dah garing sikit, kita masukkan kicap, sos tiram,sos cili dan sedikit garam
  4. Seterusnya masukkan air sedikit, kita tak nak pekat sangat.
  5. Tunggu dalam 3 minit dan siap untuk makan.

4. Resepi Ayam Masak Kicap Viral

IMG 20231218 061315 422 1

Bahan-bahan:

  • Daun kari
  • Halia
  • Serai
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Kicap manis
  • Bawang besar

Bahan perapan :

  • Ayam
  • Limau nipis
  • Garam

Bahan tumbuk:

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Ketumbar
  • Buah keras

Cara penyediaannya:

  1. Masukkan ayam dengan limau nipis, garam (Bahan perapan) Gaul sehingga rata.
  2. Kemudian panaskan minyak dan masukkan ayam, goreng sehingga warnanya kecoklatan.
  3. Selesai goreng ayam tadi, guna minyak yang sama dan masukkan serai, halia, daun kari, dan bahan tumbuk. Gaul sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan bawang besar, kicap manis, sos tiram dan sos tomato. Gaul sehingga rata.
  5. Masukkan sedikit air, tutup 5 minit dan bersedia untuk makan!

Admin harap resepi ayam masak kicap ini memenuhi cita rasa anda! Jika anda menikmatinya, jangan ragu untuk berkongsi resipi ini dengan keluarga dan rakan-rakan untuk mereka mencuba juga, semoga ia menjadi hidangan kegemaran baru anda!

Berapa lama masa yang diperlukan untuk menyediakan masakan ini?

Ayam masak kicap sangat dikenali dengan masakan yang paling mudah. minimum selama 30 minit

Adakah resepi ini boleh digunakan untuk masakan lain jika tak nak menggunakan ayam?

Ya tentu saja boleh! jika tak nak menggunakan ayam boleh tukar kepada daging masak kicap, pastikan daging direbus sehingga empuk dan seterusnya proses menggoreng.

Apakah petua yang kami perlu tahu dalam hidangan ini?

1) Rebus ayam sehingga empuk.
2) Jangan letak serbuk kunyit terlalu banyak. Hal ini untuk mengelakkan bau kunyit terlalu kuat.

Bolehkah saya menggunakan jenis kicap tertentu untuk hasil terbaik?

Tentu saja boleh! Untuk hasil yang lebih baik menggunakan kicap manis, apa saja brand boleh digunakan dalam resepi ini.

Bagaimana cara menyesuaikan rasa manis masam atau pedas dalam hidangan ini

Dalam hidangan ini sekiranya anda tidak suka terlalu masin, masukkan garam ketika proses goreng atau rebus sahaja.
Jika anda suka pedas, anda boleh tambah cili padi hijau atau merah .

Adakah sayuran atau bahan tambahan yang sesuai untuk memasukkan bersama ayam masak kicap?

carrot, daun kari, daun bawang, tomato dan ubi ketang.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati